Kapten Kit | |
---|---|
Genre | Cereka sains Alam sekitar |
Ditulis oleh | Mahadzir Othman |
Pengarah | Aziz M. Osman Along Hafiz |
Dibintangi oleh | Asry Azizan Puteri Fateen Nasuha Azie Yahaya Qazem Nor |
Lagu pembukaan | "Malaysia Satu" oleh Faizal Tahir |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Nor Aliah Lee |
Syarikat penerbitan | Ace Motion Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 23 November 2009 – 22 Februari 2010 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Kapten Kit ialah sebuah siri televisyen cereka Malaysia yang bertema penjagaan alam sekitar yang disiarkan dalam slot Aksi (Isnin, 9 malam) TV3. Siri 13 episod arahan Aziz M. Osman dan Along Hafiz ini dibintangi oleh Asry Azizan sebagai wiranya.
Pelakon
- Asry Azizan sebagai Kassim Selamat/Kapten Kit (protagonis)
- Puteri Fateen Nasuha sebagai Sofea
- Azie Yahaya sebagai Dr. Tini
- Qazem Nor sebagai Nash (penjahat utama)
- Munir sebagai Yahaya
- Kishz sebagai Naidu
- A. R. Badul sebagai Datuk J
Penerbitan
Mengenai idea Kapten Kit, Aziz M. Osman menjelaskan "Idea Kapten Kit, timbul selepas melihat sikap sesetengah masyarakat hari ini yang gemar membuang sampah merata-rata. Sebagai pengarah, saya rasa terpanggil mendidik mereka agar lebih mementingkan penjagaan alam sekitar menerusi konsep kitar semula. Mungkin sukar jika menggunakan konsep kempen dan ceramah kerana orang mudah bosan. Melihat masyarakat suka hiburan, saya rasa drama ataupun filem medium terbaik menyalurkan informasi mengenai penjagaan alam sekitar di samping membantu kerajaan mencapai matlamat diingini."[1] Tambahnya lagi, "Sasaran utama penonton Kapten Kit adalah kanak-kanak kerana mereka generasi muda yang senang dibentuk. Selain berhibur dengan konsep superhero dan elemen komedi yang diselitkan, mereka akan belajar cara mengitar barang semula. Mana tahu, boleh membentuk minat mereka menjadi saintis."[1]
Mengenai perihal penerbitan, Aziz mengakui keadaan cuaca tidak menentu melambatkan proses penggambaran drama itu, tetapi tidak mematahkan semangat juangnya bersama kru produksi untuk terus melebarkan kreativiti mereka dalam drama itu. "Boleh dikatakan setiap hari hujan. Justeru, kami akan pastikan memulakan penggambaran awal pagi supaya jadual yang ditetapkan tidak terganggu."[1] Lebih-lebih lagi, teknik CGI tidak banyak digunakan "kerana ingin memelihara keaslian jalan cerita yang hendak disampaikan."[2]
Rujukan
- ^ a b c "BORAK LOKASI: Kapten Kit didik generasi baru". Harian Metro. 7 Jan 2010. Dicapai pada 25 Apr 2010.
- ^ "Kitar semula dalam Kapten Kit". Utusan Malaysia. 23 Nov 2009. Dicapai pada 25 Apr 2010.
Pautan luar
- Kapten Kit di TV3
TV3: Aksi, Isnin, 9.00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Kapten Kit (23 November 2009 – 22 Februari 2010) |
Berikutnya |
Bio-Nik | Jidin |