Nehmetawy(nḥm.t-ˁw3ỉ; "dia yang memeluk golongan yang susah"[1]) ialah seorang dewi dalam agama Mesir purba. Dia tidak begitu dikenali ramai. Nehmetawy ialah isteri kepada dewa ular Nehebkau, atau di tempat pemujaan lain, seperti di Hermopolis, isteri kepada Thoth. Dia digambarkan seperti manusia, dengan hiasan kepala berbentuk sistrum, selalunya dengan seorang kanak-kanak di ribanya.[2]