Dewi Mariamman மாரியம்மன் | |
---|---|
Dewi Cuaca dan Kesuburan[1] | |
![]() Dewi Mariamman | |
Nama lain | Mariamma, Mariamman, Mariatha, Mari, Amma |
Disembah di | India Selatan, Diaspora Tamil |
Gabungan | Dewi, Shakti, Mahadevi, Durga, Kali, Parvati, Shitala, Syaktisme, Draupadi |
Tempat tinggal | Bumi |
Penganut | Terutama Hindu Tamil luar bandar[2], Hindu India Selatan, Komuniti India Selatan di Diaspora India |
Tunggangan | Singa |
Kuil | Samayapuram Mariamman, Punnainallur Mariamman, Tiruverkadu Devi Karumariamman Temple |
Perayaan | Navaratri, Ādi Thiruviḻa |
Mariamman, sering disingkatkan kepada Amman, ialah seorang dewi Hindu yang berkaitan dengan cuaca, dan terutamanya dipuja di kawasan luar bandar di India Selatan[3][4] dan juga di kawasan dihuni oleh Diaspora Tamil.Mariamman berkait rapat dengan Dewi Parvathi dan Durga. Dewi Mariamman dianggap oleh ramai sebagai reinkarnasi Dewi Kali.Pemujaan terhadapnya terutamanya berfokus kepada membawa hujan dan menyembuhkan penyakit seperti kolera, cacar, dan cacar air. Mariamman dipuja mengikut tradisi tempatan seperti Pidari atau Gramadevatai. Beliau dianggap sebagai dewi penjaga (kaval deivam) oleh ramai penduduk kampung di India Selatan.
Ibadahnya telah dibawa ke seluruh Diaspora Tamil di tempat-tempat seperti Caribbean(Lihat: Caribbean Shaktism), Afrika Selatan, Mauritius,Malaysia,Indonesia Singapura, Vietnam, dan Fiji di mana perayaan dan kuil sering diadakan dan dibina atas namanya.
Asal
Mariamman ialah dewi Orang Tamil, yang pemujaannya mungkin berasal dari India sebelum Veda. Dia ialah dewi ibu utama Tamil, kebanyakannya di kawasan luar bandar Tamil Nadu. Dalam tempoh selepas Veda, Mari dikaitkan dengan dewi Hindu seperti Parvati, Kali dan Durga.
Perkataan Mari (sebutan: /maari/) berasal dari bahasa Tamil yang bermaksud "Hujan" dan perkataan Amman bermaksud "Ibu". Dia disembah oleh orang Tamil purba sebagai pembawa hujan dan oleh itu juga pembawa kemakmuran, kerana banyak tanaman mereka bergantung pada hujan yang mencukupi. Pemujaan ini dianggap sebagai petunjuk masyarakat yang memuliakan kewanitaan.
Kuil dan Tempat Ibadah
Di Luar India
Terdapat beberapa kuil bernama Kuil Sri Mariamman/Kuil Sri Maha Mariamman di seluruh dunia:
Afrika Selatan
Indonesia
Malaysia
- Kuil Sri Maha Mariamman, Ipoh
- Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur
- Kuil Sri Maha Mariamman Temoh
- Kuil Sri Mariamman, Pulau Pinang
Thailand
Singapura=
Sri Lanka=
Vietnam=
Rujukan
- ^ Bhattacharya, Jayati; Kripalani, Coonoor (1 March 2015). Indian and Chinese Immigrant Communities: Comparative Perspectives. Anthem Press. ISBN 9781783083626 – melalui Google Books.
- ^ Bremner, Lindsay; Cullen, Beth; Geros, Christina Leigh; Bhat, Harshavardhan; Powis, Anthony (25 May 2022). Monsoon as Method: Assembling Monsoonal Multiplicities. Actar D, Inc. ISBN 9781638408048 – melalui Google Books.
- ^ "Mariamman – the Village Goddess who travelled". Storytrails. 2020-09-30. Dicapai pada 2021-08-07.
- ^ Neuenhofer, Christa (2012-11-27). Ayyanar and Mariamman, Folk Deities in South India (dalam bahasa Inggeris). Blurb, Incorporated. ISBN 978-1-4579-9010-6.