Kiranya Aku Tahu | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Nawal Ismail, |
Pengarah | Eirma Fatima |
Dibintangi oleh | Rosyam Nor Haliza Misbun Betty Banafe Eja |
Lagu pembukaan | Setiaku Korbankan oleh Fauziah Latiff |
Lagu penutup | Setiaku Korbankan oleh Fauziah Latiff |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu, Inggeris, Tamil (dialog sedikit) |
Bilangan episod | 25 |
Syarikat penerbitan | Eurofine Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 2001 |
Kiranya Ku Tahu (2001) merupakan drama bersiri di TV3, keluaran EUROFINE (M) Sdn. Bhd. (Eurofine).[1] Antara pelakon yang popular ialah Rosyam Nor dan Haliza Misbun.
Sinopsis
Azim seorang anak yang sangat taat pada ibunya Saniah (Azizah Mahzan) dan disayangi oleh orang kampung & bapa saudara dan ibu saudara (Ismail Din, Katrina Aziz) serta kekasihnya Suraya (Haliza Misbun) . Suatu ketika dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam jurusan perniagaan .Azim dikejutkan dengan pemergian ibunya akibat patukan ular ketika sedang menoreh getah bersama abangnya (bapa saudara Azim), walaupun kehilangan ibunya namun Azim tetap menunaikan impian arwah ibunya kemudian berlepas ke London.
Apabila berada di sana, kehidupan Azim berubah daripada seorang taat kepada kejutan budaya hingga abaikan pelajaran seketika dan melupakan Suraya yang di saat menunggu kepulangan beliau tetapi jodoh Suraya dengan Azim berakhir apabila dijodohkan dengan Basri seorang anak kepada kawan ibu bapa Suraya dan akur. Selepas Azim tamat pengajian beliau bekerja dengan sebuah syarikat perladangan teh yang berpejabat di Sri Lanka dan dari situ berjumpa Marry Anne (Betty Benafe) seorang kaki arak dan judi namun Azim tidak kisah latar belakang beliau dan gagal membimbing hal agama walaupun Anne sudah memeluk Islam. Azim dan Anne tinggal di Cameron Highlands bersama pekerja estet namun perangai Anne semakin teruk selepas kematian anaknya akibat kelalaian Azim dan dirinya akhirnya meninggal dunia selepas dikejar oleh Azim dan bapa saudara manakala Azim menyesal atas kesalahan lampau dan berpindah di sebuah kampung untuk mengusahakan sebuah perniagaan.
Pelakon
- Rosyam Nor sebagai Azeem
- Haliza Misbun sebagai Suraya
- Betty Banafe sebagai Mary Anne
- Eja sebagai Iman
- Azizah Mahzan sebagai Saniah
- Kartina Aziz
- Ismail Din
- Afidah Es
- Wan Maimunah
- Rosnani Jamil
Rujukan
- ^ "Eurofine pernah buang 90 pekerja". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-17. Dicapai pada 2018-01-17.
Pautan luar
- Betty terima kritikan secara positif Diarkibkan 2018-01-17 di Wayback Machine