Revolusi Filipina Himagsikang Pilipino | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
1896-1897 Katipunan * Republik Tagalog (sehingga 1897) Revolutionary Government (1897) Republik Biak-na-Bato (1897) |
1896-1897 Empayar Sepanyol | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Presiden: Andrés Bonifacio (1896-1897) Templat:Country data First Philippine Republic Emilio Aguinaldo (1897-1898) Ketua Awal: (until 1897) Emilio Jacinto Gregoria de Jesús Julio Nakpil Macario Sakay Mariano Alvarez Ketua seterusnya: (until 1898) Templat:Country data First Philippine Republic Santiago Alvarez Templat:Country data First Philippine Republic Baldomero Aguinaldo Templat:Country data First Philippine Republic Miguel Malvar Templat:Country data First Philippine Republic Artemio Ricarte Templat:Country data First Philippine Republic Pío del Pilar Templat:Country data First Philippine Republic Tomás Mascardo Templat:Country data First Philippine Republic Gregorio del Pilar Templat:Country data First Philippine Republic Aniceto Lacson |
Pemangku Raja: Maria Christina Gabenor Jeneral: Ramón Blanco (1896) Camilo de Polavieja (1896-1897) Fernando Primo de Rivera, (1897-1898) Basilio Augustín (1898) Fermin Jáudenes (1898) Diego de los Ríos (1898) Ketua-ketua lain: José Olaguer Feliú Ernesto de Aguirre† Bernardo Echaluce Antonio Zabala† José de Lachambre Ramon Bernardo Francisco Galbis Nicholas Jaramillo Leopoldo García Peña | ||||||
Kekuatan | |||||||
40,000-60,000 (1896) orang revolusioner Filipina | 12,700-17,700 sebelum Revolusi, sekitar 55,000 (30,000 Sepanyol; 25,000 penyokong setia dari Filipina) pada tahun 1898 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Berat, bilangan rasmi tidak diketahui. | Berat, bilangan rasmi tidak diketahui. |
Revolusi Filipina (bahasa Filipina: Himagsikang Pilipino), juga dipanggil Perang Tagalog (bahasa Sepanyol: Guerra Tagalog) oleh Sepanyol,[1] merupakan satu revolusi dan seterusnya konflik bersenjata di antara orang-orang Filipina dan pihak penjajah Sepanyol.
Revolusi ini bermula pada Ogos 1896 apabila pihak berkuasa Sepanyolmenemui gerakan Katipunan iaitu sebuah organisasi rahsia anti-penjajahan. Persatuan yang diketuai oleh Andrés Bonifacio ini merupakan pergerakan yang bertujuan menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol melalui pemberontakan bersenjata.
Organisasi tersebut mula mempengaruhi banyak orang Filipina. Semasa satu perkumpulan di Caloocan, pemimpin Katipunan berhimpun menjadi sebuah pemerintah revolusioner menubuhkan Republik Tagalog (Haring Bayang Katagalugan) yang baru dan secara terbukanya mengumumkan revolusi bersenjata di seluruh Filipina.[2] Bonifacio mengarahkan serangan di ibu kota Manila. Serangan ini gagal, namun pemberontakan bermula di wilayah-wilayah sekitarnya khususnya pemberontakan di Cavite yang dipimpin oleh Mariano Alvarez dan Emilio Aguinaldo (dari dua puak Katipunan yang berbeza) yang meraih kemenangan awal mereka. Perebutan kuasa antara para revolusioner membawa kepada kematian Bonifacio pada tahun 1897, dengan perintah beralih kepada Aguinaldo yang mengetuai kerajaan revolusinya sendiri. Pada tahun tersebut, kedua-dua pihak revolusioner dan Sepanyol menandatangani Pakatan Biak-na-Bato, yang mengurangkan sedikit permusuhan. Aguinaldo dan para pegawai Filipina yang lain melarikan diri ke Hong Kong. Bagaimanapun, pertempuran tersebut tidak benar-benar berhenti.[3]
Pada 21 April 1898, Amerika Syarikat melancarkan sekatan tentera laut terhadap Cuba tindakan ini pula telah memulakan Perang Amerika-Sepanyol.[4] Pada 1 Mei, Skuadron Asia Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat, di bawah Komodor George Dewey mengalahkan Tentera Laut Sepanyol dalam Pertempuran Teluk Manila, dengan berkesannya merebut kekuasaan terhadap Manila. Pada 19 Mei, Aguinaldo bersekutu secara tidak rasmi dengan Amerika Syarikat dan kembali ke Filipina mengarahkan serangan terhadap pihak Sepanyol. Pada Jun, pihak pemberontak telah menguasai hampir seluruh kawasan Filipina kecuali kota Manila. Pada 12 Jun, Aguinaldo mengeluarkan Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina.[5] Walaupun tindakan ini menandakan berakhirnya revolusi pemberontak, kedua-dua kuasa Sepanyol dan Amerika Syarikat tidak mengiktiraf kemerdekaan Filipina.[6]
Penjajahan Sepanyol ke atas Filipina secara rasminya berakhir dengan Perjanjian Paris tahun 1898 yang juga mengakhiri Perang Amerika–Sepanyol. Dalam perjanjian ini, Sepanyol menyerahkan jajahan Filipina serta wilayah-wilayah lain kepada Amerika Syarikat. Suasana damai di sekitar Manila tidak menentu dengan tentera Amerika menguasai kota tersebut serta angkatan Filipina yang lemah di sekitar mereka.
Pada 4 Februari 1899 dalam Pertempuran Manila, pertelingkahan tercetus antara tentera Filipina dan Amerika yang seterusnya memulakan Perang Filipina–Amerika. Aguinaldo segera mengarahkan "perhubungan dan keamanan dengan Amerika diputuskan dan keduanya dianggap sebagai musuh".[7] Pada Jun 1899, Republik Filipina Pertama secara rasminya mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat.[8]
Filipina tidak diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat di peringkat antarabangsa sehingga tahun 1946.
Lihat juga
- Sejarah Filipina
- Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina
- Katipunan
- Empayar Sepanyol
- Imperialisme Amerika