![]() Arulmigu Rajamariamman Devasthanam | |
Nama: | Arulmigu Rajamariamman Devasahanam |
Pencipta: | Kootha Perumal Vandayar |
Tarikh pembinaan: | 1911 |
Dewa-dewi utama: | Mariamman |
Seni bina: | Seni bina Dravidia |
Lokasi: | Jalan Ungku Puan,Johor Bahru |
Arulmigu Rajamariamman Devasthanam (Tamil: அருள்மிகு இராஜமாரியம்மன் தேவஸ்தானம்) atau juga dikenali sebagai JB Kuil atau JB Mariamman Kovil ialah sebuah kuil Hindu yang terletak di pusat bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia.[1] Ia merupakan kuil Hindu tertua dan antara yang paling bersejarah di negeri Johor. [2] Kuil ini didedikasikan kepada Dewi Mariamman, dewi kesihatan, perlindungan, dan kekuatan dalam tradisi Hindu Tamil.[3] Kuil ini diasaskan pada tahun 1911 oleh Kootha Perumal Vandayar.
Sejarah
Kuil ini diasaskan pada tahun 1911 oleh Kootha Perumal Vandayar, dengan sokongan kewangan dan sebidang tanah daripada Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, sebagai pengiktirafan kepada komuniti India yang menetap di Johor Bahru. Pada tahun 1985, gelaran "Raja" ditambah pada nama kuil ini sebagai penghormatan kepada sumbangan dan hubungan erat dengan keluarga diraja Johor.
Sebi Bina
Kuil ini menampilkan gaya seni bina Dravidia dengan elemen tempatan. Ciri paling menonjol ialah Rajagopuram (menara pintu masuk) setinggi 75 kaki (sekitar 23 meter) yang dihiasi dengan lebih 120 arca dewa-dewi dan makhluk suci. Gopuram ini dianggap sebagai yang tertinggi di negeri Johor. Lima kalasam (bekas logam suci) berlapis emas terletak di puncak gopuram, melambangkan kesucian dan kesempurnaan rohani.
Di dalam kuil, terdapat patung utama Dewi Rajamariamman serta kuil-kuil kecil lain yang didedikasikan kepada dewa-dewi Hindu yang lain seperti Ganesha, Murugan dan Shiva.