|
PORTAL MESIR PURBA
Kandungan pilihan tentang Mesir Purba
Kemuncak kuasa Mesir purba dicapai semasa Kerajaan Baru, yang meluaskan pemerintahannya ke sebahagian besar Nubia dan sebahagian besar Levant. Selepas tempoh ini, Mesir perlahan-lahan memasuki era kemerosotan. Sepanjang sejarahnya, ia telah diserang atau ditakluki oleh beberapa tamadun asing, termasuk Hyksos, Kush, Assyria, Parsi, dan yang paling ketara, Yunani dan kemudian Rom. Persoalan bila Mesir purba tamat tidak disepakati: sama ada dengan berakhirnya Zaman Akhir semasa Perang Alexander Agung pada 332 SM atau dengan berakhirnya Kerajaan Ptolemaik yang diperintah Yunani semasa Rom menakluk Mesir pada 30 SM.[3] Pada 642 M, penaklukan Mesir oleh Arab menamatkan tempoh seribu tahun Zaman Yunani-Rom di rantau ini. Kejayaan tamadun Mesir purba sebahagiannya datang daripada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan Sungai Nil untuk pertanian. Banjir Nil yang boleh diramal dan pengairan terkawal di lembah suburnya menghasilkan hasil tanaman yang begitu banyak. Ia menyokong populasi yang lebih padat, seterusnya pembangunan sosial dan budaya yang ketara. Dengan sumber yang mencukupi, pentadbiran pun menaja pelombongan mineral-mineral di lembah dan kawasan gurun sekitarnya, pembangunan awal sistem penulisan sendiri, organisasi projek pembinaan dan pertanian kolektif, perdagangan dengan tamadun lain, dan tentera untuk menegaskan dominasi Mesir di seluruh Timur Dekat. Yang memotivasikan dan mengatur aktiviti-aktiviti ini ialah birokrasi jurutulis-jurutulis elit, ketua-ketua agama, dan pentadbir di bawah kawalan firaun yang memerintah, yang memastikan kerjasama dan perpaduan rakyat Mesir dalam konteks sistem kepercayaan agama yang rumit.[4] Antara banyak pencapaian Mesir purba ialah: teknik-teknik kuari, ukur, dan pembinaan yang menyokong pembinaan piramid, kuil, dan obelisk yang besar; sistem matematik; sistem perubatan praktikal dan berkesan; sistem pengairan dan teknik pengeluaran pertanian; kapal papan pertama yang diketahui;[5] faience Mesir dan teknologi kaca; bentuk baharu kesusasteraan; dan perjanjian damai terawal yang diketahui, yang diratifikasikan dengan Empayar Het yang berpusat di Anatolia.[6] Kesenian dan seni binanya banyak ditiru dan barangan antikuitinya dibawa untuk dikaji, dikagumi, atau direbutkan di seluruh pelosok dunia. Begitu juga, runtuhan monumen-monumennya menginspirasikan imaginasi pelancong dan penulis selama ribuan tahun. Rasa hormat baharu Eropah dan Mesir terhadap barangan purba dan penggalian yang bermula dengan serius pada zaman moden awal telah membawa kepada banyak penyiasatan saintifik tentang Mesir purba dan masyarakatnya, serta penghargaan yang lebih besar terhadap warisan budayanya.[7] [{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Rencana pilihan -Mitos Osiris ialah cerita yang paling terperinci dan berpengaruh dalam mitologi Mesir Purba. Mitos ini melibatkan pembunuhan dewa Osiris, seorang raja Mesir purba kala, dan akibatnya. Pembunuh Osiris, adiknya Set, merampas takhtanya. Sementara itu, isteri Osiris Isis menempatkan semula jasad suaminya, membolehkan baginda mengandungkan isterinya selepas mangkat putera mereka, Horus. Cerita selebihnya tertumpu pada Horus, hasil daripada perkahwinan Isis dengan Osiris, yang pada awalnya seorang anak yang mudah terdedah pada bahaya yang dilindungi oleh bondanya dan kemudian menjadi pesaing Set untuk takhta. Pertempuran mereka yang selalu ganas berakhir dengan Horus menang, yang memulihkan Maat (susunan kosmos dan sosial) kepada Mesif selepas pemerintahan jahat Set dan melengkapkan proses kebangkitan semula Osiris. Mitos ini, dengan perlambangan rumitnya, adalah penting untuk tanggapan Mesir purba perajaan dan pewarisan, pertempuran antara ketenteraman dengan kekacauan, dan terutamanya maut dan hidup selepas mati. Ia juga menyatakan watak penting setiap daripada empat dewa pada pusatnya, dan banyak unsur penyembahan mereka dalam agama Mesir Purba berasal daripada mitos ini. (Rencana penuh...)Gambar pilihanHalaman "Gerbang:Mesir Purba/Gambar pilihan/1" tidak wujud. Tahukah anda...
Berita5hb September 2018. Rock-cut Tomb discovered in a 4,000-year-old Elite Cemetery Ogos 2018: di makam datuk bandar Memphis Ptahmose yang bertarikh sekitar 1300 SM ditemui keju yang dipelihara dengan baik, berusia lebih daripada 3000 tahun. [1] [{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Biografi pilihan -Mesir Purba (Yunani: Πτολεμαῖος Φιλάδελφος Ptolemaios Philadelphos; 309 – 28 Januari 246 SM, bahasa Inggeris: Ptolemy II Philadelphus; 367 SM - 283 SM) adalah penguasa kedua kerajaan Mesir dalam wangsa berdarah Yunani Makaduniah selepas ayahandanya Ptolemaios I, panglima yang berkhidmat di bawah Alexander Agung. Baginda juga penguasa bersama kerajaan tersebut setelah diisytiharkan oleh ayahandanya pada 28 Mac 284 SM. Gelarannya kerana hubungan sumbang mahram dilakukan secara perkahwinan dengan kakandanya Arsinoe pada 273/2 SM; perkahwinan tersebut meneruskan adat diraja firaun Mesir Purba selain dianggap mencontohi hubungan dewa Zeus dan dewi Hera dalam mitologi Yunani, Walaupun perkahwinan tersebut dilihat dipandang jelek oleh orang Yunani sendiri, ia diikuti raja-raja wangsa ini kemudiannya. (Rencana penuh...)[{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Imej umumBerikut ialah imej daripada pelbagai rencana berkaitan Mesir Purba di Wikipedia.
Portal berkaitanWikiProjekTopik utama
Firaun yang terkenal
Pakar kaji Mesir KategoriKandungan diiktirafPengguna:JL-Bot/Project content Rencana pilihan
Senarai pilihanRencana baik
Tahukah anda?
Gambar pilihan
Rencana dalam beritaRencana utama laman utama
Senarai utama laman utamaGambar hari ini
Perkara untuk dilakukanWikimediaSumber
Portal
|






















