![]() | |
| Geography | |
|---|---|
| Lokasi | Selat Pulau Pinang |
| Koordinat | 5°17′50″N 100°19′20″E / 5.29722°N 100.32222°E |
| Keluasan | 0.035 km2 (0.014 bt2) |
| Pentadbiran | |
| Negeri | |
| Daerah | Timur Laut |
| Demografik | |
| Penduduk | Uninhabited |
Pulau Gazumbo merupakan sebuah pulau surut di luar pantai timur Pulau Pinang dalam negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak di Selat Pulau Pinang, di sebelah utara Jambatan Pulau Pinang dan timur perbandaran The Light Waterfront.
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Pulau Gazumbo dibentuk pada sekitar tahun 1980-an semasa pembinaan Jambatan Pulau Pinang yang menyebabkan bahan-bahan yang dikorek terkumpul dan membentuk kedua-dua pulau kecil tersebut.[1][2] Pulau yang terbesar antara kedua-dua pulau ini dikenali sebagai Pulau Gazumbo yang telah diambil nama daripada sebuah filem 1954-an oleh Allahyarham P. Ramlee. Walau begitu, pulau ini juga dipanggil sebagai Pulau Udini dan Pulau Kazambo.[3] Pulau yang lebih kecil itu telah ditenggelam sejak tahun 2017.[4]
Pulau Gazumbo mempunyai topografi yang ditampilkan oleh pantai-pantai dan kukup dengan lekukan tanah rendah di pusatnya yang dipenuhi air semasa air pasang.[4] Pulau-pulau ini menyokong ekosistem yang pelbagai, termasuk pelbagai spesies rumput laut, bakau, dan tumbuhan darat seperti pokok ru, melur dan ketapang.[4][5] Pulau ini juga sering dikungungi oleh ikan lumba-lumba dan penyu laut.[4] Bagi menjaga ekosistem sekitar, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mencadangkan untuk menetapkan kira-kira 10 km2 (3.9 bt2) Selat Pulau Pinang sebagai kawasan laut terlindung. Walau bagaimanapun, setakat 2024, cadangan ini ditangguhkan menunggu pembangunan berkaitan dengan tapak pelupusan Jelutong berhampiran.[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Yasin, Zulfigar; Aileen Tan, Shau Hwai; Anisah Lee; Woo, Sa Pinn; Razali, Norhanis (20 July 2023). "Protecting Penang's Marine Biodiversity: Establishing the Middle Bank Marine Sanctuary (MBMS)" (PDF). Penang Institute. 24.
- ^ Abdullah, Anisah Lee; Amanda Anscelly, Anastacia (2015). "Application of Spatial Analysis in Assessing the Effect of Coastal Land Reclamation and Development on Seagrass Halophila ovalis and Halophila becarrii Distributions in Penang Waters" (PDF). Proceedings of International Conference on Development and Socio Spatial Inequalities 2015 – melalui Universiti Sains Malaysia.
- ^ Haschinta, Natalie (20 September 2024). "Did You Know? Pulau Gazumbo Is Named After An Island In A P. Ramlee Movie". The Rakyat Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2024. Dicapai pada 14 December 2024.
- ^ a b c d Yasin, Zulfigar; Aileen Tan, Shau Hwai; Anisah Lee; Woo, Sa Pinn; Razali, Norhanis (20 July 2023). "Protecting Penang's Marine Biodiversity: Establishing the Middle Bank Marine Sanctuary (MBMS)" (PDF). Penang Institute. 24.Yasin, Zulfigar; Aileen Tan, Shau Hwai; Anisah Lee; Woo, Sa Pinn; Razali, Norhanis (20 July 2023). "Protecting Penang's Marine Biodiversity: Establishing the Middle Bank Marine Sanctuary (MBMS)" (PDF). Penang Institute. 24.
- ^ Abdullah, Anisah Lee Abdullah; Amanda Anscelly, Anastacia (2015). "Application of Spatial Analysis in Assessing the Effect of Coastal Land Reclamation and Development on Seagrass Halophila ovalis and Halophila becarrii Distributions in Penang Waters" (PDF). Proceedingss of International Conference on Development and Socio Spatial Inequalities 2015 – melalui Universiti Sains Malaysia.Abdullah, Anisah Lee Abdullah; Amanda Anscelly, Anastacia (2015). "Application of Spatial Analysis in Assessing the Effect of Coastal Land Reclamation and Development on Seagrass Halophila ovalis and Halophila becarrii Distributions in Penang Waters" (PDF). Proceedingss of International Conference on Development and Socio Spatial Inequalities 2015 – via Universiti Sains Malaysia.
- ^ Carolyn K. (27 October 2024). "Penang postpones sanctuary protection for seagrass field". Free Malaysia Today. Dicapai pada 14 December 2024.









