Teman Lelaki Upahan | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Azura Rasiddin |
Pencipta | Azura Rasiddin |
Ditulis oleh | Mufid Shuhaimi |
Pengarah | |
Dibintangi oleh | Ungku Ismail Aziz Siti Elizad |
Lagu pembukaan | "Rahsia" oleh Ippo Hafiz |
Lagu penutup | "Rahsia" oleh Ippo Hafiz |
Penggubah | AG Coco, Azma Aizal Yusoof |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit | Zulkiflee Mohd Said |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar |
|
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 9 Februari 2015 – 26 Mac 2015 |
Kronologi | |
Mengikuti | Istikharah Cinta |
Diikuti oleh | Hati Perempuan |
Teman Lelaki Upahan merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 yang ditayangkan di slot Akasia TV3, diadaptasi dari novel 2014 dengan judul sama karya Azura Rasiddin. Drama ini diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof, dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz dan Siti Elizad (dikreditkan sebagai Elizad Sharifuddin), ia bersiaran dari 9 Februari 2015 hingga 26 Mac 2015 menggantikan Istikharah Cinta.[1]
Sinopsis
Teman Lelaki Upahan mengisahkan EL (Ungku Ismail Aziz), pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia (Elizad Sharifuddin). Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, EL terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.
Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam
Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zarra (Izara Aishah) berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zarra yang mengandung.
Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zarra cinta pertama pada EL. Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?
Pelakon
Pelakon utama
- Ungku Ismail Aziz sebagai Ezwan Lufti[2]
- Elizad Sharifuddin sebagai Kyra Lydia[2]
Pelakon pembantu
- Izara Aishah sebagai Zarra Aulia
- Wan Raja sebagai Ezwan Yazeed
- Siti Nur Zakiah sebagai Najwa Atikah
- Shah Iskandar sebagai Fareez
- Fikhree Bakar sebagai Iqbal Haidar
- Efazira Sabri sebagai Elena
- Sharifah Aleysha sebagai Ezwani Sofea
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Azlina
- Rahhim Omar sebagai Dato Izham
- Zarynn Min sebagai Datin Izzati
- Mahmud Ali Bashah sebagai Tan Sri Omar Wang
- Dian P. Ramlee sebagai Puan Sri Sanisah
- Azhan Rani sebagai Malik
- Elya Miera sebagai Adelina
- Zalfa Zin sebagai Halida
Pelakon kanak-kanak
- Alleya Edwan sebagai Kalisha
- Khayrisyah Kemal sebagai Kyra Lydia 10 tahun
- Khayreena Kemal sebagai Kyra Lydia 5 tahun
Penampilan khas
- Khatijah Tan sebagai Madihah
Muzik dan runut bunyi
- Sumber[3]
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Angin Kencang" | Noh Salleh | ||||||||
2. | "Rahsia" | Ippo Hafiz | -:-- | |||||||
3. | "Sempurna Waktu" | IR Radzi | -:-- | |||||||
4. | "Maafkan Aku" | IR Radzi | -:-- | |||||||
5. | "Sendiri" | Nadia Aqilah Bajuri | -:-- | |||||||
6. | "Sang Penikam" | Noh Salleh | -:-- | |||||||
7. | "Indah Selamanya" | Nastia | -:-- | |||||||
8. | "Ku Jatuh Cinta" | SAJA | -:-- | |||||||
9. | "Sampai Bila Bila" | 3SIXTY | -:-- | |||||||
10. | "Hujan Sepi" | Ippo Hafiz | -:-- | |||||||
11. | "Terlalu Istimewa" | Rudy | -:-- | |||||||
Jumlah masa: -:-- |
Rujukan
- ^ Episod Akhir Teman Lelaki Upahan Hari Ini Rotikaya (26 Mac 2015). Dicapai pada 1 April 2015.
- ^ a b Sejenak Bersama Bintang Teman Lelaki Upahan EH!. Dicapai pada 1 April 2015.
- ^ OST dan lagu drama teman Lelaki Upahan Rain Fall Asleep. Dicapai pada 1 April 2015.
Pautan luar
TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6:55 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Teman Lelaki Upahan | Berikutnya |
Istikharah Cinta | Hati Perempuan |