Adrian Lasimbang | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negara | |
| Dalam jawatan 27 Ogos 2018 – 26 Ogos 2021 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Adrian Banie Lasimbang Penampang, Sabah, Malaysia |
| Parti politik | DAP (sebelum 2022) Bebas (2022–2024) UPKO (2024–kini) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (sebelum 2022, 2024–kini) |
| Pertalian | Jannie Lasimbang (adik) Jennifer Lasimbang (adik) |
| Kediaman | Penampang, Sabah |
| Pekerjaan | Aktivis Ahli politik |
Adrian Banie Lasimbang atau lebih dikenali sebagai Adrian Lasimbang ialah seorang ahli politik yang juga merangkupi aktivis alam sekitar, pembela hak Orang Asal dan penggerak tenaga boleh diperbaharui dari Sabah, Malaysia. Asalnya mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP), beliau kini seorang ahli Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO). Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Dewan Negara mewakili DAP daripada 2018 sehingga 2021.[1][2]
Latar belakang
Adrian dilahirkan di Penampang, Sabah, dan berasal dari komuniti Kadazan-Dusun. Beliau berasal daripada keluarga politik dan merupakan abang kepada Jannie Lasimbang, ahli politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) merangkupi ADUN Kapayan, dan Jennifer Lasimbang, ahli politik Parti Warisan (WARISAN) yang merupakan mantan ADUN Moyog. Beliau mula terlibat dalam kerja-kerja komuniti dan pemuliharaan sejak akhir 1990-an.[3]
Aktivisme
Adrian Lasimbang dikenali sebagai pengasas dan pemimpin kepada TONIBUNG (Tobpinai Ningkokoton Koburuon Kampung), sebuah enterprise sosial yang menggerakkan projek tenaga mikro-hidro, sistem hibrid solar-hydro dan latihan teknikal untuk komuniti Orang Asal di Sabah. Organisasi beliau juga mengasaskan CREATE Borneo (Centre for Renewable Energy & Appropriate Technology), sebuah pusat latihan untuk jurutera muda komuniti luar bandar.[4][5][6]
Beliau turut dikenali kerana reka bentuk dan pemasangan sistem tenaga mikro-hidro serta projek hibrid untuk mengelectrifykan kampung-kampung terpencil (dianggarkan puluhan sistem dipasang sepanjang kerjayanya). Adrian juga aktif dalam latihan, pemetaan komuniti (GIS) dan advokasi hak tanah adat.[7] Beliau juga pernah dilaporkan menyertai beberapa platform dan perkongsian antarabangsa berkaitan tenaga adil dan penyertaan masyarakat Orang Asal, termasuk peranan terkini sebagai eksekutif di Right Energy Partnership (REP) dan aktiviti program latihan/hubungkait komuniti.[8]
Kerjaya politik
Adrian pernah dilantik menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) daripada 27 Ogos 2018 sehingga 26 Ogos 2021 ketika era kerajaan Warisan–PH di Sabah selepas Pilihan raya negeri Sabah 2018. Pelantikan beliau dilaporkan sebagai mewakili suara aktivis alam sekitar dan komuniti pribumi di peringkat kebangsaan.[9] Di peringkat akar umbi, beliau merupakan mantan Pengarah Pendidikan DAP Sabah. Pada awal 2022, beliau menarik diri dari DAP untuk memberi tumpuan kepada kerja bukan kerajaan. Pada 2024, beliau dilaporkan menyertai semula UPKO, menamatkan waktu ‘hibernasi’ politiknya. [10][11]
Beliau juga terlibat dalam litigasi dan tindakan awam menentang beberapa perjanjian alam sekitar di Sabah; contohnya beliau dilaporkan mengambil tindakan undang-undang berkaitan perjanjian perdagangan karbon / 'natural capital' yang melibatkan kawasan hutan luas di Sabah, dengan alasan hak dan persetujuan komuniti Orang Asal tidak diperoleh dengan betul.[12]
Pautan luar
Rujukan
- ^ "12 new senators to be sworn in next week". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 24 August 2018. Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "12 AHLI DEWAN NEGARA MENGANGKAT SUMPAH". Parlimen Malaysia. 12 September 2018.
- ^ "Adrian Banie Lasimbang". Acumen Academy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "Tonibung Renewal Energy Fund". AirAsia Foundation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "About CREATE". CREATE Borneo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "Adrian 'Banie' Lasimbang". IIAS (International Institute for Asian Studies) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "Are hybrid solar-hydro grids the future of Sabah's rural electrification drive?". Eco-Business (dalam bahasa Inggeris). 9 July 2025. Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "Introducing Mr. Adrian Lasimbang: Our New Executive Director". Right Energy Partnership with Indigenous Peoples (dalam bahasa Inggeris). 24 May 2023. Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "Adrian, Douglas made Senators". Daily Express Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 25 August 2018. Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "What happened to empowering Sabah's indigenous people? Adrian Lasimbang on exiting DAP". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). 21 January 2022. Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "Lasimbang rejoins Upko, ends political hiatus". The Star (dalam bahasa Inggeris). 25 March 2024. Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "Indigenous leader sues over Borneo natural capital deal". Mongabay (dalam bahasa Inggeris). 17 December 2021. Dicapai pada 7 September 2025.









