Abby Abadi | |
---|---|
Kelahiran | Arbaiyah binti Abdul Manan 1 Disember 1977 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 1995 - kini |
Ketinggian | 165 cm (5 ka 5 in) |
Pasangan | Norman Hakim (k. 2002; c. 2008) Muhammad Noor Farhan (k. 2013; c. 2014) Muhammad Faizal Zakaria (k. 2015) |
Anak-anak | 3 |
Arbaiyah binti Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (lahir 1 Disember 1977) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik ketika berusia 15 tahun melalui Kumpulan Alpha. Setelah kumpulan itu bubar, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada ahli Elite yang meraih kejayaan pada pertengahan dekad 1990-an. Beliau menjadi ahli asal kumpulan itu yang pertama mengundurkan dirinya pada 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Kerjaya lakonannya bermula dengan memegang watak sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di TV2 sebagai salah seorang daripada enam pelakon asalnya sejak drama ini mula diperkenalkan.
Kehidupan peribadi
Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Mereka mempunyai 3 orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Pada 2009, mereka telah disahkan bercerai. Hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Abby Abadi selaku ibu.[1]
Kontroversi
Abby Abadi pasca-hijrah aktif bergiat dalam aktiviti politik dan dalam pada masa yang sama mendalami Islam. Beliau telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitter miliknya berhubung ibadah korban yang mendapat perhatian ramai terutamanya di blog. Kenyataan beliau yang menyebut "Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama tetapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira membunuh binatang."[2]
Politik PAS
Setelah berhijrah memakai tudung pada 2012, beliau sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka.[3] Pada 19 Julai 2012, beliau menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.
Ekoran itu tugas beliau sebagai duta tudung syarikat AlHumaira Contemporary (AHC) ditamatkan dengan alasan 'tidak menepati sasaran'.[4] Tindakan beliau bertudung dan berpaling kepada PAS dan menyahut cabaran debat AC Mizal mengundang sindiran dan kecaman beberapa pihak.
Gerakan Bersenjata Pemuda PAS ke Gaza
Abby Abadi juga dikatakan telah menempelak kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan penyokong-penyokong PAS membawa senjata semata-mata untuk tujuan berjihad di Gaza. Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 singkatan (HKR112). Abby Abadi sangat teruja menjadi antara sejuta rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka [5]
Isu-isu lain
Sejak Abby Abadi menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup, beliau mendapat banyak jemputan dari parti politik PAS ke majlis-majlis mereka. Itu adalah salah satu perubahan besar yang dapat dilihat setelah beliau menyertai PAS berbanding artis sebelumnya, Aishah yang dilihat semakin kurang sambutan dan tidak mendapat permintaan sehangat Abby Abadi. Abby Abadi juga pernah ditegur oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan pertanyaannya tentang isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama di sebuah program agama. Abby dikatakan kelihatan terasa hati dan Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya ya. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz.[6]
Pada awal tahun 2017, Abby Abadi telah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan menyokong perjuangan Pakatan Harapan.[1][2]
Diskografi
Album
- Alpha (Alpha) 1993
- Catwalk (Elite) 1996
- Tamparan Wanita (Elite) 1998
- Idola (Elite) 1999
- Merbahaya (Elite) 2000
- Soundtrack Gerak Khas
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Pasrah | Fiza | Filem pertama |
2001 | Gerak Khas The Movie | Inspektor Aleeza | |
2002 | Gerak Khas The Movie II | ||
2005 | GK3 The Movie | ||
Sembilu 2005 | Cikgu Abby | ||
2009 | Skrip 7707 | Liza | |
2010 | Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami | Sarah |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999–2011 2019–2021 |
Gerak Khas | DSP Aleeza | TV1, TV2, TV3 | Drama pertama |
2000 | Maria Mariana The Series | Maria | TV3 | |
2007 | Manjalara | Zaza Abdullah | ||
2008 | Vice Versa | Norin | ||
2008–2010 | Hikayat Putera Shazlan | Mak Som | Astro Ceria | |
2009 | Julia Juli | Permaisuri Balqis | TV3 | |
Segalanya Ku Terima | Sofea | |||
Jongkang Jongkit | Mimi | Astro Warna | ||
2010 | Ilusi | Kak Lia | TV3 | |
Habil & Qabil | Intan | |||
2012 | Pelangi Kasih | Maimon |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Egois | Telefilem pertama | ||
1999 | Merentas Pelangi | |||
2000 | Kesatria 7 | |||
2003 | Garisan Terakhir | |||
Neon | Perempuan Gila | VCD | Penampilan khas | |
2005 | Menantu Mak Dara | TV3 | ||
2006 | Labuna Labuni | Astro Ria | ||
2021 | Dolla Watch Me Glow | Dirinya sendiri | Astro Citra | Penampilan khas |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Roda Impian | Pengacara | Astro Ria | mengacara bersama Halim Othman |
Anugerah dan pencalonan
- Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2000
- Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2001
- Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2002
- Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2003
Dicalonkan untuk kategori sama pada 2004, 2005, 2006 & 2008
Rujukan
- ^ Niezam Abdullah (28 Februari 2018). "Kontroversi Norman, Abby dan Memey". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ Utusan, Malaysia. [http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121026/re_05/Abby,-ibadah-korban-dan-bank-propembangkang#ixzz2LNQ9CsYZ © Utusan Melayu (M) Bhd "Abby, ibadah korban dan bank propembangkang"][pautan mati kekal], Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 16 Oktober 2012. Retrieved 20 February 2013.
- ^ Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi Diarkibkan 2012-08-21 di Wayback Machine Harakahdaily. 24 Jun 2012.
- ^ Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan
- ^ Norutul,Ilham. "Abby Abadi teruja mahu sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat", Keadilan Daily, Kuala Lumpur, 10 januari 2013. Retrieved on 20 Februari 2013.
- ^ Harakah, Daily. "Abby Abadi terasa hati bila ditegur Ustaz Azhar Idrus?" Diarkibkan 2012-08-18 di Wayback Machine Harakah Daily, Kuala Lumpur, 15 Ogos 2013, Retrieved on 20 February 2013.
Pautan luar
- Rencana Wikipedia yang memerlukan suntingan gaya dari September 2023
- Kelahiran 1977
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Penyanyi wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Pelakon wanita Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Bekas anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Anggota wanita Parti Amanah Negara