Setia Hujung Nyawa | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Fatin Nabila |
Ditulis oleh | Wan Mahani Wan Hassan |
Pengarah | Amie Maziah Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "AdaMu" oleh Najwa Latif |
Lagu penutup | "AdaMu" oleh Najwa Latif |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 42–43 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Siaran asal | 24 Disember 2012 – 7 Februari 2013 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Itu Milikku |
Diikuti oleh | Rindu Bertamu Di Abu Dhabi |
Setia Hujung Nyawa merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2012 arahan Amie Maziah Abdul Rahman terbitan Suhan Movies & Trading, diadaptasi dari novel 2011 dengan tajuk sama karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Dibintangi oleh Nelydia Senrose sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi.[1] Drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 bermula 24 Disember 2012 dan berakhir pada 7 Februari 2013.[2] Sebuah telefilem khas drama ini, Setia Hujung Nyawa Raya memulakan tayangan perdana pada Hari Raya Aidilfitri 2013.[3]
Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Sinopsis
Mengisahkan kehidupan Zain (Amar Asyraf) yang berubah dalam sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci masyarakat, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina (Nelydia Senrose) yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi percintaan Zain dan Ersalina?
Pelakon
Pelakon utama
- Nelydia Senrose sebagai Ersalina
- Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi
Pelakon pembantu
- Sura Sojangi sebagai Sofia
- Zila Bakarin sebagai Datin Adibah
- Raja Ema sebagai Haliza
- Hairul Azreen sebagai Ikram
- Talha Harith sebagai Hady
- Chacha Maembong sebagai Zehra
- Ryzal Jaafar sebagai Zakwan
- Bea Rameshan sebagai Dr. Suria
- Haeriyanto Hassan sebagai Dato’ Hafsham
- Hilal Azman sebagai Badri
- Sherry Ibrahim sebagai Eriza
- Zarynn Min sebagai Emaliza
- Dayana Roza sebagai Ekin
- Fadilah Mansor sebagai Puan Sri Muna
- Uqasha Senrose sebagai Natie
Sambutan
Setia Hujung Nyawa mencipta rekod tersendiri dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta penonton semasa episod akhirnya disiarkan pada 8 Februari 2013 dan mencatat 58 peratus daripada jumlah tontonan keseluruhan di stesen televisyen di Malaysia.[5] Jumlah tontonan kemudiannya meningkat kepada 4 juta penonton.[6]
Adaptasi telefilem
Sebuah telefilem khas adaptasi drama ini, Setia Hujung Nyawa Raya memulakan tayangan perdana pada Hari Raya pertama. Amar dan Nelydia kembali menjayakan peranan mereka.[3]
Muzik dan runut bunyi
- "AdaMu" - Najwa Latif
- "Setia Hujung Nyawa" - Fiq ft. Gjie & Mel
- "Maafkan Aku" - Last Minute
- "Mata Hati" - Nubhan
- "Sastera Si Kupu-Kupu" - Mimie Haris
Anugerah
Setia Hujung Nyawa menerima pencalonan bagi kategori Anugerah Khas Juri di Anugerah Skrin 2013, namun gagal tercalon bagi kategori Drama Rantaian Terbaik.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2013 | Anugerah Skrin 2013 | Anugerah Khas ASK 2013 | Tercalon |
Rujukan
- ^ Budiey (14 Disember 2012). Sinopsis Drama Bersiri Setia Hujung Nyawa Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 Januari 2013.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (16 Disember 2012). Setia Hujung Nyawa, satukan cinta Amar Asyraf, Nelydia Senrose Sinar Harian. Diperoleh pada 16 September 2013.
- ^ a b Amar Asyraf dan Nelydia Senrose dalam Setia Hujung Nyawa Raya mSTAR Online (4 Ogos 2013). Diperoleh pada 16 September 2013.
- ^ Setia Hujung Nyawa (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 21 Jun 2018.
- ^ "3.5 juta tonton drama Setia Hujung Nyawa". Utusan Malaysia. 16 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-09. Dicapai pada 22 Jun 2015.
- ^ "Drama Setia Hujung Nyawa cipta rekod dengan tontonan cecah 4 juta". Beautifulnara. 9 Februari 2013. Dicapai pada 16 September 2013.
Pautan luar
TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 7.00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Setia Hujung Nyawa | Berikutnya |
Cinta Itu Milikku | Rindu Bertamu Di Abu Dhabi |