Melayu: Kuil Balathandayuthapani Tamil: பினாங்கு பாலதண்டாயுதபாணி திருக்கோவில் | |
---|---|
Kuil Balathandayuthapani | |
Nama: | Melayu: Kuil Balathandayuthapani Tamil: பினாங்கு பாலதண்டாயுதபாணி திருக்கோவில் |
Pencipta: | Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang |
Tarikh pembinaan: | 1782 |
Dewa-dewi utama: | Murugan |
Seni bina: | Seni bina Dravidia |
Lokasi: | Pulau Pinang |
Kuil Arulmigu Balathandayuthapani,(Tamil: பினாங்கு பாலதண்டாயுதபாணி திருக்கோவில் ) juga dikenali sebagai Waterfall Temple, adalah sebuah kuil Hindu di George Town,Pulau Pinang, Malaysia.[1] Didedikasikan kepada Dewa Murugan, kuil di puncak bukit ini, dengan gapura (gopuram) setinggi tujuh tingkat dan 21.6 m, dikatakan sebagai kuil Dewa Murugan terbesar di luar India.[2][3]Ia terletak lebih tinggi di atas tanah berbanding Batu Caves, di mana para penganut perlu mendaki lebih daripada 500 anak tangga untuk sampai ke tempat ibadat.[1]Kuil ini juga merupakan salah satu titik fokus utama bagi perayaan Hindu Thaipusam di Malaysia.[4]
Sejarah
- 1800: Kuil yang terletak di tapak Air Terjun di Taman Botani Pulau Pinang menjadi titik tumpuan Festival Thaipusam.
- 1856: Lukisan pemandangan kuil di tapak air terjun dilakukan oleh Kapten Charles Henry Cazalet, mengesahkan kewujudannya pada masa itu.
- 1892: Pembinaan Takungan Air Terjun.
- 1905: Penubuhan Lembaga Wakaf Mohammedan dan Hindu.
- 1913: Rancangan untuk memindahkan Kuil Air Terjun bagi mengelakkan pencemaran bekalan air.
- 1914: Pembelian tanah seluas 10 ekar untuk pembinaan kuil Hindu baru.
- 1915: Thaipusam disambut di Kuil Puncak Bukit untuk pertama kalinya pada Februari 1915.
- 1985: Kuil Puncak Bukit yang lama dibina semula dan Maha Kumbhabishegam dijalankan pada 28 Januari 1985.
- 2006: Pembinaan Kuil Puncak Bukit yang baru di lokasi baru 30 meter di atas lokasi lama.
- 2012: Maha Kumbabhishegam Kuil Puncak Bukit baru dijalankan pada 29 Jun 2012. Festival Thaipusam 2013 diadakan untuk pertama kalinya di Kuil Puncak Bukit baru tersebut.
Rujukan
- ^ a b "WATERFALL HILLTOP TEMPLE". HARMONICO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-17.
- ^ "Waterfall Hilltop Temple". Time Out Penang. 9 March 2014.
- ^ Puravin. "Malaysian Temples". malaysiantemples.com.
- ^ Administrator II. "Thaipusam 2013 at the Arulmigu Balathandayuthapani Temple - The Largest Lord Murugan Temple outside of India". visitpenang.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 August 2014. Dicapai pada 30 July 2014.