(Dilencongkan daripada April 27)
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
27 April merupakan hari ke-117 (hari ke-118 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 248 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Togo (1960) dan Sierra Leone (1961)
- Hari Raja di Belanda (2014);
- Hari Pembebasan di Afrika Selatan.
Peristiwa
- 1521 - Orang-orang asli Filipino yang diketuai Lapu-Lapu membunuh penjelajah Portugis Ferdinand Magellan dan menghalau askar Sepanyol dari Filipina.
- 1565 - Konkuistador Miguel López de Legazpi, bersama-sama dengan 500 orang askar bersenjata, tiba di Cebu dan mengasaskan petempatan Sepanyol yang pertama di Filipina.
- 1667 - John Milton (gambar) yang buta dan miskin ketika itu, menjual hak cipta puisi epik Paradise Lost untuk £10.
- 1865 - Satu letupan memusnahkan bot api Sultana (gambar) di Sungai Mississippi dan membunuh hampir 1,800 daripada 2,400 orang penumpang.
- 1904 - Chris Watson menjadi Perdana Menteri Australia pertama daripada Parti Buruh, dan perdana menteri parti buruh pertama di dunia.
- 1967 - Pameran Sedunia Ekspo 67 dibuka di Montreal, Quebec, Kanada, dengan lebih 50 juta pelawat dan 62 negara turut serta.
- 1994 - Apartheid di Afrika Selatan: Kongres Kebangsaan Afrika dan Nelson Mandela mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya tak berasaskan ras pertama dalam sejarah Afrika Selatan.
- 2005 - Pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380 menjalankan penerbangan sulungnya dari Toulouse, Perancis.
- 2011 - Hamas dan Fatah memeterai satu perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan Palestin sebelum pilihan raya akan datang.
Kelahiran
- 1822 - Ulysses S. Grant, Presiden Amerika Syarikat ke-18
- 1990 - Zaskia Gotik, pelakon dan penyanyi wanita Indonesia
Kematian
- 1521 - Ferdinand Magellan, seorang penjelajah dari Portugis.