Castello | |
---|---|
Pengarah | Bade Hj. Azmi |
Penulis | Bade Hj. Azmi |
Lakon layar | Bade Hj. Azmi |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd. Azla Kamaruddin |
Disunting oleh | Bade Hj. Azmi |
Muzik oleh | Zul Mahat |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Berjaya Film Production |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.90 juta |
Pecah panggung | RM 1.56 juta |
Castello ialah sebuah filem aksi Malaysia 2006 edaran Berjaya Film Production Sdn Bhd dan arahan Bade Hj. Azmi. Ia mula ditayangkan pada 5 Januari 2006 di seluruh pawagam di Malaysia. Dibintangi Rosyam Nor, Erra Fazira, Que Haidar dan Liyana Jasmay.
Sinopsis
Filem ini membawa kisah mengenai Solo, remaja yang dibesarkan di Sungai Golok. Solo berkahwin dengan seorang gadis Thai bernama Chalita. Di saat Chalita hamil, Solo mula menjalankan kegiatan sebagai pengedar dadah untuk menjadikan kehidupan keluarganya lebih mewah. Tapi Solo tertangkap dan dia dipenjara selama 20 tahun. Di dalam penjara, dia dikenali sebagai Castello. Keluar dari penjara, Castello cuba mengesan semula isteri dan anaknya. Tapi dia kecewa bila mengetahui anak gadisnya Phim telah menjadi penagih dadah. Castello berusaha untuk menyelamatkan Phim yang tidak menyedari bahawa Castello adalah bapanya. Satu hari Castello merampas duit Phim sewaktu gadis itu sedang berurusan untuk membeli dadah. Kerana terlalu ketagih, di luar kesedaran Castello, Phim telah bertemu dengan pengedar dadah dan menceritakan masalah kewangannya.
Si pengedar berlagak baik dan memberi Phim dadah yang diperlukannya. Tapi di saat Phim sedang khayal, dia dirogol oleh konco-konco pengedar itu sebagai bayaran hutangnya kepada pengedar tersebut. Castello 'naik gila' sebaik saja mengetahui kemusnahan hidup Phim. Dia berazam untuk membalas dendam. Tapi di saat sedang bergelut menuntut bela terhadap maruah anaknya yang telah tergadai, Chalita (isteri Castello) telah dibunuh oleh konco-konco pengedar itu. Tentu saja Castello menjadi bertambah marah dan dia bertindak lebih gila.
Pelakon
Pelakon utama
- Rosyam Nor sebagai Castello @ Solo
- Erra Fazira sebagai Chalita
- Que Haidar sebagai Sepet
- Liyana Jasmay sebagai Phim
Pelakon pembantu
- Zain Hamid sebagai Solo Muda
- Nuremy Ramli sebagai Chalita Muda
- Bell Ngasri sebagai Nik
- M. Rajoli sebagai Ustaz Asri
- Zack Taipan sebagai Thai Nom
- Bront Palarae sebagai Chet
- Suhaimi Suandi sebagai Azan
- Kamarool Haji Yusoff sebagai Ketua Penyeludup
- Abdul Aziz sebagai Adi
- Erma Fatima sebagai Ibu Adi
- Bohari Rahmat sebagai Bapa Adi
- Prono sebagai Penagih Dadah
- Fizz Fairuz sebagai Kuncu Sepet
Pelakon tambahan
- Ramona Zamzam sebagai Pelayan Kelab
Anugerah dan pencalonan
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-19 | Penyunting Terbaik | Bade Hj. Azmi | Menang |
Penataan Bunyi Terbaik | Azman Hasan | Menang | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Que Haidar | Tercalon | |
Pelakon Harapan Lelaki | Que Haidar | Menang | |
Pelakon Wanita Harapan | Liyana Jasmay | Tercalon | |
Lagu Tema Asal Terbaik | Zul Mahat | Tercalon |