Kampung Girl | |
---|---|
Genre | |
Pengarah | Heykal Hanifah |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kampung Girl" oleh Kozae dan Ali Terbang |
Lagu penutup | "Kampung Girl" oleh Kozae dan Ali Terbang |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit | Heykal Hanifah Bibi Hasnah Mohammad |
Penyunting | Harlina Abd. Ghani |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Luqsar Kreatif Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 12 Julai 2013 – 18 Oktober 2013 |
Kampung Girl merupakan sebuah siri drama televisyen komedi romantik Malaysia 2013 dibintangi oleh Akim Ahmad dan Nad Zainal. Diadaptasi daripada novel 2012 yang bertajuk sama karya Umi Kalsom terbitan Karya Seni, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Zehra TV3 dari 12 Julai 2013 hingga 18 Oktober 2013 menggantikan Sebenarnya, Saya Isteri Dia!.[1][2] [3]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Sinopsis
Kisah bermula apabila Ashraf Khairi, 28 tahun, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, 25 tahun, seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan ayam itik di kampung. Jiwa Ashraf mula memberontak. Dia mula mengatur strategi dengan menyibukkan diri di pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat ibubapanya.
Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.
Identiti Ainnur yang belajar hingga keluar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dirahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Ainnur ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya, Puan Mazlin. Ashraf yang bengang dengan persetujuan Ainnur telah menggunakan setiausahanya, Annisa untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain pula yang berlaku apabila terbongkar dengan Ainnur kerana setiausahanya itu juga budak kampung dan yang lebih memeranjatkan, dia adalah kawan baik Ainnur sendiri.
Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudian. Pada malam pengantin, rahsia Ainnur yang berpendidikan diketahui juga. Ashraf terlihat gambar graduasi Ainnur di luar negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tidak mempedulikan isterinya itu. Ainnur mengajar di Pulau Pinang manakala Ashraf bekerja di Kuala Lumpur. Teman serumah Ainnur menasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi. Mungkinkah hati pemuda bandar ini akan menjadi lembut jua untuk menerima Ainnur? Atau kisah Ashraf dan Ainnur bakal menjadi kisah yang semakin rumit?
Pelakon
Pelakon utama
- Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi
- Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi
Pelakon pembantu
- Emma Maembong sebagai Annissa
- Hilal Azman sebagai Shahir
- Emma Akma sebagai Mazlin
- Ramli Salleh sebagai Azmi
- Anne Abdullah sebagai Masyita
- Fikhree Bakar sebagai Adam
- Shahz Jaszle sebagai Faisal
- Syafiq Kyle sebagai Wan
- Ikhwan Khairudin sebagai Fazrin
Undangan khas
- Ku Faridah sebagai Opah
Runut bunyi
- "Kampung Girl" - Kozae dan Ali Terbang
- "Sedang Bercinta Lagi" - Keroz Nazri
Rujukan
- ^ 'Kampung Girl' Gandingkan Nad Zainal & Akim Ahmad mStar Online (14 Julai 2013). Dicapai pada 15 Julai 2013.
- ^ Budiey (9 Julai 2013). Sinopsis Kampung Girl Lakonan Akim Ahmad & Nad Zainal Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Julai 2013.
- ^ Drama Kampung Girl mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
- ^ Kampung Girl (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Jun 2018.