Onuris | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Onuris was depicted wearing a headdress of two or four tall feathers.[1] | ||||||||||
Nama dalam hieroglif |
atau
| |||||||||
Pusat kultus utama | Thinis | |||||||||
Simbol | bulu burung unta, singa, lembing | |||||||||
Maklumat peribadi | ||||||||||
Ibu bapa | Ra | |||||||||
Adik-beradik | Tefnut, Shu, Bastet | |||||||||
Pasangan | Mehit | |||||||||
Kesetaraan | ||||||||||
Kesetaraan Yunani | Ares |
Dalam mitologi Mesir purba, Onuris (juga dipanggil Onouris, Anhur, Anhuret, Han-Her, Inhert) ialah dewa perang yang disembah di kawasan Mesir Abydos, dan khususnya di Thinis. Mitos memberitahu bahawa dia telah membawa isterinya, Mehit, yang mempunyai peranan yang sama dengannya, dari Nubia, dan namanya mencerminkan ini—ia bermaksud '(yang) membawa kembali yang jauh'.[2]
Salah satu gelarannya ialah pembunuh musuh-musuh. Onuris digambarkan sebagai lelaki berjanggut yang memakai jubah dan hiasan kepala dengan empat bulu pelepah, memegang lembing atau tombak, atau kadang-kadang sebagai dewa berkepala singa (mewakili kekuatan dan kuasa). Dalam beberapa penggambaran, jubah itu lebih mirip dengan kilt.[3]
Peranan
Sebahagian daripada siri |
Agama Mesir Purba |
---|
![]() |
Portal Mesir Purba |
Dewa perang
Disebabkan dia dewa perang, dia merupakan penaung tentera Mesir purba, dan personifikasi pahlawan-pahlawan diraja. Pada perayaan-perayaan untuknya, pertempuran olok-olok diadakan. Semasa Zaman Rom Maharaja Tiberius digambarkan pada dinding kuil-kuil Mesir memakai mahkota berbulu empat yang khas milik Onuris.
Orang Yunani menyamakan Onuris dengan dewa perang mereka, Ares. Dalam legenda dewa-dewa Olympus melarikan diri daripada Typhon dan berubah bentuk menjadi haiwan di Mesir, Ares dikatakan menjadi ikan bernama Lepidotus atau Onuris.[4]
Pembawa langit
Nama Onuris juga boleh bermaksud 'pembawa langit' dan, disebabkan sama hiasan kepala, Onuris kemudiannya disamakan dengan Shu, menjadi Onuris-Shu. Dia anak Ra dan saudara Tefnut jika dianggap sebagai Shu.
Kahin-kahin tinggi Onuris
- Amenhotep, dari zaman Thutmose IV. Isteri Amenhotep, Henut, ialah biduan Onuris. Anak-anak mereka Hat dan Kenna ialah Pahlawan Kereta Kuda Baginda. Dikenali dari sebuah stele yang kini berada di Muzium British (EA 902).[5]
- Nebwenenef Kahin Tinggi Onuris semasa pemerintahan Seti I. Dilantik sebagai Kahin Tinggi Amun pada permulaan pemerintahan Ramesses II.[6]
- Hori[6]
- Minmose, anak Kahin Tinggi Onuris Hori dan isterinya Inty. Dari zaman pemerintahan Ramesses II.[6]
- Anhurmose, dari zaman Merneptah.[6][7]
- Sishepset, dari zaman Ramesses III[7]
- Harsiese, disebut pada sebuah ostrakon di Abydos[7]
Dalam budaya popular
Onuris ialah watak boleh main dalam permainan arena pertarungan dalam talian berbilang pemain, SMITE. Onuris seorang Pemburu yang menggunakan lembing dan bergelar Pembunuh Musuh-Musuh[8] dan ditunjukkan dalam bentuk singa (antropomorfik) berjanggut, jubah, dan mahkota yang ada empat bulu pelepah besar.
Onuris ialah dewa kekacauan dalam permainan komputer NetHack/Slash'EM.
Onuris mempunyai peranan kecil dalam novel fantasi 2012 The Serpent's Shadow sebagai dewa yang dianggap mati dan dihidupkan semula untuk memusnahkan Dewa Camuk, Apophis.
Onuris salah satu daripada 20 bos yang dilawan dalam permainan video Boss Rush: Mythology.
Kugiran death metal Amerika Nile menghasilkan dua lagu tentang Onuris dalam album mereka 2000 Black Seeds of Vengeance, bertajuk "Masturbating the War God" dan "Libation Unto the Shades Who Lurk In the Shadows of the Temple of Anhur".
Rujukan
- ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. p. 118
- ^ The Way to Eternity: Egyptian Myth, F. Fleming & A. Lothian, p. 56
- ^ Turner and Coulter, Dictionary of ancient deities, 2001
- ^ Antoninus Liberalis, Metamorphoses 28 (trans. Celoria) (penulis mitos Greek abad ke-2 M)
- ^ Topographical Bibliography Vol. VIII, diambil dari laman web Griffith Institute Mei 2010
- ^ a b c d Kitchen, K.A., Ramesside Inscriptions, Translated & Annotated, Translations, Volume III, Blackwell Publishers, 1996
- ^ a b c Porter and Moss Topographical Bibliography; Volume V Upper Egypt Griffith Institute
- ^ "Anhur - Wiki Rasmi SMITE". www.smitewiki.com. Dicapai pada 23 Jun 2017.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Onuris |