Unut | |||||
---|---|---|---|---|---|
![]() Dewi Unut Mesir berdasarkan dewa-dewa berkepala arnab yang lain | |||||
Nama dalam hieroglif |
| ||||
Pusat kultus utama | Hermopolis | ||||
Simbol | Kelinci | ||||
Pasangan | Wenenu |
Unut, juga dikenali sebagai Wenut atau Wenet, ialah dewi kelinci Mesir Purba prasejarah dan dewi ular kesuburan dan kelahiran baru.[1]
Asalnya, rupa dia seperti seekor ular tetapi kemudian dia menjadi seekor kelinci dan dipanggil "Yang pantas". Dia datang dari wilayah Mesir Hulu yang ke-15 dan disembah bersama Thoth di ibu kotanya Hermopolis (dalam bahasa Mesir: Wenu). Kemudiannya dia digambarkan dengan badan wanita berkepala kelinci.[2] Dia diserap ke dalam sembahan Horus dan kemudian Ra.
Etimologi

Namanya boleh ditulis dalam lima hieroglif yang berbeza tetapi dia jarang muncul dalam sastera atau inskripsi. Nama dia digunakan dalam gelaran diaraja sekali sahaja dalam seluruh sejarah Mesir. Suaminya ialah Wenenu, yang kadangkala dianggap sebagai satu jelmaan Osiris atau Ra.[3]
Satu-satunya raja yang memakai namanya merupakan Unas dari dinasti kelima.
Ikonografi

Unut lazimnya digambarkan sebagai seorang wanita dengan kepala kelinci gurun atau Lepus capensis dari Mesir. Orang Mesir dahulu melihat kelinci sebagai model kepantasan, kewaspadaan dan deria yang tajam tetapi rupa haiwan ini juga digunakan oleh sesetengah dewa alam bawah tanah.[3] Azimat yang dibuat dalam bentuk kelinci mungkin berkaitan dengan sifat binatang tersebut ataupun melambangkan dewi ini.[3]
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Unut |
- ^ San-Aset (2020-04-05). "The Hare Goddess (Wenet Part 2)". Iseum Sanctuary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-02-27.
- ^ Erik Hornung, Conceptions of God in Ancient Egypt: The One and the Many, Cornell University Press 1996, ISBN 0801483840, p.82
- ^ a b c Wilkinson, Richard (2003), The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt, Thames & Hudson, m/s. 199, ISBN 978-0500051207 London, Thames and Hudson.