AntooFighter | |
---|---|
Pengarah | Azizi "Chunk" Adnan |
Penulis | Azizi "Chunk" Adnan |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah Mohd Najib Aziz Asrulhisyam Ahmad Azizi "Chunk" Adnan |
Dibintangi | Radhi OAG Awie Harun Salim Bachik Bell Ngasri Soffi Jikan |
Sinematografi | Mohd Shaupee A. Wahid |
Muzik oleh | Cap Ayamz |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Image Box |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Antoofighter: Amukan Drakulat! (juga Antoo Fighter atau AntooFighter) merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2008 arahan Azizi "Chunk" Adnan ini ditayangkan di pawagam pada 27 November 2008.
Sinopsis
Templat:Spoiler Kisah bermula apabila sekumpulan makhluk dan hantu-hantu dari zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat (lakonan Awie) dan hantu-hantunya, Bajang (lakonan Soffi Jikan) seekor Iblis, Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara Kuala Lumpur dan dijadikan markas operasi mereka. Di situ mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibunegara sehingga menyebabkan negara di tahap bahaya. Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan "Lord Sharon" iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu, Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu "Delyla", di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada "Lord Sharon" supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din (lakonan Harun Salim Bachik) iaitu salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an. Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.
Watak dan Perwatakan
Watak-watak utama dalam filem ini dibezakan dengan The Crescent Warriors dan The Council of Zion. The Crescent Warriors mewakili semua penentang antoo manakala The Council of Zion diwakili kumpulan antoo.
The Crescent Warriors
Nama Watak | Umur | Asal | Kelemahan | Pelakon |
---|---|---|---|---|
Pohjee (Fauzi Deraman) | 21 | Damansara Damai, Kuala Lumpur | Baca buku | Radhi OAG |
Lara Lenjan (Azean Manjalara) | 20 | Kampung Baru, Kuala Lumpur | Bau tempoyak | Scha Al-Yahya |
Rambo (Kamarudin Aboo) | 22 | Bangsar, Kuala Lumpur | Tikus | Bront Palarae |
Tasya (Natasya Mat Senu) | 19 | Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur | Bau ketiak bangla | Nurfazlin Azmi |
Opie (Soupi Ramli) | 20 | Bangsar, Kuala Lumpur | Tikus | Bell Ngasri |
Guntur (M Ghazali Ayob) | 62 | Langkawi, Kedah | Mengayat gadis | Usop Kopratasa/Loloq (ketika muda) |
Pak Din (Zainuddin Yanky) | 68 | Grik, Perak | Teh O Ais | Harun Salim Bachik |
Delyla | 20 | Bukit Damansara, Kuala Lumpur | Takut Gelap | Delyla Adnan |
Kiyai Gurkha | 77 | Pasir Salak, Perak | Berbahasa Inggeris | Hamid Gurkha |
A.M.U.T (Anti Monster Unit - Robot Pemusnah) | - | Kilang mainan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur | Pergerakan terhad | - |
The Council of Zion
Nama Watak | Jenis Antoo | Asal | Kelemahan | Pelakon |
---|---|---|---|---|
Lord El Sharon | Bapa Syaitan | Neraka Jahanam | Simbol bulan sabit | - |
Drakulat Van Listerooy | Vampire | Belanda | Lagu Taman Rashidah Utama | Awie |
Ariel Bajang | Iblis | Jawa, Indonesia | Novel Cinta | Soffi Jikan |
Mistikus Velvella | Ahli sihir | Munich, Jerman | Rosyam Nor | Jamilah Wadan |
Sarjan Algojo Albula | Hantu Gigi | Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan | Tak tahu bertempur dan tak tahu baca not muzik | Amran Tompel |
Maya | Pontianak | Gua Tempurung, Perak | Lelaki gempal bermisai | Nursyuhada |
Fillius De Flamma | Hantu Api | Neraka ketujuh | Air | - |
Siti Sunshine | Pontianak Pondan | Pontianak, Indonesia | Getah seluar dalam | Rabiatul Adawiyah |
Ozawa Shimitzu | Hantu Korea (Ju-on) | Korea | Ajak berlari | Rabiatul Adawiyah |
Chong Meng Nga | Hantu Cina | China | Tak reti berjalan | Azron Othman |
Togom (Toyol Gomok) | Toyol | Besut, Terengganu | Warna merah jambu | - |
Gambut | Jin Tanah | Segambut Dalam, Kuala Lumpur | Bunyi gesel kapur atas papan hitam | Yank Kassim |
Katarakh | Hantu Mata | Mata sebelah kiri, Pontiana Maya | Tak tahu bertempur | - |
Pelakon Watak Kameo
Penerbitan
Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. |
Hampir 70% daripada filem ini menggunakan teknik Imej Janaan Komputer (CGI).[2]
Rujukan
- ^ "Laman web rasmi Antoo Fighter". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-30. Dicapai pada 2008-04-12.
- ^ http://antoofighter.blogspot.com/2007/10/antoofighter-tu-hape-by-pet.html