The Light Waterfront | |
---|---|
Kawasan kejiranan dalam George Town | |
![]() | |
![]() | |
Koordinat: 5°21′57.8514″N 100°18′56.34″E / 5.366069833°N 100.3156500°E | |
Country | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bandar | ![]() |
Daerah | Timur Laut |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak diperhatikan |
Poskod | 11700 |
The Light Waterfront ialah sebuah kawasan kawasan kejiranan kediaman dalam bandaraya George Town di negeri Malaysia Pulau Pinang. Terletak dalam pusat bandar, kawasan ini merangkumi kawasan persisiran utara Jambatan Pulau Pinang dan bersempadan dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sebelah barat. Terdiri daripada pembangunan kediaman, komersial dan rekreasi, kawasan ini sedang dibangunkan melalui penambakan tanah oleh konglomerat Malaysia, IJM Corporation.
Sejarah


Pada tahun 1997, Jelutong Development Sdn Bhd (JDSB), anak syarikat kepada IJM Corporation, telah dianugerahkan projek Lebuhraya Jelutong yang kini dikenali sebagai Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.[1][2] Tujuan lebuhraya ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Jelutong dengan menyediakan hubungan utama antara pusat bandaraya dan Jambatan Pulau Pinang.[2]
Anggaran kos bagi projek lebuhraya ini ialah RM300 juta. Disebabkan kekurangan dana, Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan untuk menggantikan bayaran kepada pemaju dengan hak pembangunan hartanah di sekitar lebuhraya itu, bagi mengelakkan kutipan tol terhadap pengguna tempatan. Sebagai balasan kepada projek lebuhraya ini, JDSB diberikan hak eksklusif untuk membangunkan 368 ekar (149 he) tanah bersebelahan sebahagian besarnya diperoleh melalui penambakan dari Selat Pulau Pinang.[2]
Kawasan seluas 154 ekar (62 he) yang dikenali sebagai The Light Waterfront meliputi tanah paling selatan, iaitu Lot A1, yang terletak di antara persimpangan Green Lane bagi lebuhraya dan Jambatan Pulau Pinang.[3] Ia diperkenalkan pada tahun 2007 sebagai pelan induk pembangunan yang mengambil inspirasi daripada pembangunan Sentosa Cove di Singapura.[4][3]
Pelan induk The Light Waterfront dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama terdiri daripada pembangunan kediaman dalam kawasan 42 ekar (17 he) di bahagian selatan tanah tambakan.[5] Fasa kedua dikenali sebagai 'The Light City' yang meliputi kira-kira 103 ekar (42 he), dan merangkumi hotel, menara pejabat, galeri seni bernilai RM80 juta, kompleks runcit yang dinamakan 'The Waterfront Shoppes' dan Pusat Konvensyen Persisiran Pulau Pinang (PWCC).[6][7][8]
PWCC dijangka menjadi salah satu pusat konvensyen terbesar di Pulau Pinang, dengan keluasan lantai kasar berjumlah 270,000 ka2 (25,000 m2).[7] Sebuah taman tepi laut pula membentuk fasa ketiga pelan induk ini.[5]
Fasa pertama yang merangkumi komponen kediaman telah siap dibina setakat 2021[kemas kini].[9] Susulan pelaksanaan kuarantin nasional semasa pandemik COVID-19, kerja pembinaan The Light City hanya bermula pada Oktober 2020.[10][11]
PWCC dan kompleks The Waterfront Shoppes dijangka siap menjelang tahun 2025.[11][12][13]
Rujukan
- ^ Mohanlall, Premilla (2013). The IJM Story – 30 Years of Distinction & Pride (PDF). IJM Corporation. ISBN 9789671200209.
- ^ a b c Abdul-Aziz, Abdul-Rashid; How, Yuin Moh (2012). "To-Be-Reclaimed Land Swap for New Highway: The Jelutong Expressway Case". The International Journal of Construction Management. Universiti Sains Malaysia. 12 (4): 1–16. doi:10.1080/15623599.2012.10773197 – melalui ResearchGate.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:02
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:12
- ^ a b "The Light Waterfront". thelightwaterfront.ijmland.com. Dicapai pada 2024-04-12.
- ^ Chai, Yee Hoong (9 Sep 2021). "The Light Waterfront Penang's 456-unit luxury seafront condo 40% sold". The Edge. Dicapai pada 12 Apr 2024.
- ^ a b "The Light City, Penang - an iconic landmark in the making". The Edge. 11 Feb 2021. Dicapai pada 12 Apr 2024.
- ^ Bernard See (15 Sep 2023). "RM80mil art gallery to open in Gelugor". The Star. Dicapai pada 12 Apr 2024.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:32
- ^ David Tan (12 Mei 2020). "IJM Land's RM4.5bil The Light City to resume in August". The Star. Dicapai pada 12 Apr 2024.
- ^ a b David Tan (30 Jan 2023). "The Waterfront Shoppe to open in early 2025". The Star. Dicapai pada 12 Apr 2024.
- ^ David Tan (22 Jan 2024). "IJM JV in talks for two foreign hotels in Light City". The Star. Dicapai pada 12 Apr 2024.
- ^ Chelsea Lim, J (24 Jan 2024). "IJM Perennial Development tops out Penang Waterfront Convention Centre; to complete in 2Q2025". The Edge. Dicapai pada 12 Apr 2024.