Mr. Boss Miss Stalker | |
---|---|
Genre | Drama |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Aesya Azahar |
Ditulis oleh | Sofia J. Rhyland |
Pengarah | Heykal Hanifah |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Dekat Tapi Jauh" oleh Forteen |
Lagu penutup | "Dekat Tapi Jauh" oleh Forteen |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Hasniza Nordin |
Penyunting |
|
Sinematografi | Mohd Izham |
Tempoh siaran | 40–42 minit |
Syarikat penerbitan | Sapphire Screen |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 22 April 2016 – 4 Jun 2016 |
Mr. Boss Miss Stalker merupakan siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Heykal Hanifah, adaptasi daripada novel 2014 dengan judul sama karya Aesya Azahar terbitan Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd. Dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Mia Ahmad, siri ini bersiaran di Slot Dahlia TV3 dari 22 April 2016 hingga 4 Jun 2016 menggantikan Cinta 100kg.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut. Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.
Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).
Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.
Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
- Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Riz Amin sebagai Izzudin
- Miera Leyana sebagai Ria Alisya
- Nazeera Sardi sebagai Liza
- Kodi Rasheed sebagai Khairul
- Allahyarham Aman Shah sebagai Encik Hamzah
- Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Jalil
- Hafizul Kamal sebagai Akmal Fikri
- Eizlan Yusof sebagai Zizan
- Aleza Shadan sebagai Melati
- Zamarul Hisham sebagai Dato' Hisham
- Marissa Yasmin sebagai Datin Nora
- Azar Azmi sebagai Linda
- Allana Amir sebagai Shila
- Adam Shahz sebagai Ezham
- Raja Mohammad sebagai Michael
Muzik dan runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2017 | Anugerah Telenovela 2017 | Telenovela Terbaik | Mr. Boss Miss Stalker | Menang | [3][4] |
Pelakon Wanita Terbaik | Ashraf Muslim | Menang | |||
Pelakon Wanita Terbaik | Mia Ahmad | Menang | |||
Pengarah Terbaik | Heykal Hanifah | Menang | |||
Penulis Skrip Terbaik | Sofia J. Rhyland | Menang | |||
Penerbit Telenovela Terbaik | Sapphire Screen | Menang | |||
2018 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 | Aktor Pilihan | Ashraf Muslim | Tercalon | [5] |
Aktres Pilihan | Mia Ahmad | Tercalon | |||
Antagonis Pilihan | Miera Leyana | Tercalon | |||
Pengarah Pilihan | Heykal Hanifah | Tercalon | |||
Skrip Pilihan | Sofia J. Rhyland | Tercalon | |||
Lagu Pilihan | Dekat Tapi Jauh – Forteen | Tercalon | |||
Pasangan Pilhan | Ashraf Muslim & Mia Ahmad | Tercalon | |||
Drama Pilihan | Mr. Boss Miss Stalker | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mr. Boss Miss Stalker MyInfoTaip (21 April 2016). Dicapai pada 21 April 2016.
- ^ Mr. Boss Miss Stalker (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 April 2018.
- ^ Drama Mr. Boss, Miss Stalker dominasi kategori terbaik di Anugerah Telenovela 2017 Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mac 2018.
- ^ Mr Boss, Miss Stalker Novel Excels In 2017 Telenovela Awards Bernama. Dicapai pada 1 Mac 2018.
- ^ Kuasa pilih pemenang Anugerah DFKL 2018 di tangan peminat Utusan Borneo (6 Februari 2018). Dicapai pada 7 Mei 2018.