Tungku | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Tawau |
Daerah | Lahad Datu |
Pentadbiran | |
• Badan | Pejabat Daerah Kecil Tungku |
• DUN | Assaffal @ Samsul Kamal P. Alian (WARISAN) (Tungku) |
Zon waktu | MST |
Kawasan Kejiranan | Felda Sahabat dan Silabukan |
Tamu Mingguan | Sabtu |
Mukim Tungku merupakan sebuah mukim yang terletak di Daerah Kecil Tungku Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Geografi
Lokasi Mukim Tungku terletak di Timur Lahad Datu, yang bersempadan dengan Mukim Felda Sahabat di Utara dan Timurnya manakala Mukim Silabukan di Baratnya dan Teluk Darvel di Selatannya.
Mukim Tungku adalah berbeza dengan Daerah Kecil Tungku. Mukim Tungku hanyalah kawasan kecil atau zon dari Kg Bangingod hingga ke Kg Merabung, manakala istilah Daerah Kecil Tungku pula merangkumi kawasan yang lebih besar termasuk Felda, Tanjung Labian, Tambisan dan Bakapit.
Perkampungan dan Penduduk
Mukim Tungku mempunyai beberapa kumpulan etnik yang terdiri daripada Etnik Bagahak, Bajau, Iranun dan lain-lain. Islam agama terbesar di Mukim ini diikuti oleh Kristian dan lain-lain. Kebanyakan pekerjaan penduduk Mukim Tungku adalah pekebun kecil yang membuka ladang sawit, nelayan dan berniaga kecil-kecilan dan sebagainya.
- Kampung Dengan
- Kampung Manar
- Kampung Telisai
- Kampung Sri Hak
- Kampung Bangingod
- Kampung Bangingid Aru
- Kampung Membatu
- Kampung Merabung
- Kampung Makuau
- Kampung Ulang-Ulang
- Kampung Barigas
- Kampung Bulud Telu
- Kampung Ulu Tungku
- Kampung Teburi
- Kampung Telibas Besar
- Kampung Nala
- Kampung Mesej Nala
- Kampung Lok Banga
- Kampung Mangkarat
- Kampung Mundas
Pendidikan
Sekolah Rendah dan Menengah di Tungku
- Sekolah Kebangsaan Bakapit
- Sekolah Kebangsaan Bangingod
- Sekolah Kebangsaan Sri Darun
- Sekolah Kebangsaan Sri Pantai
- Sekolah Kebangsaan Telisai
- Sekolah Kebangsaan Tungku
- Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku
Koordinat: 5°24′N 116°12′E / 5.400°N 116.200°E