Musim pertama Luruhnya Bunga Cinta memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula pada 19 September 2023 hingga 16 Oktober 2023 menggantikan Rajuk Karina dan digantikan oleh Bukan Sekadar Lafaz.[1]
| Luruhnya Bunga Cinta | |
|---|---|
| Musim 1 | |
| Dibintangi oleh | |
| Negara asal | Malaysia |
| Bil. episod | 20 |
| Keluaran | |
| Rangkaian | TV3 & iQIYI |
| Tarikh siaran | 19 September – 16 Oktober 2023 |
| Kronologi musim | |
Sinopsis
Berkisahkan takdir dua gadis yang tertukar sejak bayi dan perubahan mendadak dalam hidup mereka selepas masa silam tersebut terbongkar selepas beberapa tahun.
Jamaludin (Eizlan Yusof) dan Adita (Zila Bakarin) yang sedang menunggu kelahiran anak perempuan mereka, Aara (Auni Yusri) telah mengambil keputusan untuk melahirkan bayi di klinik tempatan di sebuah daerah kecil kerana hujan ribut yang melanda kawasan tersebut. Jalan utama ke laluan bandar besar telah terhalang oleh sebatang pokok besar yang tumbang. Secara kebetulan, Noriah (Laila Nasir) yang sedang sarat mengandung juga melahirkan anak perempuannya, Nuha (Tracie Sinidol) di tempat yang sama. Label tag nama ibu di katil bayi masing-masing telah terjatuh dan tersalah letak. Insiden ini menyebabkan Nuha dan Aara tertukar identiti mereka kemudiannya dibawa pulang oleh keluarga yang berasingan.
Selepas beberapa tahun, Nuha dan Aara belajar di sekolah yang sama. Nuha membesar dengan abangnya, Nuh (Redza Rosli) di rumah agam milik Jamaluddin dan Adita manakala Aara tinggal dengan abangnya, Anwar (Hafiz Halim) di rumah kos rendah milik Noriah. Nuha, seorang yang lemah lembut dan sangat disayangi oleh keluarganya. Aara pula terpaksa hidup dalam kemiskinan. Aara iri hati dengan kehidupan Nuha yang dicurahi dengan kasih sayang dan kemewahan.
Suatu hari, Nuha mengalami kecederaan teruk dan disahkan mengidap Talasemia. Hal tersebut menimbulkan kecurigaan Jamaludin kerana keluarga mereka tidak mempunyai rekod penyakit itu. Akhirnya, kebenaran yang mengejutkan terbongkar bahawa Aara dan Nuha telah tertukar secara tidak sengaja sewaktu bayi.
Aara yang telah lama membenci kehidupannya di kampung, mengambil inisiatif untuk tinggal di rumah mewah Jamaludin dan Adita, manakala Nuha secara sukar rela memulakan kehidupan baharunya di rumah kampung Noriah. Nuha terputus hubungan dengan Nuh apabila Jamaludin menerima tawaran kerja di luar negara dan satu keluarga telah berhijrah ke sana. Dapatkah mereka menempuh perubahan secara mendadak dalam kehidupan mereka ini? Apa yang akan terjadi kepada Nuha dan Aara?
Pelakon
Pelakon utama
- Tracie Sinidol sebagai Nuha Hamisya
- Redza Rosli sebagai Nuh Adrian
- Bella Hanna sebagai Aleen
- Nabila Razali sebagai Sara
- Aniq Durar sebagai Awal
- Auni Yusri sebagai Aara
Pelakon pembantu
- Hafiz Halim sebagai Anwar
- Laila Nasir sebagai Noriah
- Eizlan Yusof sebagai Jamaludin
- Zila Bakarin sebagai Adita
- Watie Sadali sebagai Datin Maziah
- Shah Rezza sebagai Tan Sri Izzam
- Raja Azmi sebagai Puan Seri Zaleha
- Mamu Kokoot sebagai Mamu
- Iman Suhana sebagai Kalsom
- Zana sebagai Puan Zainab
- Zulkifli Sudin sebagai Encik Rizal
Pelakon tambahan
- Airil Hafiz sebagai Eddy
- Danish Zamri
- Aryana Armani
- Nur Syaza Syamilah
- Aryan Adzrin
- Ayu Azlina
- Shamielya Shamsul
- Amanda Shuib
- Azlan Kamaruzaman
- Asyrah Huzaini
- Rizal Rahman
- Billy Chua
- Paizal Bidin
- Vijay Kumar
- Wnuar Zamuel
- Fadzil A Azizi
- Azwana Arman
Rujukan
- ^ Drama Luruhnya Bunga Cinta Myinfotaip. Dicapai pada 18 September 2023.
Pautan luar
| TV3: Slot Akasia, Isnin—Jumaat, 7:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Luruhnya Bunga Cinta | Berikutnya |
| Rajuk Karina | Bukan Sekadar Lafaz | |








