16 Puasa | |
---|---|
Genre | Komedi, drama |
Format | Telefilem |
Ditulis oleh | Mamat Khalid |
Pengarah | Mamat Khalid |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Aminuddin Hanafiah Azrin Ahmad Kadri |
Penerbit | Aminuddin Hanafiah Azrin Ahmad Kadri |
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 86 minit |
Syarikat penerbitan | Vision Studio Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro First Eksklusif Astro Citra Astro Mustika HD |
Siaran asal | 8 Jun 2017 (Astro First Eksklusif) 2 Jun 2018 (Astro Citra dan Astro Mustika HD) |
16 Puasa merupakan sebuah telefilem komedi Malaysia 2017 arahan dan tulisan Mamat Khalid.[1] Dibintangi oleh Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Nasrizal Ngasri dan Rab Khalid, telefilem yang sarat dengan pengajaran ini mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.[2]
Telefilem ini merupakan kesinambungan daripada 15 Puasa (telefilem) yang dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie dan memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada 8 Jun 2017 dan dipertontonkan buat pertama kali di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 2 Jun 2018.[3]
Sekuel 17 Puasa menemui penonton di kaca TV pada 22 Mei 2019.
Plot
Cerita 16 Puasa mengisahkan tentang sekumpulan lelaki yang digelar Playboys of Plestik Hitam, yang terdiri daripada Abe Li, Aziz, Ngas, Yeh, Kudha dan Wani. Kumpulan ini suka berponteng puasa pada bulan Ramadan di tepi sungai tanpa dilihat sambil menyamarkan diri berpuasa di hadapan penduduk Kampung Beko dan isteri-isteri mereka.
Sepanjang cerita mengisahkan kehidupan setiap ahli kumpulan tersebut: Abe Li mempunyai keluarga dan juga daif, Aziz mempunyai keluarga besar yang isterinya akan melahirkan anak ke-13, Ngas mempunyai isteri yang garang dan Yeh yang tidak tahan isterinya yang membebel. Apabila Abe Li tidak mempunyai wang akibat membelanja makanan untuk kawan-kawan mereka, yang juga disusahkan dengan penutupan tempat kerjanya 4 bulan lalu, dia bersama Yeh dan Aziz pergi ke rumah Ngas untuk meminjam duit, tetapi gagal apabila isteri Ngas menyuruh Ngas untuk balik.
Seketika itu, AJKKK Kampung bersama-sama dengan ahli jabatan agama melakukan rondaan di kampung untuk menangkap sesiapa yang berniaga makanan pada pukul 11 pagi. Di akhir filem, kumpulan tersebut ditangkap oleh pihak agama di tepi sungai dan dibawa di dalam van jenazah untuk siasatan. Dalam van, mereka sudah insaf atas perbuatan mereka dan bertaubat. Apabila van jenazah berhenti langgar kereta isteri Aziz berdekatan sebuah bazaar Ramadan dan Ngas, Aziz dan Abe Li berhadapan dengan isteri-isteri mereka. Abe Li telahpun meminta maaf kepada isterinya Rokiah dan berjanji untuk berpuasa pada tahun depan, sebelum hujan lebat menimpa mereka untuk melarikan diri.
Cerita berakhir dengan sebuah persembahan dikir barat dan Abe Li mengetuainya bersama-sama dengan barisan pelakon filem.
Pelakon
- Sabri Yunus sebagai Abe Li
- Aziz M. Osman sebagai Aziz
- Bell Ngasri sebagai Ngas
- Rab Khalid sebagai Yeh
- Man Kadir sebagai AJKKK Kampung
- TJ Isa sebagai Kudha
- Ziema Din sebagai Rokiah
- Sharwani NS sebagai Wani
- Jue Aziz sebagai isteri Wani
- Amy Juliet sebagai Subainon
Penerbitan
Penggambaran kebanyakannya dijalankan di Tanjung Malim, Perak. Barisan pelakon terdiri daripada pelakon yang bertaraf otai, termasuk Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Nasrizal Ngasri, Man Kadir, Rab Khalid dan Jue Aziz.
Tema dan gaya
Tema yang diketengahkan dalam 16 Puasa berbentuk ironi, parodi, satira, dan realisme dalam masyarakat Melayu ketika berpuasa.[3] Muzik yang digunakan dalam telefilem ini memiliki pengaruh Blok Komunis Timur, namun ia tidak menunjukkan Mamat menyokong fahaman komunis, sebaliknya mahu memperkenalkan genre muzik yang jarang didengari oleh masyarakat.[3] Menerusi telefilem ini, Mamat mengulangi pendekatan P. Ramlee yang sering bekerjasama dengan orang-orang yang sama dalam setiap karyanya.[3]
Kontroversi
Tidak lama selepas ia ditayangkan, 16 Puasa telah bocor di internet dan boleh ditonton dan diumatnaik secara percuma. Pengarahnya, Mamat Khalid turut mendapati telefilem arahannya juga dijual secara terbuka dalam bentuk DVD, namun beliau berbangga kerana 16 Puasa mendapat sambutan hangat penonton meskipun berdepan kontroversi.[4][5]
Kesinambungan
Mamat Khalid dan barisan krew penerbitan supertelefilem 16 Puasa sepatutnya memulakan penggambaran kesinambungan kepada kisah tersebut iaitu 17 Puasa pada 25 Januari 2018, tetapi Mamat membatalkannya kerana Allahyarham Khalid Shamsuri atau lebih dikenali sebagai Rab Khalid yang membawa watak Yeh Sekupang, meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari yang sama.[6][7][8][9]
Setelah kisah tentang penggambaran 17 Puasa agak sepi di media massa, Aziz M. Osman mengemaskini laman Instagram beliau dengan gambar beliau bersama para pelakon yang terlibat dalam penggambaran supertelefilem tersebut.[10] Mamat Khalid juga mengemaskini laman Instagram beliau dengan video sedutan daripada supertelefilem tersebut.[11] Supertelefilem 17 Puasa mula ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif seperti tahun sebelumnya mulai hari Rabu bersamaan 22 Mei 2019.[12]
Rujukan
- ^ Mamat Khalid suka sindir orang ponteng puasa Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Suara TV (19 Jun 2017). Dicapai pada 6 Jun 2018.
- ^ Kisah suami suka ponteng puasa Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 6 Jun 2018.
- ^ a b c d Akmal Aziz (23 Jun 2017). Telefilem '16 Puasa' Ketengahkan Realiti Sebenar Yang Berlaku Dalam Masyarakat Berkait Dengan Pergolakan Jiwa Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Siakap Keli. Dicapai pada 6 Jun 2018.
- ^ "Drama '16 Puasa' bocor di internet, Mamat bangga dalam kecewa". The Malay Mail. 20 Jun 2017. Dicapai pada 1 Julai 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Ifqdar Rahman (19 Jun 2017). "Mamat Khalid bengang karya 16 Puasa 'bocor'". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 1 Julai 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Norhayati Nordin (25 Januari 2018). Yeh Sekupang sudah tiada. Utama, MyMetro. Dicapai pada 27 April 2019.
- ^ Norhayati Nordin (29 Januari 2018). Mamat hilang sahabat. RAP, MyMetro. Dicapai pada 27 April 2019.
- ^ "Aida Rizmariza Kamaruddin (25 Januari 2018). Rab Khalid meninggal dunia. Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada 27 April 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-27. Dicapai pada 2019-04-27.
- ^ Hanisah Selamat (26 Januari 2018). Pemergian Yeh Sekupang amat dirasai - Mamat Khalid. BH Online. Dicapai pada 27 April 2019.
- ^ azizmosman (8 April 2019). Kami kembali... #yakyakyeaaa#gengplastikhitam (Status Instagram). Dicapai pada 27 April 2019.
- ^ khalidmamat (17 April 2019). #17Puasa karya selepas koma. Alhamdulillah terimakasih semua! (Status Instagram). Dicapai pada 27 April 2019.
- ^ astrofirsteksklusif. (2019, 20 Mei). 17 Puasa bermula 22 Mei 2019 di Astro First Eksklusif, saluran 480 (Status Instagram). Dicapai pada 22 Mei 2019.