Ajak Oh Ijal | |
---|---|
Genre | Drama, komedi |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shuhaimi Lua |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Amnesia" oleh Mark Adam |
Lagu penutup | "Amnesia" oleh Mark Adam |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 21–22 minit |
Syarikat penerbitan | OrangeTree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 6 Mei 2019 – 12 Jun 2019 |
Ajak Oh Ijal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Shuhaimi Lua dibintangi oleh Syazwan Zulkifli dan Fikree Aznan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 6 Mei 2019 hingga 12 Jun 2019 menggantikan Kereta Sewa.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
Razak dan Rizal merupakan adik beradik yang menjalankan kegiatan haram di Kuala Lumpur. Setiap kali menjelang Ramadan mereka berdua akan pulang ke kampung dan membantu ibunya menjual ayam bakar di bazar Ramadan. Mereka yang sentiasa bertelagah berjanji untuk berbaik sepanjang Ramadan namun janji itu tidak dapat ditepati apabila mereka jatuh cinta kepada orang yang sama. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk merebut hati Amani.
Pak Hassan akan membenarkan salah seorang daripada mereka untuk keluar dengan Amani, tetapi dengan pelbagai syarat. Kedua mereka berusaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan dengan melakukan terawih, bergotong–royong dan melakukan pelbagai kebaikan demi memenangi hati Pak Hassan dan Amani.
Pelakon
Utama
- Syazwan Zulkifly sebagai Razak
- Chef Fikree Aznan sebagai Rizal
Pembantu
- Intan Najuwa sebagai Amani
- Qaralyna sebagai Amina
- Liza Abdullah sebagai Mak Jah
- Rahhim Omar sebagai Pak Hassan
- Imuda sebagai Mahmud
- A. Galak sebagai Tok Kassim
- Aishah Atan sebagai Izaty
- Anis Hannani sebagai Siti
- Gbob sebagai Yaya
- Henzi Andalas sebagai Abu
- Rashidah Jaafar sebagai Mak Tom
- Amar Asyraf sebagai Jalil
Rujukan
- ^ Drama Ajak Oh Ijal (TV3) My Infotaip (4 Mei 2019). Dicapai pada 17 April 2020.
- ^ Ajak Oh Ijal (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 February 2020.