Kecoh Betul | |
---|---|
Pengarah | S. Baldev Singh Ikhzal Ideris[2] |
Penulis | S. Baldev Singh |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Dikisahkan oleh | Ikhzal Ideris |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 155 minit[2] |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.85 juta |
Pecah panggung | RM 2,030,000 |
Kecoh Betul adalah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2010 yang akan ditayangkan pada bulan Jun 2010. Filem ini bergenre lawak dan akan ditayangkan lebih daripada 55 buah pawagam seluruh Malaysia. Filem ini juga merupakan lakonan terakhir Aziz Sattar sebelum beliau bersara dari dunia filem. Saiful Apek hanya muncul dalam beberapa babak sahaja. Ini juga satu-satunya filem yang menggandingkan tiga pelawak yang pernah meraih gelaran Bintang Paling Popular (ABPBH), iaitu Apek (2003), Nabil (2008) dan kemudiannya Bell Ngasri (2022).
Sinopsis
KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai penghantar pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.
Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.
Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana . Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.
Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang. Semuanya menjadi kecoh.[2]
Pelakon
Pelakon utama
- Saiful Apek sebagai Abang Don, Pemilik kedai Pizza dan majikan kepada Aiman, Johari, Belon dan mempunyai motorsikal Kawasaki
- Nabil Ahmad sebagai Aiman Mat Shah, pemain protagonist utama merupakan kawan dengan Belon dan Johari serta kekasih Dayana. Beliau bekerja dengan Abang Don selepas berhenti kerja sebagai Dispatch Syarikat Rakaman, mempunyai motorsikal Yamaha sama seperti Johari, Belon
- Diana Danielle sebagai Dayana,Teman wanita Aiman yang mempunyai kisah silam
- Bell Ngasri sebagai Johari, Kawan kepada Aiman mempunyai pertuturan lambat/gagap bekerja sebagai penghantar Pizza di Kedai Abang Don
- Shah JR sebagai Shahrizal @ Belon, Kawan kepada Aiman dan Johari yang bekerja sebagai penghantar pizza dengan Johari dan Abang Don
- Yatt Hamzah sebagai Yati, Anak Puan Salmah yang berwatakan Tomboy dan teman wanita Joh
- Aziz Sattar sebagai Pak Aziz Lapok, Seorang bujang tua tinggal di hadapan rumah Salmah kemudian menjadi suami Salmah
- Sheila Mambo sebagai Puan Salmah, Tuan rumah kepada Aiman, Belon,Joh dan Ibu kepada Yati.
- Fauziah Nawi sebagai Emak Johari
- Vanessa Chong sebagai Vanessa, Ketua Sindiket Loanshark
- Afzan A. Rahman sebagai Rizal, Pengedar dadah yang berentap dengan Aiman
Penampilan khas
- Karam Singh Walia sebagai Tuan Rumah Sewa.
Rujukan
- ^ Tayangan Filem Cereka Tahun 2010 FINAS
- ^ a b c Kecoh Betul di Sinema Malaysia