Werethekau | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Nama dalam hieroglif |
|
Werethekau (Bahasa Mesir: wrt-hk3w "yang hebat dalam sihir, penyihir yang hebat"; juga Urthekau atau Weret Hekau) ialah seorang dewi Mesir purba. Dia ialah personifikasi kuasa ghaib.[1]
Dalam mitos
Sebagai dewi perlindungan, dia sering muncul pada objek-objek pengebumian, terutamanya senjata, untuk membolehkan si mati melindungi dirinya daripada bahaya di alam ghaib. Dia juga diletakkan di atas pisau gading sebagai azimat untuk melindungi ibu-ibu hamil dan sedang menyusu.[perlu rujukan]
Kuasanya merupakan salah satu sifat yang ada pada mahkota-mahkota Mesir. Sebagai dewi mahkota, dia berupa seperti ular atau wanita berkepala singa dan tinggal di kuil negeri.[2] Sebagai isteri kepada Ra-Horakhti, dia digambarkan dengan cakera matahari di atas kepala. Werethekau ialah gelaran yang sering diberikan kepada Isis,[3] Sekhmet,[4] Mut,[5] dan lain-lain.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Barbara S. Lesko, The great goddesses of Egypt, University of Oklahoma Press, 1999, p 74
- ^ Manfred Lurker, The Routledge Dictionary of Gods and Goddesses, Devils and Demons, Routledge 2004, ISBN 0-415-34018-7, p.192
- ^ Lurker, op.cit., p.192
- ^ Erik Hornung, Conceptions of God in Ancient Egypt: The One and the Many, Cornell University Press 1996, ISBN 0-8014-8384-0, p.284
- ^ Carol A. R. Andrews, Amulets of Ancient Egypt, University of Texas Press 1994, ISBN 0-292-70464-X, p.37