Naim Daniel | |
---|---|
نعيم دانيال | |
Kelahiran | Muhammad Naim Daniel bin Baharin 9 September 1997 Kuala Lumpur, Malaysia |
Pendidikan | SMK Yaacob Latiff Diploma Muzik (UiTM Shah Alam) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penulis lagu, komposer |
Tahun aktif |
|
Ketinggian | 163 cm (5 ka 4 in) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | World Peace Entertaiment |
Pengkarya berkait | Tuju (K-Clique), Man Keedal, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Sekumpulan Orang Gila, Dato' Jamal Abdillah |
Muhammad Naim Daniel Baharin (Jawi: نعيم دانيال; lahir September 9 1997) ialah seorang pelakon, penyanyi, penulis lagu dan komposer Malaysia.[1] Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah drama TV termasuk Ema Emyliana, Pia, Lelaki Lingkungan Cinta, Projek: High Council dan I.D. serta filem termasuk 29 Februari dan Bisik Pada Langit. Kerjaya muzik beliau bermula dengan melancarkan single sulungnya, "Sekali Lagi" yang dikeluarkan pada 2018.
Kehidupan awal
Naim dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur, KL. Beliau ialah pemegang Diploma Muzik di Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[2][3]
Kerjaya lakonan
Naim Daniel mula berkecimpung dalam dunia lakonan sebagai pelakon kanak-kanak.[4] Peranan lakonan pertama Naim ialah pada 2008 menerusi siri drama Internet, Jelma yang bersiaran di laman web gua.com.my. Sebagai pelakon baru ketika itu, Naim berlakon bersama pelakon berpengalaman termasuk Norman Hakim, Fauziah Nawi dan Aida Aris, yang mana beliau memegang watak sebagai Reza yang memiliki personaliti berbeza berbanding kanak-kanak lain.
Selepas Jelma, Naim muncul pula dalam drama Cucu Betong bersama Fizz Fairuz, Ezany Nizariff dan Sheila Rusly dengan memegang watak sebagai Raqib. Beliau muncul dalam dua siri drama televisyen serentak pada 2011, iaitu Gemilang sebagai Saifullah kecil dan Cinta Elysa sebagai Imran, kedua-dua drama ini disiarkan di TV3.
Pada tahun 2012, Naim memegang watak sebagai Ibrahim dalam telefilem bertajuk Sebelum Kiamat yang berkisarkan tentang Ibrahim yang berhasrat ingin bertemu dengan ibu kandungnya yang telah terpisah daripadanya sejak kecil, sebelum kedatangan Hari Kiamat. Telefilem ini turut dibintangi oleh Soffi Jikan, Zamarul Hisham, Sherie Merlis dan Noorkhiriah. Pada tahun 2022, Naim meneruskan kerjaya lakonannya dengan membintangi siri televisyen astro iaitu Projek: High Council yang turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar dan lain-lain.
Kerjaya muzik
Kerjaya muzik Naim bermula apabila kerap membuat lagu saduran di Instagram beliau dan berjaya menarik minat peminat kerana suaranya yang merdu.[5] Pada tahun 2018, Naim mengikat kontrak dengan syarikat rakaman World Peace Entertainment yang baru ditubuhkan dan muncul bersama dua single serentak, iaitu "Sekali Lagi" dan "Sempurna".[6][7]
Kontroversi
Hak cipta bersama "Sumpah"
Selepas hampir seminggu lagu "Sumpah" dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-34, timbulnya isu yang cukup kontroversi diantara Naim dengan bekas kekasihnya yang juga merupakan bekas pelakon dan penyanyi, iaitu Dayana Amerda. Dayana tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa bahawa lagu "Sumpah" nyanyian Naim ialah hasil ciptaan bersama mereka pada tahun 2015. Dayana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap tidak jujur Naim. Ini disebabkan Naim tidak mendaftarkan nama Dayana sebagai pencipta bersama sebaliknya hanya meletakkan namanya sendiri bersama Omar K sebagai pencipta mutlak lagu tersebut.[8] Bagaimanapun, Naim serta pihak pengurusannya kemudian tampil membuat kenyataan balas dengan menyarankan agar Dayana tampil mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut. Namun, kenyataan balas daripada Naim tersebut dikhabarkan telah menyinggung perasaan keluarga Dayana. Ini kerana mereka berasa sangat kecewa apabila Naim Daniel telah menafikan hak Dayana sebagai pencipta bersama dalam lagu tersebut.[9] Bagaimanapun, pihak pengurusan Naim telah menegaskan bahawa lagu Sumpah kekal milik Naim dan Omar K. Mereka menjelaskan lagi Dayana boleh tampil menuntut sebarang hak penciptaan bersama sekiranya beliau berjaya mengemukakan bukti kukuh yang membuktikan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut.[10]
Penarikan semula gelaran Juara Lagu 34
Berhubung isu hakcipta Naim Daniel dan Dayana Amerda yang sedang hangat diperkatakan, ramai pihak yang mendesak agar gelaran Juara Lagu ditarik semula daripada Naim Daniel. Namun menurut kenyataan Ajai, iaitu selaku ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-34, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada pihak TV3 untuk berbuat demikian kerana berasakan tindakan tersebut adalah tidak wajar untuk dilakukan. Ini kerana Ajai beranggapan bahawa lagu tersebut sememangnya layak untuk menang dan pihak juri tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengangkat lagu Sumpah sebagai Juara Lagu ketika itu. Ini kerana lagu tersebut adalah sememangnya karya asal milik penyanyi itu sendiri dan bukannya diciplak. Sebaliknya hanya terjadi perselisihan faham diantara pencipta lagu tersebut. Namun begitu, Ajai juga sempat memberikan peringatan kepada penyanyi-penyanyi muda masa kini agar untuk lebih bersikap jujur dalam berkarya, dan bukannya untuk mengejar populariti semata-mata berikutan industri muzik masa kini yang tidak lagi seperti di zaman 80an dan 90an dimana hanya ada satu pencipta dalam sesebuah lagu. Disebabkan terjadinya isu seperti ini, Ajai juga berpesan sekiranya terdapat lebih daripada satu pencipta dalam penghasilan sesebuah lagu, maka nama mereka juga harus disertakan bersama agar pembahagian royalti kelak dapat dibahagikan secara adil.[11]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | 29 Februari | Budi (kecil) | Filem pertama |
2014 | Dendam Orang Mati | Halim | |
2017 | Bisik Pada Langit | Iqram | |
2020 | Tyickoouns | Mannan (kecil) | |
2021 | Siapa Tutup Lampu? | Akmal[12] | |
2024 | Kahar: Kapla High Council | Ayam |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008–2009 | Jelma | Reza | gua.com.my | Drama pertama |
2009 | Cucu Betong | Raqib | TV3 | |
2010 | Mr. Mama (Musim 3) | Afif | ||
2011 | Gemilang | Saifullah (kecil) | ||
Cinta Elysa | Imran | |||
2012 | Jangan Ambil Padang Kami | Nik | Astro Ria | |
2013 | Ayam | Aidil | TV3 | |
2013–2015 | Ema Emyliana | Khairul | ||
2015 | Wadi | Faris | ||
2016 | Kemboja Di Hati | Zafiri | TV AlHijrah | |
2018 | Love At The First Swipe | Amir | tonton | |
2019 | PIA | Budi | TV3 | |
Dapur Kita | Haris | |||
2020–2022 | Pak Kodi 5G | Naim | ||
2020 | Lelaki Lingkungan Cinta | Adib | ||
2022 | Roxy | Fahmi | TV3 | |
2023 | Projek: High Council | Ayam | Astro Ria | |
Lecturerku Oppa | Nizam | iQIYI | ||
Tanah Kubur (Musim 16) | Kamil | Astro Oasis | Episod: "Suara Iblis" | |
2024 | I.D. | Aidi Zabran / Tengku Remy | Astro Premier | |
Projek: Exit | Usop |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Taubat Nasuha | Azzrin | TV3 |
Pun Pun | Hafiz | TV2 | |
2012 | Sebelum Kiamat | Ibrahim | TV3 |
2013 | Menanti Hari Itu | Adi | Astro Ria |
2015 | Menantu Saat Adik Supiat | Jijoe | TV1 |
2016 | Niqabi | TV2 | |
Dari Asar Ke Isyak | Radhi | ||
Ketika Daun Berzikir | Darwish | TV3 | |
2017 | Tali Kasut | Shahmi | TV9 |
Dosa Terlindung | Irfan | TV3 | |
Daniel Haikal | Daniel | TV2[13] | |
2018 | Vlog Laura | Fahmi | ntv7 |
Kurindu Kibarmu | Hazriq | TV1[14] | |
2019 | Derita Pia | Budi | TV3 |
2020 | Lagu Untuk Suri | Johan Akbahar | |
Aku OCD | Hakimi | Astro Citra | |
Aku, Bunga | Kahoe | Astro First Eksklusif | |
Next Station, Jodoh | Haikal | Awesome TV | |
2021 | Khilaf Terakhir | Syafiq | TV1 |
2022 | Amshar Bukan Asha | Amshar Rusli / Asha Rusli | Astro Ria |
2023 | Rombongan Cik Kiah Ke AJL | Udin | tonton |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Terpaling Juara | Kapten | TV3 | |
Famili Duo (musim 2) | Peserta pasangan selebriti | bersama Sissy Imann | ||
2024 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 7) | Panelis | bersama Bell Ngasri, Riena Diana & Siti Khadijah Halim |
Diskografi
Album
Tajuk | Butiran album | Senarai runut |
---|---|---|
Fobia |
|
|
Single
Sebagai artis utama
Lagu-lagu lain
Tahun | Tajuk | Album | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | "Sekali Lagi" | — | |
"Sempurna" | |||
2019 | "Sumpah" | Lagu juara AJL34 | |
"Adakah Engkau Menungguku" (menampilkan Tuju) |
|||
2020 | "Apa Sebenarnya" | ||
"Bila" | |||
"Malam" | |||
"Sembah" (menampilkan Man Keedal) |
|||
"Sedih" (bersama Ismail Izzani) |
|||
"Lara" (bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli) |
Lagu finalis AJL36 | ||
"Purnama" | |||
2021 | "Bring It On" (bersama Shalma Eliana) |
||
"Janji Happy" (bersama Alif Satar) |
Lagu tema TV9 | ||
"Mainan" | Fobia | Lagu finalis | |
2022 | "Habis Sini" (bersama Joe Flizzow) |
— | |
"Fobia" | Fobia | ||
"Ya Rasulullah 1444" (bersama Raihan) |
— | ||
"Mungkin Ini Adalah Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat" (bersama Dolla) |
|||
"Ruaidah" | |||
2023 | "Kudrat" (bersama Sekumpulan Orang Gila) |
Runut bunyi rasmi Projek: High Council | |
2024 | "Urat" (bersama Dato' Jamal Abdillah) |
||
"Jangan Mati Di Hari Ini" |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2019 | "Only U" (bersama Priscilla Abby, Santesh dan Juzzthin) |
2020 | "With You" (bersama Ismail Izzani, Khai Bahar, Daniesh Suffian dan Harris Baba) |
"Harmoni Aidilfitri" (bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe) | |
"#RayaBersamaKITKAT" (Bersama SonaOne, MK, Sweetqismina dan Empty Page!) | |
"Warna Merdeka" (bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe) | |
2021 | "Raya Jelma" (bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian dan Firdaus Rahmat) |
"Darahku" (bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat, Hao Ren, Alan D dan Audi Mok) | |
2023 | "OPPO Raya Gempak"
(bersama OPPO Malaysia) |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Festival Filem Malaysia ke–25 | Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | 29 Februari | Tercalon |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31 | Artis Baru Lelaki Popular | — | Tercalon |
Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |||
2020 | Anugerah Juara Lagu ke-34 | — | Sumpah | Juara |
Hot FM Fabulous February | Artis Fabulous February[15] | — | Menang | |
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia | — | Menggunakan tulisan jawi dalam klip video, "Sembah"[16] | Menang | |
2023 | The Malaysia Book of Records | First to sing upside down in a live performance | The song of mainan during Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | |
ContentAsia Awards | Silver - Best Supporting Actor | Projek: High Council | Menang | |
2024 | Asian Academy Creative Awards | Best Actor In a Leading Role | I.D. | Menang |
Rujukan
- ^ Izzati Ramli (13 Disember 2017). "Selain berlakon, Naim Daniel Juga Boleh Menyanyi, Ini Dia 8 Video ..." Media Hiburan. Dicapai pada 1 Januari 2018.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Julai 2018). "Naim Daniel mahu menyanyi dulu". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-18. Dicapai pada 20 Julai 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (26 Oktober 2018). "Naim mahu sambung pengajian ke peringkat ijazah". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 1 Januari 2019.
- ^ Noor Syahidatool Aqma Mohd Noor (23 Julai 2018). "Pengorbanan Naim Daniel". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-24. Dicapai pada 27 Mac 2019.
- ^ Nurul Fadila Awaludin (31 Januari 2018). "Bidang nyanyian taruhan Naim Daniel". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-01. Dicapai pada 27 Mac 2018.
- ^ Nurfarhana Mohamed (20 Julai 2018). "Naim Daniel tolak 10 tawaran berlakon demi nyanyian". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-06. Dicapai pada 20 Julai 2018.
- ^ Nur Asyikin Mahyudin (18 Januari 2018). Naim Daniel Utamakan Kualiti Berbanding Kuantiti mStar Online. Dicapai pada 1 Februari 2018.
- ^ Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Salehuddin (20 Februari 2020). "Dayana beri tempoh seminggu, Naim mahu bukti". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Sallehuddin (20 Februari 2020). "Naim pertahan mahu bukti keluarga Dayana tersinggung". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ Asyraf Roslan (7 Februari 2020). 'Sumpah' kekal milik Naim Daniel Astro Awani. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ Serimah Mohd Sallehudin (8 Februari 2020). Tiada arahan tarik kemenangan Naim Daniel Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ "Siapa Tutup Lampu" (24 Mei 2021). Temptation Shack. Dicapai pada 25 Mei 2021.
- ^ Siaran Media - Daniel Haikal[pautan mati kekal] RTM. 20 November 2017. Dicapai pada 1 Januari 2018.
- ^ Siaran Media - Kurindu Kibarmu[pautan mati kekal] RTM. 4 September 2019. Dicapai pada 5 September 2019.
- ^ Puteri Nadia (12 Februari 2020). Artis Fabulous February- Naim Daniel Diarkibkan 2020-11-25 di Wayback Machine Hot FM. Dicapai pada 13 Februari 2020.
- ^ Georgie Joseph (1 Mac 2020). Naim dapat pengiktirafan DBP pula Harian Metro. Dicapai pada 1 Mac 2020.