Gelugor
牛汝莪 (Cina) | |
---|---|
Kawasan pinggir bandar George Town | |
![]() | |
![]() | |
Koordinat: 5°22′7.91″N 100°18′22.29″E / 5.3688639°N 100.3061917°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bandar | ![]() |
Daerah | Timur Laut |
Keluasan | |
• Jumlah | 2.9 km2 (1.1 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 18,662 |
• Kepadatan | 6,400/km2 (17,000/batu persegi) |
Demografi | |
• Kumpulan etnik |
|
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
Poskod | 11700 |
Gelugor[a] ialah sebuah kawasan pinggir bandar George Town di negeri Pulau Pinang. Dinamakan sempena spesies tumbuhan, Gelugor terletak di pesisiran timur Pulau Pinang, antara Jelutong dan Sungai Dua, kira-kira 5 km (3.1 bt) ke selatan pusat bandar.
Penempatan di Gelugor bermula seawal akhir abad ke-18 oleh nelayan Melayu dari Sumatera.[2] Kawasan ini kemudiannya dibuka untuk ladang pertanian oleh David Brown, rakan kongsi Kapten Francis Light.
Perbandaran Gelugor bermula pada tahun 1960-an, apabila kawasan perumahan mula dibangunkan. Kedudukannya yang strategik antara pusat bandar dan Bayan Lepas membantu pertumbuhan sebagai kawasan pinggir bandar. Pada tahun 1969, Universiti Sains Malaysia ditubuhkan di Gelugor dan kini merupakan antara universiti awam terkemuka di Malaysia.
Etimologi
Nama Gelugor berasal daripada tumbuhan Garcinia atroviridis, dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai asam gelugor.[3] Tumbuhan ini banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan ditanam khususnya di Pulau Pinang untuk khasiat perubatannya.
Sejarah


Gelugor merupakan antara kawasan awal yang didiami di Pulau Pinang. Nelayan dari Sumatera menetap di sini pada abad ke-18, sebelum Francis Light tiba pada 1786.[2] Mereka menetap di sekitar muara Sungai Gelugor dan Bukit Gelugor.
Selepas Light mendarat di kawasan yang kini dikenali sebagai pusat bandar, David Brown membersihkan hutan sekitar Gelugor untuk pertanian seperti ladang rempah dan kelapa.[4] Beliau juga membawa pekerja dari Benua India dan menjadi pemilik tanah terbesar di pulau itu pada awal abad ke-19.
Sehingga akhir Perang Dunia Kedua, Gelugor kekal sebagai kawasan luar bandar. Sebelum perang, Tentera British menukar salah satu rumah Brown menjadi Barak Glugor, kemudiannya dikenali sebagai Barak Minden.[4] Barak ini digunakan oleh Tentera Imperial Jepun semasa perang dan digunakan semula semasa Darurat Tanah Melayu dan Konfrontasi Indonesia–Malaysia, sebelum ditutup sepenuhnya pada 1971.
Pembangunan kawasan perumahan bermula pada 1960-an untuk menempatkan penjawat awam. Cadangan penubuhan universiti pertama Pulau Pinang juga dikemukakan pada dekad yang sama. Universiti Pulau Pinang ditubuhkan pada 1969 dan berpindah ke bekas Barak Minden pada 1971, kini dikenali sebagai Universiti Sains Malaysia.
Geografi
Klik pautan di penjuru kanan atas untuk zum masuk.
Demografi
Setakat 2020[kemas kini], Gelugor mempunyai populasi seramai 18,662 orang, dengan kepadatan penduduk 6,435/km2 (16,670/sq mi).[1]
Pengangkutan

Jalan Sultan Azlan Shah ialah laluan utama dalam Gelugor.[5] Trafik dari Jambatan Pulau Pinang kini lebih banyak dialirkan ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Pembinaan Lebuhraya Pintasan Ayer Itam–Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 6 km (3.7 bt) dijangka siap menjelang 2025.[6]
Bas Rapid Penang laluan 11, 13, 102, 206, 301, 302, 303, 304 dan 401 beroperasi di kawasan ini, menghubungkan Gelugor ke pusat bandar serta tempat lain seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Ayer Itam, Tanjung Bungah dan Balik Pulau.[7]
Satu laluan berbasikal juga disediakan sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sejauh 12.5 km (7.8 bt), dari pusat bandar ke Queensbay Mall.[8]
Pendidikan

Terdapat dua buah sekolah rendah dan satu sekolah menengah dalam Gelugor. Sekolah-sekolah kebangsaan ini adalah seperti berikut:
Sekolah rendah
Sekolah menengah
- SMK Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad[11]
Gelugor menempatkan salah satu universiti awam terkemuka di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM). USM pernah berada di kedudukan kelima terbaik Malaysia oleh QS World University Rankings pada tahun setakat 2016[kemas kini].[12] USM juga satu-satunya universiti di Malaysia yang diberi status APEX oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia dan antara beberapa universiti autonomi negara.[13][14]
- ^ a b c d "MyCensus 2020: Mukim/Bandar/Pekan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Putrajaya: 174–175. Februari 2024. ISBN 9789672537069.
- ^ a b "Batu Uban: Penempatan Melayu terawal di Pulau Pinang - Malaysia Premier Property and Real Estate Portal". Malaysia Premier Property and Real Estate Portal. Dicapai pada 2017-05-16.
- ^ "Gelugor_有道手机词典".
- ^ a b "Sejarah". www.raafschoolpenang.com. Dicapai pada 2016-11-09.
- ^ "rumah mewah yang selesa". The Star. 26 Oktober 2016. Dicapai pada 2017-05-19 – melalui PressReader.
- ^ "Lebuh raya pintasan 5.7km kini siap 42%". The Star. 2 Mac 2024. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Route maps rapidpg.com.my
- ^ "Jadikan Pulau Pinang Negeri Berbasikal pertama di Malaysia". Star2.com. 2015-10-14. Dicapai pada 2017-03-26.
- ^ "SK BUKIT GELUGOR - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com.
- ^ "SK MINDEN HEIGHT - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com.
- ^ "SMK DATUK HJ. MOHAMED NOR AHMAD - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com.
- ^ "QS World University Rankings 2016". 2016-08-25.
- ^ "Empat lagi universiti tempatan - UM, UKM, USM, UPM - diberi autonomi".
- ^ "USM | Universiti Sains Malaysia - Status APEX".
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan