Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam 陈康南 DP, PSM, PNBS, DA, PBS, KMN, ABS, PPC | |
---|---|
Dalam jawatan 9 September 1996 – 2011 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Miri, Sarawak | |
Dalam jawatan 1983–1991 | |
Didahului oleh | Chia Chin Shin |
Digantikan oleh | Kawasan DUN dimansuhkan |
Majoriti | 8,273 (1987) |
Ahli Dewan Undangan bagi Piasau, Miri | |
Dalam jawatan 1991–2011 | |
Digantikan oleh | Alan Ling Sie Kiong |
Majoriti | 9,063 (1991) 5,191 (1996) 7,673 (2001) 3,918 (2006) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Miri, Sarawak | 24 September 1936
Parti politik | Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) |
Pasangan | Datin Patinggi Puan Sri Judy Chan (bercerai) Datin Patinggi Puan Sri Lorna Enan Muloon |
Anak | 4 anak perempuan |
Tan Sri Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam (Lahir pada 24 September 1936 di Miri, Sarawak) merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 kerajaan negeri Sarawak. Beliau menjadi presiden parti SUPP Sarawak selepas Tan Sri Dr Wong Soon Kai.[1]
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melantik beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pembangunan Perindustrian & Menteri Pelancongan dan Warisan. Beliau juga pernah menjadi ADUN Piasau,Miri.
Pendidikan
George Chan belajar di Sekolah Rendah St. Joseph, Miri dan Sekolah Menengah St. Joseph , Kuching, Sarawak. Kemudian, beliau mendapat Biasiswa Colombo untuk melanjutkan pelajaran jurusan perubatan di Universiti Sydney, Australia pada 1962.[2]
Keluarga
Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan sudah bercerai dengan isterinya berbangsa kulit putih berasal dari Amerika Syarikat yang berketurunan Irish, Datin Patinggi Puan Sri Judy Chan. Mereka mempunyai 4 anak hasil daripada perkahwinan mereka dan kini beliau telah berumah tangga dengan Datin Patinggi Puan Sri Lorna Enan Muloon yang berketurunan Kelabit, yang juga merupakan anak angkat kepada rakan politiknya iaitu mendiang Dato' Joseph Balan Seling.[3][4]
SUPP kalah di Sibu
Calon SUPP Robert Lau Hui Yew kalah ditangan Wong Ho Leng (Pengerusi DAP Sarawak) dalam pilihan raya kecil Sibu 2010 pada 16 Mei 2010. George Chan kecewa ramai pengundi Sibu yang tidak keluar mengundi sehingga menyebabkan SUPP/Barisan Nasional kalah tipis, 398 undi.
Rujukan
- ^ Six new faces, three dropped[pautan mati kekal], The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris)
- ^ "OUR ALUMNI CHAN GEORGE HONG NAM" (dalam bahasa Inggeris). Universiti Sydney. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-28. Dicapai pada 27 September 2015.
- ^ Happy George Chan becoming a father again, MoCS Sarawak (dalam bahasa Inggeris)
- ^ Ritchie, James (4 Ogos 1991). "A wedding to remember" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Januari 2015.
Pautan luar
- SUPP Profile: George Chan Hong Nam Diarkibkan 2009-03-27 di Wayback Machine (dalam bahasa Inggeris)
- Dewan Undangan Negeri Sarawak Kawasan Pilihanraya: N.63 PIASAU Diarkibkan 2010-05-14 di Wayback Machine
- Rencana dengan pautan luar mati dari Oktober 2017
- Kelahiran 1936
- Orang hidup
- ADUN Sarawak
- Anggota Parti Rakyat Bersatu Sarawak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Orang dari Sarawak
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-6
- Doktor perubatan Malaysia