Majlis Daerah Lahad Datu | |
---|---|
MDLD | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 16 DIsember 1961 |
Kepimpinan | |
Pegawai Eksekutif | Jackley Gilbert @ Lontou |
Tempat persidangan | |
Majlis Daerah Lahad Datu,
Pusat Bandar Fajar, Peti Surat 60249, 91100 Lahad Datu, Sabah | |
Laman sesawang | |
https://mdlahaddatu.sabah.gov.my/ | |
Perlembagaan | |
Ordinan Kuasa Tempatan 1961 | |
sunting |
Majlis Daerah Lahad Datu merupakan sebuah Pihak Berkuasa tempatan (PBT) yang diberi kuasa di bawah Kuasa Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) bagi kawasan pentadbirannya. Majlis Daerah Lahad Datu meliputi keseluruhan kawasan Daerah Lahad Datu dan Daerah Kecil Tungku, Ia merangkumi kawasan seluas kilometer persegi dan terdiri daripada tujuh mukim iaitu Mukim Dam, Felda Sahabat, Segama, Silabukan, Silam, Tambisan dan Mukim Tungku.
Latar Belakang Organisasi
Majlis Daerah Lahad Datu adalah Penguasa Tempatan yang berautonomi kewangan. Majlis ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1962 untuk memberi perkhidmatan yang berbentuk pembangunan dan sosial.
Fungsi
Fungsi-fungsi utama Majlis Daerah Lahad Datu seperti yang telah ditetapkan dalam seksyen 14(1)(a) hingga (g) dalam Suratcara Majlis Daerah Lahad Datu, 1961 adalah seperti berikut:-
- Memproses, meluluskan, mengeluarkan dan mengawal pelbagai jenis perniagaan dan penjaja, iklan-iklan dan papan-papan tanda
- Mengadakan perkhidmatan kebersihan bandar dan menyediakan perkhidmatan kawalan sampah-sarap, perkhidmatan kutipan sampah, pembersihan parit, longkang dan saliran air, perkhidmatan saluran dan pembentungan najis
- Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan dan kebersihan premis makanan
- Kawalan penyakit berjangkit
- Membina dan menyelenggara jalan raya, sistem perparitan dan saliran
- Membina, menyediakan dan menyelengara kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai-gerai makan, gerai-gerai menjaja, pondok-pondok bas, rumah penyembelihan haiwan ternakan, rumah sampah, dewan serbaguna, padang bola, taman rekreasi dan permainan kanak-kanak
- Mengindahkan dan menyelenggara sanitari alam sekitar dengan penanaman pokok kayu, pokok bunga dan penyediaan kemudahan yang berkaitan
- Menyediakan dan memungut cukai-cukai pintu bangunan dan perumahan di kawasan perkadaran
- Mengawal dan merancang pembangunan daerah
- Menguatkuasakan undang-undang kecil Majlis (Pihak Berkuasa Tempatan)
Misi dan Visi
Misi
Menjadikan Daerah Lahad Datu sebuah bandar yang terancang, bersih, sistematik, berdaya saing dan seimbang dengan dengan arus pembangunan
Visi
Ke arah mencapai taraf Majlis Perbandaran
Objektif
Mewujudkan persekitaran yang bersih, teratur dan indah untuk dinikmati oleh penduduk setempat terutamanya di kawasan perkadaran majlis.
Mempertingkatkan kualiti pembangunan kawasan Majlis Daerah Lahad Datu terutamanya dalam aspek kemudahan-kemudahan prasarana untuk penduduk setempat khususnya dalam kawasan percukaian.
Memperkemaskan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Majlis dalam kawasan percukaian dengan lebih terancang, berkesan, berkeupayaan, sistematik, telus dan saksama.
Perkhidmatan
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Pentadbiran diketuai oleh seorang ketua bahagian (Penolong Pegawai Eksekutif) yang bertanggungjawab kepada Pegawai Eksekutif. Antara peranan dan fungsi bahagian ini ialah:
- Pengurusan Hal Ehwal Kakitangan Majlis Merekod Perkhidmatan
- Persaraan
- Perjawatan dan Latihan
- Pengurusan Mesyuarat-mesyuarat Majlis
- Pengurusan rekod-rekod dan fail
- Memproses Permohonan Lesen-lesen
- Pengurusan Tempahan Dewan/padang
- Pengurusan Stor
Bahagian Perbendaharaan
Bahagian Perbendaharaan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian (Penolong Pegawai Akauntan) yang bertanggungjawab kepada Pegawai Eksekutif. Bahagian ini terbahagi kepada empat (4) unit yang masing-masing mempunyai tugas dan peranannya sendiri iaitu:
- Bahagian Kewangan
- Unit Hasil
- Unit Bayaran
- Unit Penilaian
Bahagian Pembangunan
Bahagian Pembangunan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian (Jurutera Kanan) yang bertanggungjawab kepada Pegawai Eksekutif. Bahagian ini mempunyai tiga (3) unit iaitu:
- Unit Pembangunan yang bertanggungjawab dalam kawalan pembangunan daerah, memproses/meluluskan pelan-pelan pembangunan, pengeluaran O.C., pengurusan lesen iklan-iklan dan memanggil mesyuarat-mesyuarat
- Unit Projek yang bertanggungjawab dalam pengurusan projek-projek Majlis, projek-projek negeri dan wilayah
- Unit Setinggan yang bertanggungjawab dalam pegurusan hal-ehwal setinggan
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Perkhidmatan diketuai oleh seorang ketua bahagian (Penolong Pegawai Eksekutif (O) kepada Pegawai Eksekutif. Bahagian ini terbahagi kepada empat (4) sektor yang masing-masing mempunyai peranan dan fungsinya. Setiap sektor mempunyai ketua sektor masing-masing yang bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian.
- Sektor Pasar
- Sektor Kesihatan
- Sektor Alam Sekitar
- Sektor Kawalan Vektor
Bahagian Penguatkuasaan
Berikut adalah unit-unit yang terdapat di dalam Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Lahad Datu:
- Sektor Pentadbiran
- Sektor Operasi
- Sektor Lesen
- Sektor Anti-Litter
Rujukan