| Luruhnya Bunga Cinta | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi daripada drama Korea Selatan (Autumn In My Heart) |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Riza Baharudin |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | Belakang Tabir – Syamel |
| Lagu penutup | Belakang Tabir – Syamel |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan musim | 2 |
| Bilangan episod | 40 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Dato Zaiton Muhd Jiwa |
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 (Akasia) iQIYI Tonton |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 19 September 2023 – 21 November 2024 |
| Status |
|
| Kronologi | |
| Mengikuti | |
| Diikuti oleh | |
Luruhnya Bunga Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Global Station Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Riza Baharudin. Ia dibintangi oleh Tracie Sinidol, Redza Rosli, Bella Hanna, Nabila Razali, Aniq Durar dan Auni Yusri. Musim pertama untuk siri ini bersiaran pada 19 September hingga 16 Oktober 2023 di Slot Akasia, TV3 menggantikan Rajuk Karina.[1] Musim kedua pula bersiaran pada 25 Oktober hingga 21 November 2024 di Slot Akasia, TV3 menggantikan Hai Cinta, Dengarkanlah.[2]
Ringkasan siri
| Siri | Episod | Tayangan asal | |||
|---|---|---|---|---|---|
| Tayangan pertama | Tayangan terakhir | ||||
| 1 | 20 | 19 September 2023 | 16 Oktober 2023 | ||
| 2 | 20 | 25 Oktober 2024 | 21 November 2024 | ||
Musim 1 (2023)
Berkisahkan takdir dua gadis yang tertukar sejak bayi dan perubahan mendadak dalam hidup mereka selepas masa silam tersebut terbongkar selepas beberapa tahun.
Jamaludin (Eizlan Yusof) dan Adita (Zila Bakarin) yang sedang menunggu kelahiran anak perempuan mereka, Aara (Auni Yusri) telah mengambil keputusan untuk melahirkan bayi di klinik tempatan di sebuah daerah kecil kerana hujan ribut yang melanda kawasan tersebut. Jalan utama ke laluan bandar besar telah terhalang oleh sebatang pokok besar yang tumbang. Secara kebetulan, Noriah (Laila Nasir) yang sedang sarat mengandung juga melahirkan anak perempuannya, Nuha (Tracie Sinidol) di tempat yang sama. Label tag nama ibu di katil bayi masing-masing telah terjatuh dan tersalah letak. Insiden ini menyebabkan Nuha dan Aara tertukar identiti mereka kemudiannya dibawa pulang oleh keluarga yang berasingan.
Selepas beberapa tahun, Nuha dan Aara belajar di sekolah yang sama. Nuha membesar dengan abangnya, Nuh (Redza Rosli) di rumah agam milik Jamaluddin dan Adita manakala Aara tinggal dengan abangnya, Anwar (Hafiz Halim) di rumah kos rendah milik Noriah. Nuha, seorang yang lemah lembut dan sangat disayangi oleh keluarganya. Aara pula terpaksa hidup dalam kemiskinan. Aara iri hati dengan kehidupan Nuha yang dicurahi dengan kasih sayang dan kemewahan.
Suatu hari, Nuha mengalami kecederaan teruk dan disahkan mengidap Talasemia. Hal tersebut menimbulkan kecurigaan Jamaludin kerana keluarga mereka tidak mempunyai rekod penyakit itu. Akhirnya, kebenaran yang mengejutkan terbongkar bahawa Aara dan Nuha telah tertukar secara tidak sengaja sewaktu bayi.
Aara yang telah lama membenci kehidupannya di kampung, mengambil inisiatif untuk tinggal di rumah mewah Jamaludin dan Adita, manakala Nuha secara sukar rela memulakan kehidupan baharunya di rumah kampung Noriah. Nuha terputus hubungan dengan Nuh apabila Jamaludin menerima tawaran kerja di luar negara dan satu keluarga telah berhijrah ke sana. Dapatkah mereka menempuh perubahan secara mendadak dalam kehidupan mereka ini? Apa yang akan terjadi kepada Nuha dan Aara?
Musim 2 (2024)
Sambungan perjalanan cinta yang penuh liku antara Nuh (Redza Rosli) dan Nuha (Tracie Sinidol) yang terus dihimpit cabaran, yang nekad melarikan diri demi cinta mereka. Namun, hasrat mereka tergugat oleh kemunculan Awal (Aniq Durar) yang muncul secara tiba-tiba dan menghalang langkah mereka. Dalam masa yang sama, Aleen (Bella Hanna) bergelut untuk menerima kenyataan pahit bahawa cinta Nuh terhadapnya telah pudar, yang menyebabkan dia terjerumus dalam tekanan emosi dan kehilangan arah.
Sementara itu, kehidupan Nuha berubah secara drastik apabila dia didiagnos menghidap kanser berdarah tahap ketiga. Dalam usaha untuk menyembunyikan penderitaannya daripada Nuh, Nuha mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dan menyatakan bahawa perasaannya terhadap Nuh telah hilang. Nuha memilih untuk memutuskan hubungan cinta mereka, mengorbankan kebahagiaan demi memastikan Nuh tidak dihantui kesedihan. Walaupun begitu, Awal yang menyaksikan penderitaan Nuha berusaha untuk membawanya mendapatkan rawatan, meskipun dia menyedari bahawa harapannya untuk memiliki cinta Nuha adalah sia-sia.
Saat berita mengenai penyakit Nuha mula tersebar, hati semua yang mengenalinya luluh. Namun, Nuh tidak menyerah. Meski peluang untuk sembuh semakin menipis, Nuh nekad untuk melamar Nuha dan mengharungi dugaan bersama sehingga ke akhirnya. Dalam kegetiran Nuh tetap nekad untuk mempertahankan cinta mereka dengan mengahwini Nuha, meskipun peluang untuk sembuh semakin tipis.
Bagaimana kesudahan cinta Nuh dan Nuha? Berjayakah Nuh mengahwini Nuha dan mengecapi kebahagiaan, atau mungkinkah ajal Nuha tiba terlebih dahulu sebelum impian membina mahligai perkahwinan mereka tercapai?
Pelakon
Pelakon utama
- Redza Rosli sebagai Nuh Adrian (musim 1–2)
- Tracie Sinidol sebagai Nuha Hamisya (musim 1–2)
- Aniq Durar sebagai Awal (musim 1–2)
- Nabila Razali sebagai Maisara (musim 1–2)
- Bella Hanna sebagai Aleen (musim 1–2)
- Auni Yusri sebagai Aara (musim 1–2)
Pelakon pembantu
- Hafiz Halim sebagai Anwar (musim 1–2)
- Laila Nasir sebagai Noriah (musim 1–2)
- Eizlan Yusof sebagai Jamaludin (musim 1–2)
- Zila Bakarin sebagai Adita (musim 1–2)
- Watie Sadali sebagai Datin Maziah (musim 1–2)
- Shah Rezza sebagai Tan Sri Izzam (musim 1–2)
- Raja Azmi sebagai Puan Seri Zaleha (musim 1–2)
- Mamu Kokoot sebagai Mamu
- Iman Suhana sebagai Kalsom (musim 1–2)
- Zana sebagai Puan Zainab musim 1–2)
- Zulkifli Sudin sebagai Encik Rizal
Pelakon tambahan
- Airil Hafiz sebagai Eddy
- Danish Zamri
- Aryana Armani
- Nur Syaza Syamilah
- Aryan Adzrin
- Ayu Azlina
- Shamielya Shamsul
- Amanda Shuib
- Azlan Kamaruzaman
- Asyrah Huzaini
- Rizal Rahman
- Billy Chua
- Paizal Bidin
- Vijay Kumar
- Wnuar Zamuel
- Fadzil A Azizi
- Azwana Arman
Runut bunyi
- "Belakang Tabir" - Syamel
- "Tulus" - Adi Priyo & Nabila Razali
- "Aku Terluka" - Nabila Razali
- "Bila Hati Rindu" - Lah Ahmad
- "Kembali Terang" - Marsha Milan
- "Kerana Kau Sayang" - Yusra
Rujukan
- ^ Drama Luruhnya Bunga Cinta Myinfotaip. Dicapai pada 18 September 2023.
- ^ Drama Luruhnya Bunga Cinta 2 Myinfotaip. Dicapai pada 27 Oktober 2025.








