Hero: Jangan Bikin Panas | |
---|---|
Pengarah | Azizi "Chunk" Adnan |
Penulis | Akhbar Hashim |
Dihasilkan oleh | Naszreen "Darling" Ngasri |
Dibintangi | |
Sinematografi | Raffie Noh |
Disunting oleh | Brian Kang Cahaya Diana |
Syarikat penerbitan | NS Star |
Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan | 3 Oktober 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei) |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.5 juta |
Pecah panggung | RM 96 ribu |
Hero: Jangan Bikin Panas (tajuk asal Hero The Movie) ialah filem aksi komedi Malaysia 2019 arahan Azizi "Chunk" Adnan. Filem ini mengisahkan ahli bomba Zafrul dengan anggotanya dalam menyiasat satu kumpulan penjahat yang terlibat dengan kes kebakaran sekolah Tahfiz. Ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 3 Oktober 2019.[1]
Sinopsis
Zafrul (Hisyam Hamid) seorang anggota bomba di Balai Bomba Jalan Hang Tuah. Dia nekad untuk mencari keadilan bagi mangsa yang mati dalam tragedi kebakaran beberapa tahun lalu di sekolah Tahfiz yang dituntutinya. Pasukan bombanya turut disertai oleh dua anggota lelaki baru, Ahmad Mustar (Bell Ngasri) serta Adam Fanifinali (Mark Adam), dan dua anggota perempuan Amylia (Elisya Sandha) dan Suraya (Tash Yong).
Segalanya bermula apabila Zafrul ini menghidu aktiviti penjualan haram tanah yang dilakukan oleh kumpulan kongsi gelap antarabangsa. Menariknya, kumpulan ini ialah dalang yang sama bagi tragedi kebakaran di Tahfiz itu. Apa yang akan Zafrul buat?
Pelakon
- Hisyam Hamid sebagai Zaffril Zainal
- Bell Ngasri[2] sebagai Ahmad Mustar
- Mark Adam sebagai Adam Fanifinali[2]
- Syafiq Farhain sebagai Rafi
- Elisya Sandha sebagai Amylia
- Tash Yong sebagai Suraya
- Riz Amin sebagai Tuan Khairil
- Shaharuddin Thamby sebagai Don Shah
- Tauke Jambu sebagai Mark[2]
- Jesse Lim sebagai Levis
- Kazar Saisi sebagai Pi Husni
Penampilan khas
- Jalaluddin Hassan sebagai Master Shamsul
- Ustaz Auni Mohamed sebagai dirinya sendiri
- Jihan Muse sebagai Ibu Ahmad
- Amir Amireka Bapa Ahmad
- Kumin sebagai Lelaki Obesiti
- Ammar Hot FM sebagai Pengacara
Penerbitan
Filem ini ialah filem pertama Darling Ngasri menerusi syarikat NS Star Sdn. Bhd.[3] Kos pemibikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM1.5 juta dan mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Hisyam Hamid, yang terkenal dengan watak bomba di siri Abang Bomba I Love You yang disiarkan di Astro Ria kembali membawa satu lagi watak anggota bomba.[4]
Keluaran dan sambutan
Hero: Jangan Bikin Panas ditayangkan pada 3 Oktober 2019, ia merupakan kegagalan komersial di pawagam.[5]
Rujukan
- ^ Hero Jangan Bikin Panas Bakal Panaskan Pawagam[pautan mati kekal] Oh Media (16 September 2019). Dicapai pada 17 September 2019.
- ^ a b c Hero Jangan Bikin Panas - Bell, Mark Adam dan Tauke Jambu bikin gamat panggung Diarkibkan 2019-11-03 di Wayback Machine URTV (7 Oktober 2019). Dicapai pada 1 Februari 2020.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (13 Oktober 2018). Kejayaan filem aksi beri Darling keyakinan angkat kisah anggota bomba mStar Online. Dicapai pada 17 September 2019.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (11 Oktober 2018). 8 tahun jadi anggota bomba bantu Hisyam Hamid dalam filem ‘Hero’ mStar Online. Dicapai pada 17 September 2019.
- ^ Ridzuan Abd Rahman (17 Oktober 2019). Saingan filem luar negara antara faktor kutipan rendah Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2020.