Atenisme (Jawi: اتينيسمى ), juga dikenali sebagai agama Aten,[1] agama Amarna,[2] dan ajaran sesat Amarna, merupakan satu agama di Mesir purba. Ia diasaskan oleh Akhenaten, seorang firaun yang memerintah Kerajaan Baru daripada Dinasti Kelapan Belas.[3] Ada yang memanggilnya agama monoteistik dan memuja hanya satu dewa ini, tetapi beberapa ahli kaji Mesir berpendapat bahawa ia sebenarnya henoteistik, percaya pada satu dewa tanpa menafikan kewujudan dewa-dewa lain.[4] Atenisme berfokus pada memuja Aten, dewa yang digambarkan sebagai cakera matahari. Aten pada asalnya sebahagian daripada Ra, dewa matahari tradisional Mesir, tetapi kemudiannya ditegaskan oleh Akhenaten sebagai yang tuhan tertinggi semua dewa.[5] Pada abad ke-14 SM, Atenisme menjadi agama Mesir selama kira-kira 20 tahun, dan Akhenaten membanteras pemujaan dewa-dewa lain; baginda menutup banyak kuil-kuil dewa lama, bina kuil Aten dan juga menindas tradisionalis agama. Walau bagaimanapun, firaun-firaun selepasnya menghentikan gerakan itu selepas Akhenaten mangkat, memulihkan agama politeistik tradisional tamadun Mesir. Usaha besar-besaran dibuat untuk menghapuskan Akhenaten dari semua catatan Mesir termasuk nama baginda, kuil-kuil Aten, dan pernyataan bahawa Atenlah dewa tertinggi.
Sejarah Aten sebelum Akhenaten
Perkataan Aten (Bahasa Mesir: jtn ), yang bermaksud "bulatan," "cakera," dan kemudian "cakera matahari," pertama kali ditemui pada Papirus-papirus Abusir dari abad ke-24 SM, di kuil makam firaun Dinasti Kelima Neferirkare Kakai.[6] Aten, dewa Atenisme, pertama kali muncul sebagai tuhan dalam teks-teks dari zaman Dinasti Kedua Belas, dalam Kisah Sinuhe.[7] Semasa Kerajaan Pertengahan, Aten "sebagai cakera matahari...hanyalah sebahagian daripada dewa matahari Ra."[5] Aten merupakan dewa matahari yang tidak begitu diketahui; tanpa zaman Atenisme, ia tentu tidak akan tercatat dalam sejarah Mesir. Walaupun terdapat tanda-tanda Aten menjadi penting sedikit semasa dinasti kelapan belas, terutamanya apabila Amenhotep III menamakan tongkang dirajanya Roh Aten, Amenhotep IV-lah yang memperkenalkan revolusi Atenisme yang memuncak dengan Aten menjadi satu-satunya dewa Mesir. Walaupun setiap keturunan raja sebelum pemerintahan Akhenaten[5] sebelum itu menerima satu dewa sebagai penaung diraja dan dewa negara yang tertinggi, mereka tidak pernah cuba mengetepikan dewa-dewa lain, dan dewa keberbilangan sentiasa ditoleransi dan dipuja. Semasa pemerintahan Thutmose IV, Aten menjadi dewa matahari yang tersendiri, dan anak baginda Amenhotep III mengasaskan dan menyebarkan kultus khas kepada Aten. Walau bagaimanapun, tiada bukti bahawa Amenhotep III mengabaikan dewa-dewa lain atau cuba menjadikan Aten sebagai dewa tunggal.[<span title="This claim needs references to reliable sources. (August 2020)">rujukan diperlukan</span>]
Rujukan
- ^ Dodson 2016.
- ^ Assmann 2004.
- ^ Ridley 2019.
- ^ Darnell, J. C., & Manassa, C. (2007). Tutankhamun's Armies: Battle and conquest during ancient Egypt's Late Eighteenth Dynasty. John Wiley & Sons.
- ^ a b c David (1998).
- ^ Redford 1976.
- ^ Petrie, William Matthew Flinders (2013), "The Adventures of Sanehat", Egyptian Tales, Cambridge: Cambridge University Press: 97–142, doi:10.1017/cbo9781107325203.005, ISBN 978-1-107-32520-3, dicapai pada 2021-03-09
Sumber
- Assmann, Jan (2004). "Theological responses to Amarna". Dalam Knoppers, Gerald Neal; Hirsch, Antoine (penyunting). Egypt, Israel, and the Ancient Mediterranean World. Studies in honor of Donald B. Redford (PDF). Probleme der Ägyptologie. 20. Leiden; Boston: Brill. m/s. 179–191. doi:10.11588/propylaeumdok.00002354. ISBN 978-90-04-13844-5. S2CID 192690633. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada May 18, 2020. Dicapai pada May 25, 2020.
- David, Rosalie (1998). Handbook to Life in Ancient Egypt. Facts on File. ISBN 9780816033126.
- Dodson, Aidan (2016) [2014]. Amarna Sunrise. Egypt from the golden age to the age of heresy. Cairo; New York City: American University in Cairo Press. ISBN 9781617975608.
- Redford, Donald B. (1976). "The Sun-disc in Akhenaten's Program: Its Worship and Antecedents, I". Journal of the American Research Center in Egypt. Alexandria, Virginia; Cairo: American Research Center in Egypt. 13: 47–61. doi:10.2307/40001118. ISSN 0065-9991. JSTOR 40001118.
- Ridley, Ronald Thomas (2019). Akhenaten: A Historian's View. The AUC History of Ancient Egypt. Cairo; New York: The American University in Cairo Press. ISBN 9789774167935.
- Obeid, Anis; Ubayd, Anis (2006). The Druze and Their Faith in Tawhid. Syracuse, New York: Syracuse University Press. ISBN 9780815630975.
Bacaan lanjut
- Aldred, Cyril, Akhenaten, Raja Mesir (1988) Thames & Hudson.ISBN 978-0-500-05048-4ISBN 978-0-500-05048-4
- Assmann, Jan (1995). Agama Suria Mesir: Re, Amun dan Krisis Syirik . Routledge.ISBN 978-0-7103-0465-0ISBN 978-0-7103-0465-0
- Hornung, Erik (1999). Akhenaten dan Agama Cahaya . Cornell University Press.ISBN 978-0-8014-8725-5ISBN 978-0-8014-8725-5
- Redford, Donald B. (1984). Akhenaten: Raja Sesat . Princeton University Press.ISBN 978-0-691-00217-0ISBN 978-0-691-00217-0
Pautan luar
- Karya berkenaan Great Hymn to Aten di Wikisumber