Antara Maghrib Dan Isyak | |
---|---|
Genre |
|
Ditulis oleh | Mazlan Manan |
Pengarah | Emi Suffian |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 39–42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 13 September 2011 – 25 Oktober 2011 |
Antara Maghrib Dan Isyak ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia 2011 arahan Emi Suffian, dibintangi Zalfie Raoul, Fathil Dani, Kazar, Muslee Ramly, Liza Abdullah, Suriati Abu Bakar, Catriona Ross, Aripah Damanhuri, Mummy Kathy, Norseha, Bell Ngasri, Tam Suhaimi, Watie Sadali dan Ilya Buang.[1] Mengisahkan asam garam kehidupan keluarga berpoligami 4 lelaki dari pelbagai usia, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Senda Pagi TV3 bermula 13 September 2011 hingga 25 Oktober 2011.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami.
Haji Seman (60 tahun) merupakan seorang suami yang sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Hasnah (Arfah Damanhuri) dan Rokiah (Mummy Kathy). Rumah tangga beliau berada dalam keadaan harmoni dan jarang terjadi salah faham serta cemburu di antara kedua-dua isterinya, cuma mereka masih tidak dikurniakan anak setelah lama berkahwin.
Ramlie (50 tahun) pula menguruskan kedua-dua rumah tangganya dengan garang kerana dia tidak mahu memberi muka kepada isteri-isterinya, Salmah (Liza Abdullah) dan Suraya (Catriona Ross). Maka, rumah tangga Ramlie sentiasa tegang ditambah pula dengan sikap cemburu Salmah yang selalu mencari pasal dengan Suraya.
Berlainan pula dengan Adman (45 tahun), dia menangani konflik yang melanda kedua-dua rumah tangganya dengan pelbagai tipu muslihat. Adman sentiasa diburu perasaan bersalah kerana kebaikan isteri tuanya, Mazni (Norseha). Mazni yang masak dengan perangai Adman yang suka berpeleseran membenarkan Adman berkahwin dengan Amelia apabila Adman memberitahunya secara jujur telah jatuh cinta pada Amelia. Ini menimbulkan rasa kurang senang hati isteri mudanya, Amelia (Watie Sadalie) apabila Adman sering berada di rumah Mazni.
Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid.
Manakala Adman dan Ramlie yang bosan dengan kehidupan mereka yang tidak pernah aman, berhasrat untuk menambah lagi bilangan isteri masing-masing. Bagaimanapun hasrat Adman dan Ramlie serta perkahwinan rahsia Yusri terbongkar juga dan menimbulkan keributan dalam keluarga masing-masing. Dalam kekecohan tersebut, mereka terkesima apabila heboh memperkatakan kedua-dua isteri Haji Seman telah meminang seorang balu untuk dijadikan isteri ketiga Haji Seman.
Pelakon
- Kazar Saisi
- Liza Abdullah
- Catriona Ross
- Zalfie Muhamad Nor
- Suriati Abu Bakar
- Livonia Ricky
- Fathil Dani
- Aripah Damanhuri
- Khaty Fauziah
- Musly Ramlee
- Norseha Hameed
- Watie Sadali
- Nur Jannah
- Shasha Al Khred
- Tam Suhaimi
- Bell Ngasri
- Shazrin Shazwan Abdullah
- Ilya
- Halimatussadiah
Rujukan
- ^ "Drama Komedi Antara Maghrib Dan Isyak". Budiey. 5 September 2011.
- ^ Antara Maghrib Dan Isyak (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 26 Februari 2019.