Sook | |
---|---|
Transkripsi lain | |
Koordinat: 5°08′N 116°19′E / 5.133°N 116.317°EKoordinat: 5°08′N 116°19′E / 5.133°N 116.317°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Pedalaman, Sabah |
Daerah | Keningau |
Pentadbiran | |
• Badan | Pejabat Daerah Kecil Sook |
• Penolong Pegawai Daerah | Caroline Benjamin Jiungan |
• Ketua Masyarakat Tempatan (Ketua Daerah) | Encik Susuru @ Simon Bin Antibak |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Ellron Alfred Angin (GBS-STAR) (Sook) Gabungan Bersatu Sabah |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,037.543 km2 (786.700 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 37,815 |
Anggaran populasi penduduk daerah kecil Sook. | |
Zon waktu | MST |
Kod kawasan | 087 |
Laman sesawang | www |
Daerah Sook adalah sebuah pekan serta daerah yang terletak di pedalaman sabah Ia berfungsi sebagai bandar pertanian dan kayu serta merupakan sebuah bandar transit bagi pemandu dari Keningau yang hendak menuju ke Tawau melalui jalan Keningau-Sook-Sapulut-Kalabakan-Tawau.
Etimologi
Asal-usul daerah Sook
Di daerah Kecil Sook terdapat sebatang sungai yang merentang di tengah-tengah pekan, dan mengalir hingga ke Kuala sungai Padas. Sungai ini dinamakan " Sungai Sook".[1] [2]
Menurut cerita zaman dahulu terdapat banyak buaya yang ganas dan tinggal di sungai Sook.[1] Masyarakat kampung yang tinggal di sekitar kawasan Daerah Kecil Sook ini langsung tidak boleh turun ke dalam sungai untuk mandi atau mengambil air minuman, kerana sesiapa juga yang turun ke sungai pasti akan menjadi mangsa keganasan buaya tadi.[1] Salah satu cara yang dilakukan untuk mendapatkan air ialah dengan cara mengaut atau sook air dari sungai tadi, dengan menggunakan gayong yang diperbuat daripada tempurung kelapa atau bambu dan diberi tangkai atau diikat dengan tali.[1]
" SOOK " adalah perkataan dalam bahasa murut yang membawa makna mengaut atau menggayong.[1] Kesimpulan cerita asal daerah ini mendapat panggilan " SOOK ", adalah daripada cara masyarakat kampung mendapatkan air dari sungai tadi.[1]
Pentadbiran
Mukim
Daerah kecil Sook mempunyai 6 Mukim iaitu;[3]
- Mukim Lanas
- Mukim Tulid
- Mukim Sook
- Mukim Dalit
- Mukim Ansip
- Mukim Seberang
Geografi
Jarak pekan Sook ke bandar Kota Kinabalu adalah lebih kurang 167 kilometer manakala jarak pekan sook ke bandar Keningau adalah 41 kilometer.[4] kawasan Sook dan sekitarnya dengan ketinggian 1350 meter dari paras laut.[4]
Iklim
Iklim di Sabah adalah khatulistiwa, iaitu suhu yang agak seragam dalam lingkungan 23 hingga 28 darjah Celsius, kelembapan tinggi (80-85%) dan hujan yang banyak.[5] Pengaruh dominan pada iklim adalah monsun timur laut dari November hingga Mac dan monsun barat daya antara bulan Mei dan September.[5]
Ia telah menjadi trend yang banyak didokumenkan bahawa daerah-daerah dalam negeri Sabah menerima hujan yang lebih rendah berbanding dengan Wilayah Pantai Barat.[5] Laporan pada tahun 1976 memberikan hujan tahunan purata 2,500-4000 mm untuk kawasan barat Banjaran Crocker, sedangkan kawasan di timur julat ini mencatatkan hujan tahunan hanya antara 1,500 - 2000 mm.[5] Rekod hujan 29 tahun (1969-1998) untuk Keningau merangkumi Sook (dalam milimeter) diberikan.[5]
Sosio ekonomi
Kawasan Pertanian
- Padi Sawah
- Keladi (Goul)
- Padi Bukit
- Koko
- Kopi
- Buah-Buahan
- Tanaman Kontan
- Kelapa Sawit
Kawasan Perladangan
- Ladang Kayu Kertas - SAFODA
- Lembaga Industri Getah
- Pusat Penyelidikan
- Perhutanan - Jabatan Perhutanan
Kemudahan awam
- Sekolah: Sekolah rendah dan menengah.[6]
- Bekalan Air Minum: Bekalan air yang ada hanya disalurkan ke jabatan-jabatan, perumahan kerajaan, sekolah dan gerai-gerai disekitar Pekan Sook sahaja. Purata bekalan air sehari ialah 30,000 gelen atau 680,000 liter. Walaupun begitu dengan adanya penggunaan Sekolah SMK baru di kawasan pekan ianya bertambah melebihi dari pada jumlah tersebut.[6]
- Klinik: Klinik desa dan Klinik kesihatan[6]
- Pehubungan: Jalan raya, telefon dan Pemancar TV (Pemancar Relay daripada Gunung Kinabalu)[6]
- Pengangkutan
- Keselamatan: Masih bergantung kepada perkhidmatan Polis daripada daerah Keningau dan Nabawan. Perancangan untuk mewujudkan Balai Polis sedang dalam proses dan tapak telah disediakan.[6]
- Bekalan Letrik: Diselenggarakan sepenuhnya oleh SESB Sdn. Bhd. Keningau[6]
Rujukan
- ^ a b c d e f "Sejarah Daerah". www.sabah.gov.my. Dicapai pada 2020-02-24.
- ^ "SEJARAH RINGKAS DAN LATARBELAKANG MENGENAI DAERAH SOOK". www.celcom1cbc.com. Dicapai pada 2020-02-24.
- ^ "Keluasan Daerah Kecil Sook". www.sabah.gov.my. Dicapai pada 2020-02-24.
- ^ a b "SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI PEJABAT DAERAH KECIL SOOK". www.sabah.gov.my. Dicapai pada 2020-02-24.
- ^ a b c d e "Field Site Description". www.sabah.gov.my. Dicapai pada 2020-02-24.
- ^ a b c d e f "Kemudahan Asas". www.sabah.gov.my. Dicapai pada 2020-02-24.
Pautan luar
Kategori berkenaan Sook di Wikimedia Commons