1528–1830 | |
![]() Bendera (~1818–1830) | |
![]() Peta Kesultanan Johor Lama sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824[1] | |
Status | Penerus Kesultanan Melaka dan sebuah empayar |
Ibu negara |
|
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Melayu Klasik |
Agama | Sunni Islam |
Kerajaan | Sistem beraja |
Sultan | |
• 1528–1564 | Sultan Alauddin Riayat Shah II (Sultan pertama) |
• 1812–1830 | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Sultan terakhir) |
Bendahara | |
• 1513–1520 | Tun Khoja Ahmad (Bendahara pertama) |
• 1806–1830 | Tun Ali (Bendahara terakhir) |
Sejarah | |
• Diasaskan | 1528 |
• Takhta Kesultanan Johor dan Kesultanan Pahang disatukan | 1623 |
1641 | |
• Wangsa Bendahara (kali pertama) | 1699–1718 |
• Diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kechil) | 1718–1722 |
• Wangsa Bendahara (kali kedua) | 1722–1830 |
6 Februari 1819 | |
17 Mac 1824 | |
• Dibubarkan melalui Perjanjian 1830 (Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan) | 29 Oktober 1830 |
Mata wang | Jongkong timah, emas and syiling perak |
Sekarang sebahagian dari | Malaysia Singapura Indonesia |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
![]() |
Portal Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Singapura |
![]() |
Portal Singapore |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Atjèh |
Fail:Sejarah Atjèh.png |
Portal Atjèh |
Kesultanan Johor Lama (Jawi: کسلطانن جوهر لاما), juga dikenali sebagai Kesultanan Johor-Pahang, Kesultanan Johor-Riau, Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang dan Empayar Johor, ialah sebuah kerajaan Melayu Islam yang diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II pada tahun 1528.[2]
Sebelum tahun 1528, Johor ialah sebahagian daripada Kesultanan Melaka (1400-1511). Selepas Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Pahang dan kemudian ke Bintan. Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan semula Melaka daripada Portugis tetapi gagal. Walaupun Kota Melaka telah ditawan oleh Portugis, baginda masih dianggap sebagai Sultan Melaka oleh wilayah-wilayah taklukan Kesultanan Melaka. Apabila Portugis menyerang Bintan pada tahun 1526, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar dan kemudian mangkat pada tahun 1528. Anakandanya, Sultan Alauddin Riayat Shah II kemudian berpindah ke Johor dan menubuhkan pusat pemerintahannya di sana lalu menjadi Sultan Johor pertama.
Pada zaman kegemilangan Kesultanan Johor Lama, kesultanan ini memerintah wilayah yang kini merupakan Johor, Pahang, Terengganu, dan wilayah yang terbentang dari Sungai Klang ke Sungai Linggi (kini merangkumi Selangor dan luak-luak di Negeri Sembilan), Tanjung Tuan (Melaka), Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Karimun, pulau-pulau di Bintan, Bulang, Lingga dan Bunguran, dan Bengkalis, Kampar dan Siak di Sumatera.[3]
Kesultanan Johor Lama berakhir pada tahun 1830 apabila Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan di Alam Melayu melalui Perjanjian 29 Oktober 1830 antara Kesultanan Johor Lama dan Belanda di mana Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga kekal di bawah pemerintahan Sultan Johor ke-16, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah manakala negeri Johor dan negeri Pahang menjadi negeri merdeka yang bebas daripada pemerintahan baginda. Maka, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah secara rasmi menjadi Sultan Johor terakhir dan kemudian menjadi Sultan Riau-Lingga pertama pada tahun 1830. Kesultanan Riau-Lingga wujud sebagai kesinambungan Kesultanan Johor Lama tetapi berada di bawah naungan Belanda.
Nama rasmi kesultanan
[sunting | sunting sumber]Nama rasmi Kesultanan Johor Lama ialah Kesultanan Johor (Jawi: کسلطانن جوهر) dan nama rasmi ini kekal hingga tahun 1623. Ini kerana pada tahun 1623, Sultan Johor ke-7, Sultan Abdul Jalil Shah III menjadi Sultan Johor dan, pada masa yang sama, baginda kembali menjadi Sultan Pahang ke-14. Secara tidak langsung, baginda telah menyatukan takhta Kesultanan Johor Lama dan takhta Kesultanan Pahang Lama lalu menjadikan baginda sebagai Sultan Johor-Pahang atau Sultan Johor dan Pahang. Maka, dari tahun 1623 hingga tahun 1830, nama rasmi Kesultanan Johor Lama ialah Kesultanan Johor-Pahang (Jawi: کسلطانن جوهر-ڤهڠ) atau Kesultanan Johor dan Pahang (Jawi: کسلطانن جوهر دان ڤهڠ). Walaupun begitu, Kesultanan Johor-Pahang masih boleh dirujuk sebagai Kesultanan Johor dan Sultan Johor-Pahang masih boleh dirujuk sebagai Sultan Johor.
Nama Kesultanan Johor-Riau pula merupakan nama yang dipercayai dicipta oleh ahli sejarah kerana Riau pernah menjadi tempat persemayaman Sultan Johor dan pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama. Namun begitu, jika dilihat pada warkah diraja dan surat perjanjian pada zaman Kesultanan Johor Lama (selepas tahun 1623), Sultan Johor dirujuk sebagai Sultan (nama sultan) di atas/yang mempunyai takhta kerajaan dalam negeri Johor dan Pahang serta segala daerah takluknya sekalian. Ini membuktikan bahawa Sultan Johor pada zaman Kesultanan Johor Lama (selepas tahun 1623) tidak pernah dirujuk sebagai Sultan Johor dan Riau. Sebaliknya, gelaran sebenar baginda ialah Sultan Johor dan Pahang.
Memandangkan Sultan Johor pada zaman Kesultanan Johor Lama pernah menggunakan gelaran "Sultan Johor" (1528-1623) dan kemudian "Sultan Johor-Pahang" (1623-1830) dan juga untuk membezakan antara zaman Kesultanan Johor (1528-1830) dan zaman Kesultanan Johor (1886-kini), maka untuk memilih jalan selamat, istilah Kesultanan Johor Lama (Jawi: کسلطانن جوهر لاما) digunakan untuk merujuk kepada zaman Kesultanan Johor (1528-1623) yang diperintah oleh Sultan Johor dan kemudian zaman Kesultanan Johor-Pahang (1623-1830) yang diperintah oleh Sultan Johor-Pahang. Manakala istilah Kesultanan Johor Moden (Jawi: کسلطانن جوهر مودن) digunakan untuk merujuk kepada zaman Kesultanan Johor dari tahun 1886 hingga kini yang diperintah oleh Sultan Johor daripada Wangsa Temenggung.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kejatuhan Kesultanan Melaka dan kebangkitan Kesultanan Johor Lama
[sunting | sunting sumber]Johor telah wujud pada tahun 801 Masihi sebagai petempatan perdagangan yang penting. Pada zaman dahulu, Johor dikenali sebagai "Ujong Tanah" bagi orang Bugis atau "Gangganu" bagi orang Siam. Nama "Ujong Tanah" yang digunakan oleh orang Bugis pada ketika itu merujuk kepada Johor yang menjadi tempat untuk mencari jodoh. Pada abad ke-14, Johor menjadi wilayah taklukan Empayar Majapahit dan kemudian menjadi wilayah taklukan Kesultanan Melaka (1400-1511). Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah terpaksa meninggalkan Melaka. Baginda cuba beberapa kali untuk mendapatkan semula Melaka tetapi gagal. Serangan Portugis menyebabkan baginda terpaksa melarikan diri ke Pahang dan kemudian ke Bintan dan membina sebuah kota yang bernama Kota Kara di sana.[2][4]
Di Bintan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka Portugis beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis mengalami kesusahan kerana serangan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Portugis berusaha beberapa kali untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal besar yang diketuai oleh Pedro Mascarenhaas telah dihantar oleh Portugis untuk memusnahkan Kota Kara di Bintan dan Portugis berjaya melakukan sedemikian. Sultan Mahmud Shah kemudian terpaksa melarikan diri merentasi Selat Melaka ke Kampar yang terletak di Sumatera dan baginda mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda meninggalkan beberapa orang anakandanya. Antara anakandanya ialah Raja Muzaffar dan Raja Ali.[5]
Raja Muzaffar kemudian mengasaskan Kesultanan Perak lalu menjadi Sultan Perak pertama[5] manakala Raja Ali mengasaskan Kesultanan Johor Lama yang berpusat di Pekan Tua lalu menjadi Sultan Johor pertama.[5] Walaupun Sultan Alauddin Riayat Shah II dan penggantinya terpaksa berhadapan dengan serangan oleh Portugis di Melaka dan orang Aceh di Sumatera, mereka berjaya mempertahankan Kesultanan Johor Lama.[6]
Perang Tiga Segi
[sunting | sunting sumber]
Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan pusat pemerintahannya di tepi Sungai Johor dan baginda meneruskan usaha untuk mengalahkan Portugis dan mengambil semula Melaka dengan bantuan saudaranya di Perak dan Sultan Pahang. Pada ketika itu, Kota Melaka dilindungi oleh Kota A Famosa.
Pada masa yang sama, Kesultanan Aceh di Sumatera utara mula meluaskan pengaruhnya di Selat Melaka. Selepas kejatuhan Kesultanan Melaka yang merupakan sebuah kerajaan Islam, para pedagang Muslim memilih untuk berdagang di Aceh atau di Kota Batu, Johor Lama. Oleh sebab itu, berlaku persaingan hebat antara Aceh dan Melaka untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.
Aceh menyerang Johor dan Portugis untuk meningkatkan penguasaannya ke atas Selat Melaka. Kebangkitan dan perluasan kuasa Aceh menyebabkan Portugis dan Johor membuat keputusan untuk berdamai dan menumpukan perhatian mereka kepada Aceh. Namun, perdamaian mereka tidak bertahan lama dan mereka kembali bermusuh. Semasa zaman pemerintahan Sultan Aceh ke-12, Sultan Iskandar Muda, Aceh menyerang Johor pada tahun 1613 dan tahun 1615.[7]
Kekuatan Aceh berakhir apabila Portugis dan Johor bekerjasama untuk menyerang Aceh pada tahun 1629. Kerjasama Portugis dan Johor berjaya mengalahkan 19,000 askar Aceh menurut catatan Portugis.[8][9] Johor kemudian bertambah kuat dan bekerjasama dengan Belanda untuk menyerang Portugis di Melaka dan akhirnya berjaya menawan Melaka pada 14 Januari 1641 lalu mengakhiri Perang Tiga Segi. Pada bulan berikutnya, Sultan Aceh ke-13, Sultan Iskandar Thani mangkat dan baginda digantikan oleh Sultanah Taj ul-Alam. Zaman pemerintahan Sultanah Taj ul-Alam menandakan bermulanya kemerosotan Aceh sebagai kuasa serantau.
Pendudukan Belanda di Melaka
[sunting | sunting sumber]Pada awal abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Pada ketika itu, Belanda sedang berperang dengan Portugis dan Belanda juga bekerjasama dengan Johor. Dua perjanjian telah ditandatangani oleh wakil Belanda, Laksamana Cornelis Matelief de Jonge dan wakil Johor, Raja Bongsu (kemudian Sultan Abdullah Ma'ayat Shah) pada bulan Mei dan bulan September 1606.[10] Pada bulan Januari 1641, Belanda dan Johor yang dipimpin oleh Bendahara Skudai berjaya menawan Melaka. Pada ketika Portugis kalah, Kota Melaka dilanda kebuluran dan wabak penyakit. Selaras dengan Perjanjian Mei 1606, Belanda mengambil alih Melaka dan bersetuju untuk tidak menyerang Johor.[11] Melaka kemudian ditadbir oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) hingga Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.
Perang Johor-Jambi
[sunting | sunting sumber]
Selepas kekalahan Portugis pada tahun 1641 dan kemerosotan Aceh akibat Belanda yang semakin berkuasa, Johor mula menjadi kuasa serantau di Selat Melaka semasa zaman pemerintahan Sultan Johor ke-7, Sultan Abdul Jalil Shah III (1623–1677).[12] Pengaruh Johor meluas ke Pahang, Sungei Ujong, Melaka, Klang dan Kepulauan Riau.[13]
Semasa Perang Tiga Segi, Jambi muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi serantau di Sumatera. Pada mulanya, terdapat usaha untuk membentuk satu kerjasama antara Johor dan Jambi melalui perkahwinan antara Raja Muda Johor dan anak perempuan Pengeran Jambi. Namun, Raja Muda berkahwin dengan anak perempuan Laksamana Johor, Laksamana Tun Abdul Jamil. Laksamana Tun Abdul Jamil menawarkan Raja Muda untuk berkahwin dengan anak perempuannya kerana beliau bimbang bahawa beliau akan hilang kuasa akibat kerjasama antara Johor dan Jambi.[14] Ini menyebabkan hubungan antara Johor dan Jambi terputus dan kemudian berlaku peperangan antara kedua-dua kuasa itu yang bermula pada tahun 1666 dan berlangsung selama 13 tahun. Pusat pemerintahan Johor pada ketika itu, Batu Sawar diserang oleh Jambi pada tahun 1673 lalu menyebabkan Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan mangkat di sana pada tahun 1677. Pengganti baginda, Sultan Ibrahim Shah (1677–1685) meminta bantuan Bugis untuk berperang dengan Jambi.[13] Johor memenangi perang pada tahun 1679 tetapi kedudukannya pada ketika itu lemah kerana Bugis tidak mahu pulang dan orang Minangkabau di Sumatera mula meluaskan pengaruhnya.[14]
Selepas Batu Sawar diserang pada tahun 1673, pusat pemerintahan Johor sering berpindah untuk mengelakkan serangan daripada Jambi. Sepanjang pemerintahan Kesultanan Johor Lama, Sultan-Sultan Johor sentiasa menukar pusat pemerintahan mereka untuk mempertahankan kesultanan mereka. Johor Lama (Kota Batu) yang dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II telah diserang oleh Aceh pada tahun 1564. Pusat pemerintahan Johor kemudian berpindah ke Seluyut dan selepas itu berpindah semula ke Johor Lama semasa zaman pemerintahan Sultan Johor ke-4, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1571–1597). Namun, Johor Lama kemudian diserang oleh Portugis pada tahun 1587. Seterusnya, pusat pemerintahan Johor berpindah ke Batu Sawar dan kemudian berpindah ke Lingga (juga diserang oleh Portugis). Selepas itu, tidak ada pusat pemerintahan yang tetap (tempat termasuk Tanah Puteh dan Makam Tauhid) semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III sebelum baginda memindahkan pusat pemerintahannya ke Batu Sawar pada tahun 1640. Selepas Batu Sawar diserang oleh Jambi, Kota Tinggi, Riau dan Panchor kemudian menjadi pusat pemerintahan Johor.[15]
Zaman kegemilangan
[sunting | sunting sumber]Pada abad ke-17, Melaka tidak lagi menjadi pelabuhan penting membolehkan Johor menjadi kuasa serantau yang kuat. Dasar Belanda di Melaka mendorong para pedagang untuk datang ke Riau, sebuah pelabuhan di bawah kekuasaan Johor. Perdagangan di Riau jauh mengatasi Melaka. Belanda tidak berpuas hati tetapi terus mengekalkan hubungannya dengan Johor kerana kestabilan Johor penting untuk berdagang di rantau Selat Melaka.
Sultan Johor menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang dan juga melindungi mereka.[16] Dengan pelbagai jenis barangan yang disediakan dan harga yang berpatutan, Riau berkembang pesat. Kapal-kapal dari pelbagai tempat seperti Kemboja, Siam, Vietnam dan seluruh Kepulauan Melayu datang berdagang. Kapal-kapal Bugis menjadikan Riau sebagai pusat rempah ratus. Barangan yang ditemui di China seperti kain dan candu telah didagangkan dengan sumber hasil laut dan hasil hutan tempatan, bijih timah, lada dan gambir tempatan. Cukai yang dikenakan adalah rendah dan barang dagangan boleh dikeluarkan atau disimpan dengan mudah. Para pedagang mendapati bahawa mereka tidak perlu menambah hutang kerana perdagangan mereka berjalan dengan baik.[17]
Seperti Melaka semasa zaman Kesultanan Melaka, Riau juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran Islam. Ramai ulama dari India dan Arab ditempatkan di penginapan keagamaan khas manakala penganut tasawuf boleh menyertai salah satu daripada banyak Tariqah yang berkembang di Riau.[18]
Pengaruh Bugis dan Minangkabau
[sunting | sunting sumber]Sultan Johor ke-9 dan Sultan Johor terakhir daripada Wangsa Melaka-Johor, Sultan Mahmud Shah II merupakan seorang yang berkelakuan pelik. Semasa zaman Bendahara Tun Habib Abdul Majid sebagai Bendahara Johor, beliau melindungi rakyat Johor daripada perbuatan pelik Sultan Mahmud Shah II. Selepas Bendahara Tun Habib Abdul Majid mangkat, beliau digantikan oleh Bendahara Tun Abdul Jalil. Memandangkan Bendahara Tun Abdul Jalil merupakan sepupu Sultan Mahmud Shah II, beliau tidak dapat menghalang tingkah laku baginda yang pelik.[19][20]
Sultan Mahmud Shah II memerintahkan pembunuhan isteri seorang bangsawan Johor, Orang Kaya Megat Seri Rama yang sedang mengandung kerana dia telah mengambil sepotong nangka diraja untuk dimakan. Selepas itu, Sultan Mahmud Shah II telah dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 sebagai cara beliau membalas dendam atas pembunuhan isterinya. Orang Kaya, yang biasanya ditugaskan untuk menasihati Sultan Johor, pergi ke Muar untuk berjumpa dengan Raja Temenggung Muar pertama, Sa’Akar Diraja yang juga merupakan sepupu Sultan Mahmud Shah II bagi meminta pandangannya. Sa’Akar Diraja memberitahu mereka bahawa Bendahara Tun Abdul Jalil perlu mewarisi takhta Kesultanan Johor Lama[21] dan kemudian Bendahara Tun Abdul Jalil menjadi Sultan Johor ke-10 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Ramai rakyat Johor, terutamanya Orang Laut, merasakan bahawa tindakan baginda itu adalah tidak wajar.[22]
Bugis, yang memainkan peranan penting dalam mengalahkan Jambi dua dekad sebelumnya, mempunyai pengaruh yang besar di Johor. Satu lagi golongan yang berpengaruh di Johor pada ketika itu ialah Minangkabau. Kedua-dua orang Bugis dan Minangkabau menyedari bahawa kemangkatan Sultan Mahmud Shah II telah memberi mereka peluang untuk meluaskan kuasa mereka di Johor. Orang Minangkabau memperkenalkan seorang putera raja dari Minangkabau iaitu Raja Kechil dari Siak yang mengaku bahawa baginda merupakan anakanda Sultan Mahmud Shah II dan baginda diputerakan selepas Sultan Mahmud Shah II mangkat. Raja Kechil berjumpa dengan orang Bugis dan menjanjikan mereka kekayaan dan kuasa politik jika mereka membantu baginda untuk merampas takhta Kesultanan Johor Lama. Namun, Raja Kechil memungkiri janjinya dan menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor ke-11 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah tanpa pengetahuan orang Bugis. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV terpaksa melarikan diri ke Pahang dan baginda kemudian mangkat dibunuh oleh seorang pembunuh upahan yang diupah oleh Laksamana Nakhoda Sekam atas perintah Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
Anakanda Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, Raja Sulaiman, kemudian meminta bantuan daripada Daeng Parani, saudara tertua daripada Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara untuk merampas takhta Kesultanan Johor Lama daripada Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Pada tahun 1722, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah telah dikalahkan oleh Raja Sulaiman dengan bantuan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara. Raja Sulaiman kemudian menjadi Sultan Johor ke-12 dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah manakala Daeng Marewah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau pertama. Zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah menandakan bermulanya penguasaan Bugis dalam Kesultanan Johor Lama.[23]
Sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pertengahan abad ke-18, kuasa sebenar dipegang oleh orang Bugis. Menjelang tahun 1760, beberapa orang bangsawan Bugis telah berkahwin campur dengan keluarga diraja Johor dan memperoleh kuasa besar. Waris Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara memegang jawatan Yang Dipertuan Muda Riau yang dikhaskan untuk mereka sahaja. Kemangkatan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mencetuskan krisis pewarisan takhta yang kemudian diselesaikan oleh bangsawan Bugis lalu menimbulkan kemarahan Bendahara, Temenggung dan bangsawan Melayu yang lain.[24] Dari tahun 1760 hingga tahun 1784, bangsawan Bugis yang dipimpin oleh Yang Dipertuan Muda Riau menguasai sepenuhnya Kesultanan Johor Lama. Ekonomi Johor dihidupkan semula di bawah kekuasaan Bugis bersama-sama dengan pengenalan para pedagang Cina. Walau bagaimanapun, menjelang akhir abad ke-18, Engku Muda Muhammad daripada keluarga Temenggung Johor diperintahkan oleh Sultan Johor ke-15, Sultan Mahmud Riayat Shah III untuk menjaga Riau apabila Riau diserahkan kembali kepada baginda pada tahun 1795 selepas Riau dikuasai oleh Belanda berikutan kekalahan Johor dalam Perang Johor-Belanda 1784.[25] Namun, tidak lama selepas itu, hak penjagaan Riau diserahkan semula kepada Yang Dipertuan Muda Riau selepas beliau tiba di Riau. Anakanda saudara Engku Muda Muhammad, Tun Abdul Rahman dilantik sebagai Temenggung Johor pada tahun 1806 dan beliau dikurniakan Johor dan Singapura serta pulau-pulau di sekitarnya sebagai kawasan beliau mengutip cukai oleh Sultan Mahmud Riayat Shah III. Temenggung Tun Abdul Rahman dan keturunannya kemudian memainkan peranan yang penting dalam sejarah Johor.
Selain Temenggung Tun Abdul Rahman, Sultan Mahmud Riayat Shah III juga mengurniakan wilayah dalam Kesultanan Johor Lama kepada pembesarnya yang lain dan juga isterinya. Pada tahun 1770, Sultan Mahmud Riayat Shah III mengurniakan Pahang kepada Bendahara Johor, Bendahara Tun Abdul Majid sebagai kawasan pegangan beliau lalu menjadikan beliau sebagai Raja Bendahara Pahang pertama. Kemudian, pada tahun 1803, baginda mengurniakan Pulau Penyengat, yang terletak di Kepulauan Riau, sebagai mas kahwin kepada isterinya, Engku Puteri Raja Hamidah. Pulau Penyengat kemudian dijadikan sebagai pusat pemerintahan Yang Dipertuan Muda Riau pada tahun 1806.
Ketibaan British
[sunting | sunting sumber]Singapura dan British
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1818, Sir Thomas Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera barat. Raffles percaya bahawa British perlu menubuhkan pangkalan baru di Asia Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Walaupun ramai dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) menentang idea Raffles, Raffles meyakinkan Francis Rawdon-Hastings daripada SHTI dan Gabenor Jeneral India British untuk berpihak kepadanya. Dengan persetujuan Gabenor Jeneral, Raffles melakukan penjelajahan untuk mencari pangkalan baru.
Apabila Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819, Raffles menemui sebuah petempatan Melayu yang kecil di muara Sungai Singapura yang dipimpin oleh Temenggung Johor, Temenggung Tun Abdul Rahman. Walaupun Singapura berada di bawah kekuasaan Kesultanan Johor Lama, keadaan politik dalam istana Johor tidak stabil. Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah berada di bawah pengaruh Belanda dan Yang Dipertuan Muda Riau (Bugis). Oleh itu, baginda tidak akan bersetuju dengan cadangan Raffles untuk membina pangkalan British di Singapura.
Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah menjadi Sultan Johor kerana kakanda tirinya, Tengku Hussein berada di Pahang kerana berkahwin ketika ayahanda mereka, Sultan Mahmud Riayat Shah III mangkat pada tahun 1812. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah diangkat menjadi Sultan Johor ke-16 oleh Yang Dipertuan Muda Riau ke-6, Raja Jaafar kerana menurut Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar, adat Melayu menyatakan bahawa bakal sultan perlu berada di sisi sultan yang mangkat supaya bakal sultan boleh diangkat menjadi sultan baru. Namun, perkara mengenai pewarisan takhta perlu diputuskan oleh Bendahara Johor yang merupakan "penjaga adat".[26] Tengku Hussein tidak berpuas hati dengan tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar yang menabalkan adinda tirinya sebagai Sultan Johor.
Saudara perempuan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar, Engku Puteri Raja Hamidah, yang merupakan balu Sultan Mahmud Riayat Shah III, marah dengan tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan beliau dilaporkan berkata, “Siapakah yang telah mengangkat Abdul Rahman jadi Sultan Johor? Saudara saya Raja Jaafar? Adat pelantikan dari manakah yang diikutinya? Perbuatan yang tidak adil seperti inilah yang menyebabkan kerajaan Johor akan segera rosak binasa!”. Engku Puteri Raja Hamidah tidak mahu menyerahkan alat kebesaran diraja Kesultanan Johor Lama untuk tujuan pertabalan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.[27]
Bendahara Johor yang juga Raja Bendahara Pahang ke-4, Bendahara Tun Ali menyedari tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar lalu mengambil tindakan dengan mengumpulkan askarnya untuk pergi ke Riau bagi tujuan "mengembalikan adat".[26] British yang mengetahui rancangan Bendahara Tun Ali kemudian menghantar tenteranya untuk menghalang tentera Bendahara Tun Ali daripada pergi ke Riau.
Dengan bantuan Temenggung Tun Abdul Rahman, Raffles membawa Tengku Hussein, yang hidup dalam buangan di Kepulauan Riau, ke Singapura. Menurut surat antara Tengku Hussein dengan adinda tirinya, baginda berangkat ke Singapura kerana berasa bimbang akan keselamatan anakandanya. Di Singapura, baginda ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk menandatangani perjanjian.[28] Perjanjian tersebut menyatakan bahawa British mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Hussein Muhammad Shah dan baginda dan Temenggung Tun Abdul Rahman menerima wang daripada British setiap tahun. Sebagai balasan, Tengku Hussein membenarkan Raffles menubuhkan pejabat perdagangan British di Singapura. Perjanjian ini telah disahkan pada 6 Februari 1819.
British meminta Bendahara Tun Ali untuk mengiktiraf Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor tetapi Bendahara Tun Ali membalas bahawa beliau tidak mempunyai hubungan dengan peristiwa pertabalan Sultan Hussein Muhammad Shah di Singapura kerana Singapura merupakan kawasan pegangan Temenggung Tun Abdul Rahman dan beliau menumpahkan taat setianya hanya kepada Sultan Johor yang sah iaitu Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang bersemayam di Lingga.[29]
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
[sunting | sunting sumber]Belanda sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Raffles yang menabalkan Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor. Persengketaan antara Belanda dan Inggeris melibatkan hak ke atas Singapura berterusan hingga 1824 apabila mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Antara syarat yang terkandung dalam perjanjian itu ialah Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa perjanjian tersebut membahagikan pengaruh antara Belanda dan Inggeris di Alam Melayu lalu membawa kepada perpecahan Kesultanan Johor Lama. Perjanjian itu ditandatangani secara rahsia tanpa pengetahuan Sultan Johor dan para pembesarnya dan dengan itu keabsahan perjanjian tersebut dipersoalkan.
Namun begitu, British berjaya mengetepikan pengaruh Belanda dengan menabalkan Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor untuk mendapatkan kuasa dan meluaskan pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Keabsahan pertabalan Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor telah menimbulkan kontroversi kepada beberapa raja-raja Melayu yang lain memandangkan baginda diletakkan di atas takhta oleh British dan dilihat sebagai pemerintah boneka. Kedudukan Temenggung Tun Abdul Rahman pula bertambah kuat kerana kerjasama antara beliau dan British yang menyebabkan British berjaya menguasai Johor dan Singapura secara de facto dan, dengan sokongan British, beliau dapat mengetepikan pengaruh Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar.[30] Sementara itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah berjaya ditabalkan semula sebagai Sultan Johor bersama alat kebesaran diraja Kesultanan Johor Lama pada bulan November 1822.[31] Ini menjadikan baginda sebagai Sultan Johor yang sah dan bukan kakanda tirinya, Sultan Hussein Muhammad Shah yang disokong oleh British untuk kepentingan peribadi British yang melibatkan Singapura.
Kesultanan Johor Lama berakhir
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1825, Belanda memaklumkan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar mengenai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.[32] Ini telah menyebabkan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dalam dilema. Tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar yang melanggar adat-istiadat raja-raja Melayu dengan menabalkan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai Sultan Johor telah menyebabkan beliau terpaksa menandatangani perjanjian persahabatan dengan Belanda pada tahun 1818 dan beliau juga dibantu oleh Belanda dalam usaha untuk mendapatkan alat kebesaran diraja secara paksa daripada saudaranya Engku Puteri Raja Hamidah bagi menobatkan pertabalan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pada tahun 1822.[33] Bantuan daripada Belanda tersebut membuatkan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar terhutang budi kepada Belanda. Namun, kedudukan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar sebagai pembesar utama Kesultanan Johor Lama membuatkan beliau tidak boleh memberikan sokongan kepada usaha Belanda dan Inggeris untuk membahagikan wilayah-wilayah Kesultanan Johor.[34]
Akhirnya, Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar membuat keputusan untuk menerima sahaja syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 lalu membawa kepada satu lagi perjanjian antara beliau dan Belanda yang ditandatangani pada 29 Oktober 1830.[35] Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah:
- Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar menerima Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 di mana beliau bersetuju bahawa Johor dan Pahang tidak lagi berada di bawah naungan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang kini menjadi Sultan Riau-Lingga;
- Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar bersetuju dengan perubahan status hubungan antara Belanda dan Kesultanan Riau-Lingga di mana status asal iaitu Kesultanan Johor Lama bersahabat dengan Belanda berubah kepada status baru iaitu Kesultanan Riau-Lingga diletakkan di bawah naungan Belanda;
- Kedudukan Yang Dipertuan Muda Riau diperkukuhkan lagi dengan status sebagai pentadbir utama Riau; dan
- Hanya waris Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar sahaja yang menjawat jawatan Yang Dipertuan Muda Riau.[36]
Berikut merupakan petikan penting Perjanjian 29 Oktober 1830:
Perjanjian 17 Mac 1824 ini di London, antara Yang di-Pertuan Besar atas Netherland dengan Yang di-Pertuan Besar atas Great Britain dan Ireland, kerana sebab Perjanjian itu, jadi Johor dan Pahang, tiada lagi di bawah Yang di-Pertuan Besar Lingga. Maka pada sekarang ini perjanjian yang lama, yang dibuat oleh Govermen Netherland dengan Yang di-Pertuan Besar Johor dan Pahang dan Riau dan Lingga dan segala takluknya itu, tiadalah boleh dipakai begitu.[37]
Menurut Sir Richard Olaf Winstedt, seorang orientalis British dan pentadbir tanah jajahan yang mempunyai kepakaran dalam sejarah Tanah Melayu, selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Kesultanan Riau-Lingga wujud sebagai kesinambungan Kesultanan Johor Lama manakala negeri Johor dan negeri Pahang yang merupakan serpihan atau pecahan daripada Kesultanan Johor Lama muncul sebagai negeri-negeri Melayu yang bebas dan berdaulat di Tanah Melayu. Beliau berkata dalam bukunya yang bertajuk Malaya and its History bahawa:
Then, in 1824, the Treaty of London allotted to Great Britain the Malay peninsula and to Holland all the islands lying to starboard of East Indiamen voyaging to China, an accident of alien politics that split the remnants of the Johore empire for ever. To the Johore Sultanate was left only the Riau archipelago, while the two greatest Malay chiefs of the broken empire were cut off at Pahang and Johore from their overlord in the Riau area, and soon made themselves independent Sultans.[38]
Dengan erti kata lain, Perjanjian 29 Oktober 1830 yang menguatkuasakan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 di Alam Melayu menandakan berakhirnya Kesultanan Johor Lama yang memerintah selama kira-kira 300 tahun.[39] Ini menyebabkan Temenggung Johor yang bersemayam di Singapura dan Bendahara Johor yang bersemayam di Pahang tidak lagi bertuankan Sultan Johor yang bersemayam di Lingga. Waris kepada Temenggung Johor kemudian menubuhkan Kesultanan Johor Moden manakala waris kepada Bendahara Johor kemudian menubuhkan Kesultanan Pahang Moden.
Pemulihan adat
[sunting | sunting sumber]
Sultan Riau-Lingga pertama, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah mangkat pada tahun 1832 dan baginda digantikan oleh Sultan Muhammad II Muazzam Shah (1832–1841). Apabila Yang Dipertuan Muda Riau ke-6, Raja Jaafar mangkat, Sultan Muhammad II Muazzam Shah tidak tergesa-gesa untuk melantik Yang Dipertuan Muda Riau yang baru. Baginda melihat kerosakan yang berlaku akibat pelanggaran adat yang berlaku semasa zaman pemerintahan ayahandanya dan baginda membuat keputusan untuk menekankan semula dan memulihkan adat[40] untuk mengawal tingkah laku dan kepentingan politik peribadi. Baginda meminta Bendahara Johor yang juga Raja Bendahara Pahang ke-4, Bendahara Tun Ali yang bersemayam di Pahang untuk datang ke Lingga. Di Lingga, satu istiadat[41] telah diadakan. Bendahara Tun Ali menjalankan upacara menurut adat untuk mendidik semula golongan bangsawan dan sultan tentang tugas dan tanggungjawab mereka. Islam dan politik juga dibincangkan dalam istiadat tersebut. Istiadat tersebut dihadiri oleh semua pembesar dari seluruh wilayah di bawah kekuasaan Kesultanan Johor Lama lalu membuktikan bahawa Sultan Hussein Muhammad Shah yang diangkat oleh British untuk menjadi Sultan Johor tidak diiktiraf oleh orang Melayu. Pertabalan Tengku Mahmud (kemudian Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) sebagai Tengku Besar (pewaris takhta) dan Tun Mutahir sebagai Bendahara Muda (pewaris Bendahara Johor dan Raja Bendahara Pahang) turut dijalankan dalam istiadat itu.
Pada tahun 1841, Bendahara Tun Ali melantik Tun Ibrahim Iskandar[42] sebagai Temenggung Johor untuk menggantikan ayahandanya, Temenggung Tun Abdul Rahman yang telah mangkat pada tahun 1825. Jarak masa yang panjang ini berlaku kerana Bendahara Tun Ali tidak restu dengan tindakan Temenggung Tun Abdul Rahman yang telah menyerahkan Singapura kepada British pada tahun 1824 dan tindakan ini tidak dapat diterima oleh pembesar-pembesar Melayu. Namun, Bendahara Tun Ali bersetuju untuk menabalkan Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan syarat bahawa Temenggung Tun Daeng Ibrahim perlu melakukan kunjungan hormat dan menumpahkan taat setianya kepada Sultan Riau-Lingga ke-3, Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah yang bersemayam di Lingga.
Sultan Hussein Muhammad Shah mangkat pada tahun 1835 dan anakandanya, Tengku Ali meminta pengiktirafan sebagai Sultan Johor. British meminta Bendahara Tun Ali untuk menabalkan Tengku Ali sebagai Sultan Johor.[43] Namun, Bendahara Tun Ali tidak melayan permintaan Tengku Ali kerana perkara tersebut melanggar batasan adat-istiadat raja-raja Melayu dan beliau tidak bersedia untuk mengkhianatinya.[44]
Selepas menunggu sejak tahun 1835 untuk pengiktirafan sebagai Sultan Johor, pada tahun 1852, Tengku Ali membuat keputusan untuk menyerahkan kembali Johor[45] kepada Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah. Selama tiga tahun, Kesultanan Johor Lama dihidupkan semula kecuali Singapura yang telah diserahkan kepada British pada tahun 1824. Apabila British mengetahui rancangan Tengku Ali, British meminta Tengku Ali untuk berangkat pulang ke Singapura dengan ancaman untuk menghentikan pemberian elaunnya. Di Singapura, Tengku Ali sering dikunjungi oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan hubungan mereka rapat.
Penyatuan semula Kesultanan Johor Lama berakhir
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Mac 1855, Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Tengku Ali menandatangani Perjanjian Setia 1855 di mana Tengku Ali menyerahkan sepenuhnya negeri dan kerajaan Johor dan hak baginda ke atas Johor kecuali daerah Kesang kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan waris-warisnya untuk selama-lamanya. Sebagai balasan, Tengku Ali diangkat sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Ali Iskandar Shah tetapi baginda tidak boleh campur tangan dalam urusan pemerintahan Johor dan Temenggung Tun Daeng Ibrahim membayar elaun bulanan kepada Sultan Ali Iskandar Shah.
Dalam surat Bendahara Tun Ali kepada Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah, beliau menyatakan bahawa beliau tidak reda dengan perjanjian tersebut yang melanggar adat Melayu kerana wilayah dalam Kesultanan Johor Lama termasuk Johor merupakan hak milik Sultan Johor yang tidak boleh diambil oleh orang lain kecuali melalui cara kurnia.[46] Jelas di sini bahawa sehingga tahun 1855, Johor masih dimiliki oleh Sultan Johor yang bersemayam di Lingga.[47] Dan tindakan Sultan Ali Iskandar Shah yang menyerahkan Johor kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim adalah tidak sah menurut adat Melayu.[48]
Pada tahun 1857, Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah telah dimakzulkan (diturunkan daripada takhta) oleh Belanda dengan sokongan Bugis. Ini kerana baginda tidak mahu bermuafakat dengan para pembesarnya dan tidak mahu mendengar nasihat Yang Dipertuan Muda Riau yang tidak bersetuju dengan penyatuan semula Kesultanan Johor Lama. Baginda juga tidak bersetuju dengan cadangan para pembesar Bugis yang ingin baginda melantik Raja Haji Abdullah sebagai Yang Dipertuan Muda Riau yang baru.[49] Disebabkan tiada persetujuan antara baginda dan para pembesar Bugis mengenai isu pelantikan Yang Dipertuan Muda Riau yang baru, baginda yang kecewa dengan isu tersebut telah membuat keputusan untuk berangkat ke Singapura untuk menghilangkan kekusutan baginda. Semasa baginda berada di Singapura, Belanda telah menurunkan baginda daripada takhta Kesultanan Riau-Lingga.[50]
Kesultanan Riau-Lingga bertuankan Belanda
[sunting | sunting sumber]Selepas Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah disingkirkan daripada takhtanya, ayahanda saudaranya, Tengku Sulaiman diangkat menjadi Sultan Riau-Lingga yang baru dengan gelaran Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah.[51] Kemudian, pada 1 Disember 1857, baginda telah menandatangani satu perjanjian dengan Belanda[51] di mana baginda bersetuju bahawa Kesultanan Riau-Lingga mengakui ketuanan Belanda dan Sultan Riau-Lingga perlu menyerahkan hal-ehwal pemerintahan negeri kepada Yang Dipertuan Muda Riau dan baginda tidak boleh bermuafakat dengan pihak lain serta melarang pihak lain untuk mencampuri hal-ehwal pemerintahan negeri. Dengan termeterainya perjanjian tersebut, maka kedaulatan Kesultanan Riau-Lingga telah diserahkan secara sukarela kepada Belanda dan ini menandakan bahawa Kesultanan Riau-Lingga telah dijajah oleh Belanda secara rasmi.
Johor dan Pahang
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Disember 1861, Temenggung Tun Daeng Ibrahim mewakili Johor dan Bendahara Tun Mutahir mewakili Pahang telah membuat satu perjanjian setia[52] di mana Bendahara Tun Mutahir telah mengiktiraf Temenggung Tun Daeng Ibrahim sebagai pemerintah Johor yang sah dan keturunan Temenggung Tun Daeng Ibrahim memerintah Johor untuk selama-lamanya. Dalam perjanjian yang sama, Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Bendahara Tun Mutahir bersepakat untuk membantu antara satu sama lain jika negeri mereka diserang musuh dan jika timbul sebarang masalah antara mereka, mereka akan menyerahkan masalah mereka kepada Inggeris sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah mereka. Dengan termeterainya perjanjian tersebut, maka Johor dan Pahang secara rasmi menjadi negeri yang bebas dan berdaulat.
Sistem pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Kesultanan Johor Lama meneruskan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Kesultanan Melaka sebelum ini. Kekuasaan tertinggi terletak di tangan Sultan. Baginda dibantu oleh sebuah majlis yang dikenali sebagai "Majlis Orang Kaya" yang berperanan menasihati Sultan. Antara ahli Majlis Orang Kaya ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Semasa abad ke-18, Bendahara bersemayam di Pahang dan Temenggung bersemayam di Teluk Belanga, Singapura. Mereka menguruskan pemerintahan di kawasan pegangan mereka berdasarkan tahap kuasa yang dikurniakan oleh Sultan Johor.
Sekitar abad ke-19, pemusatan kuasa Kesultanan Johor Lama semakin lemah. Pada ketika itu, Muar diperintah oleh Raja Temenggung Muar;[53] Pahang diperintah oleh Bendahara yang juga dikenali sebagai Raja Bendahara Pahang;[54] Riau diperintah oleh Yang Dipertuan Muda Riau dan Johor, Singapura dan pulau-pulau di sekitarnya diperintah oleh Temenggung Johor. Sultan Johor hanya berpengaruh di Lingga yang merupakan tempat persemayaman baginda.
Senarai Sultan
[sunting | sunting sumber]No. | Sultan Johor | Tempoh pemerintahan |
---|---|---|
Wangsa Melaka-Johor | ||
1. | Sultan Alauddin Riayat Shah II | 1528–1564 |
2. | Sultan Muzaffar Shah II | 1564–1570 |
3. | Sultan Abdul Jalil Shah I | 1570–1571 |
4. | Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II | 1571–1597 |
5. | Sultan Alauddin Riayat Shah III | 1597–1615 |
6. | Sultan Abdullah Ma'ayat Shah | 1615–1623 |
7. | Sultan Abdul Jalil Shah III | 1623–1677 |
8. | Sultan Ibrahim Shah | 1677–1685 |
9. | Sultan Mahmud Shah II | 1685–1699 |
Wangsa Bendahara | ||
10. | Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV | 1699–1718 |
Wangsa Melaka-Johor | ||
11. | Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah | 1718–1722 |
Wangsa Bendahara | ||
12. | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah | 1722–1760 |
13. | Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V | 1760–1761 |
14. | Sultan Ahmad Riayat Shah | 1761–1761 |
15. | Sultan Mahmud Riayat Shah III | 1761–1812 |
16. | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | 1812–1830 |
Sultan Johor yang tidak diiktiraf oleh Bendahara dan para pembesar Melayu yang lain
[sunting | sunting sumber]No. | Sultan Johor | Tempoh pemerintahan |
---|---|---|
(17.) | Sultan Hussein Muhammad Shah | 1819–1835 |
(18.) | Sultan Ali Iskandar Shah | 1835–1877 |
Sultan Riau-Lingga yang masih diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh Bendahara dan para pembesar Melayu yang lain
[sunting | sunting sumber]No. | Sultan Riau-Lingga | Tempoh pemerintahan |
---|---|---|
(16.) | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | 1830–1832 |
(17.) | Sultan Muhammad II Muazzam Shah | 1832–1835 |
(18.) | Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah | 1835–1857 |
Salasilah keluarga
[sunting | sunting sumber]Wangsa Melaka-Johor
[sunting | sunting sumber]Wangsa Melaka-Johor | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Wangsa Bendahara
[sunting | sunting sumber]Wangsa Bendahara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Keluasan kesultanan
[sunting | sunting sumber]Memandangkan Kesultanan Johor Lama menggantikan Kesultanan Melaka, Kesultanan Johor Lama merangkumi kebanyakan bekas wilayah Kesultanan Melaka termasuk selatan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian tenggara Sumatera dan Kepulauan Riau dan pulau-pulau di sekitarnya. Menjelang tahun 1836, Newbold menulis bahawa "Johor" merangkumi wilayah Muar, Batu Pahat, Pontian, Sedili dan Johor Lama. Juga, pada awal abad ke-19, Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Negeri Johor juga menambah Riau sebagai sebahagian daripada wilayah Johor.[66] Pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama sentiasa berubah dan antara tempat yang dijadikan sebagai pusat pemerintahan ialah Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar, Kota Tinggi dan Pahang. Tempat tersebut terletak di Johor, Pahang dan kemudian di Riau dan Lingga.
Pusat pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Kesultanan Johor Lama sentiasa menukar pusat pemerintahannya untuk menghadapi konflik dan perubahan keadaan politik. Pada tahun 1530-an, Sayong Pinang menjadi pusat pemerintahan terawal hingga tahun 1536 apabila pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama dipindahkan ke Johor Lama dan kekal hingga tahun 1564 apabila Johor Lama diserang oleh Aceh lalu menyebabkan pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama berpindah ke Bukit Seluyut (sepanjang Sungai Johor) dan kekal dari tahun 1564 hingga tahun 1570.[67] Kemudian, Johor Lama kembali menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama dari tahun 1570 hingga tahun 1587 apabila Johor Lama diserang oleh Portugis lalu menyebabkan Kesultanan Johor Lama menjadikan Batu Sawar sebagai pusat pemerintahannya yang kemudian menjadi pusat perdagangan utama di sepanjang Sungai Johor dari tahun 1587 hingga tahun 1618.[68] Selepas itu, Lingga menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama dari tahun 1618 hingga tahun 1625 dan sejak itu, Kesultanan Johor Lama tidak mempunyai pusat pemerintahan yang tetap hingga tahun 1640 apabila Batu Sawar kembali menjadi pusat pemerintahannya. Namun, Batu Sawar diserang oleh Jambi pada tahun 1675 semasa Perang Johor-Jambi lalu pihak istana Johor terpaksa bersemayam di Pahang dari tahun 1675 hingga tahun 1680 dan kemudian mereka bersemayam di Riau dari tahun 1680 hingga tahun 1688 dan selepas itu mereka menjadikan Kota Tinggi menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama dari tahun 1688 hingga tahun 1700. Seterusnya, Panchor menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama dari tahun 1700 hingga tahun 1708 dan kemudian Riau menjadi pusat pemerintahannya dari tahun 1708 hingga tahun 1715 dan selepas itu Panchor kembali menjadi pusat pemerintahannya dari tahun 1715 hingga tahun 1720 dan seterusnya Riau juga kembali menjadi pusat pemerintahannya.[67]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai Sultan Johor
- Wangsa Bendahara
- Penubuhan Singapura moden
- Kesultanan Melayu Melaka
- Kesultanan Riau-Lingga
- Temenggung Johor
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Turner, Peter; Hugh Finlay (1996). Malaysia, Singapura dan Brunei. Lonely Planet. ISBN 978-0-86442-393-1.
- ^ a b Borschberg & Fundação Oriente 2004, m/s. 134.
- ^ Winstedt, R. O. (1992). A history of Johore, 1365–1895. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. m/s. 36. ISBN 983-99614-6-2.
- ^ Spruit 1995, m/s. 51.
- ^ a b c Husain, Muzaffar; Akhtar, Syed Saud; Usmani, B. D. (2011). Concise History of Islam (ed. unabridged). Vij Books India Pvt Ltd. m/s. 310. ISBN 978-93-82573-47-0. OCLC 868069299.
- ^ Anuar, Mazelan (2019). "Old Johor kingdom". National Library Board, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2025. Dicapai pada 29 January 2025.
- ^ Borschberg (2010a)
- ^ Ricklefs, 34
- ^ *D. G. E. Hall, A History of South-east Asia. London: Macmillan, 1955.
- ^ Borschberg (2011a), m/s. 215–223
- ^ Borschberg (2010b), m/s. 97–100
- ^ M.C. Ricklefs; Bruce Lockhart; Albert Lau; Portia Reyes; Maitrii Aung-Thwin (19 November 2010). A New History of Southeast Asia. Palgrave Macmillan. m/s. 150. ISBN 978-1-137-01554-9.[pautan mati kekal]
- ^ a b Tan Ding Eing (1978). A Portrait of Malaysia and Singapore. Oxford University Press. m/s. 22. ISBN 978-0-19-580722-6.
- ^ a b Baker, Jim (15 July 2008). Crossroads: A Popular History of Malaysia and Singapore (ed. updated 2nd). Marshall Cavendish International (Asia) Pte Ltd. m/s. 64–65. ISBN 978-981-4516-02-0. OCLC 218933671.
- ^ Miksic, John N. (15 November 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300–1800. NUS Press. m/s. 204–207. ISBN 978-9971-69-574-3. OCLC 1091767694.
- ^ E. M. Jacobs, Merchant in Asia, ISBN 90-5789-109-3, 2006, page 207
- ^ Andaya & Andaya (2001), m/s. 101
- ^ Andaya & Andaya (2001), m/s. 102
- ^ Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 1939, m/s. 109.
- ^ Boon Kheng, Cheah (1998). "The Rise and Fall of the Great Melakan Empire: Moral Judgement in Tun Bambang's "Sejarah Melayu"". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 71 (2 (275)): 104–121. JSTOR 41493366.
- ^ The Family Tree of Raja Temenggung of Muar, traditional sources, Puan Wan Maimunah, 8th descendant of Sa Akar DiRaja
- ^ Andaya, Barbara Watson; Andaya, Leonard Y. (1982). A History of Malaysia (dalam bahasa Inggeris) (ed. 1st). Macmillan Education. m/s. 78.
- ^ "History", Embassy of Malaysia, Seoul Diarkibkan 30 April 2008 di Wayback Machine
- ^ Trocki, Carl A. (2007). Prince of Pirates: The Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784–1885 (dalam bahasa Inggeris). Singapore: NUS Press. m/s. 27–28. ISBN 978-9971-69-376-3.
- ^ Trocki, Carl A. (2007). Prince of Pirates: The Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784–1885 (dalam bahasa Inggeris). Singapore: NUS Press. m/s. 33, 39. ISBN 978-9971-69-376-3.
- ^ a b Othman (2003), m/s. 57
- ^ Othman (2003), m/s. 136
- ^ Othman (2003), m/s. 61
- ^ Othman (2003), m/s. 62
- ^ Ministry of Culture (Publicity Division), Singapore; Ministry of Communications and Information, Singapore., Singapore: A Ministry of Culture Publication, pg 24
- ^ Trocki (1979), m/s. 108
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 220
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 219
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 219
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 220
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 221-222
- ^ Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (26 Januari 2024), Penubuhan rungkai status pemilikan Kesultanan Johor ke atas Singapura, Berita Harian, Diambil daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/01/1204963/penubuhan-rungkai-status-pemilikan-kesultanan-johor-ke-atas-singapura
- ^ Sir Richard Winstedt (1966), Malaya and Its History, halaman 62-63
- ^ Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (26 Januari 2024), Penubuhan rungkai status pemilikan Kesultanan Johor ke atas Singapura, Berita Harian, Diambil daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/01/1204963/penubuhan-rungkai-status-pemilikan-kesultanan-johor-ke-atas-singapura
- ^ Othman (2007), m/s. 67
- ^ Othman (2007), m/s. 68
- ^ Othman (2007), m/s. 70
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 247
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 248
- ^ Othman (2007), m/s. 75
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 254 & 260
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 254
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 260
- ^ Othman (2007), m/s. 85
- ^ Othman (2007), m/s. 86
- ^ a b Othman (2007), m/s. 87
- ^ Ahmad Fawzi Basri, Johor 1855–1917 : Pentadbiran dan Perkembangannya, Fajar Bakti, 1988, pages 33–34
- ^ Othman (2006), m/s. 239
- ^ Othman (2003), m/s. 36
- ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 69
- ^ Yusoff Iskandar & Aruna Gopinath 1992, halaman 370
- ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 70
- ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 71
- ^ Trocki 2007, halaman 22
- ^ Buyong Adil 1980, halaman 139
- ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 71
- ^ Buyong Adil 1980, halaman 141
- ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 70
- ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 72
- ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 72
- ^ Trocki, Carl A. (2007). Prince of Pirates: The Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784-1885 (dalam bahasa Inggeris). NUS Press. m/s. 57. ISBN 978-9971-69-376-3.
- ^ a b Miksic, John N. (2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300-1800 (dalam bahasa Inggeris). NUS Press. m/s. 205. ISBN 978-9971-69-574-3.
- ^ Borschberg (2011b).
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 1939.
- Trocki, Carl A. (1979). Prince of Pirates: the Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784–1885. University of Hawaiʻi Press. ISBN 978-9971-69-376-3.
- Spruit, R. (1995). The Land of the Sultans: An Illustrated History of Malaysia. Pepin Press. ISBN 978-90-5496-015-7.
- Andaya, Barbara Watson; Andaya, Leonard Y. (2001). A History of Malaysia. University of Hawaiʻi Press. ISBN 978-0-8248-2425-9.
- (Tun) Suzana (Tun) Othman (2003). Institusi Bendahara, Permata Melayu yang Hilang. Pustaka BSM. ISBN 983-40566-6-4.
- Borschberg, P.; Fundação Oriente (2004). Iberians in the Singapore-Melaka Area and Adjacent Regions (16th to 18th Century). Maritime Asia Series. Harrassowitz. ISBN 978-3-447-05107-1.
- (Tun) Suzana (Tun) Othman (2006). Ahlul-Bait (keluarga) Rasullulah SAW dan Kesultanan Melayu. Crescent Publications. ISBN 983-3020-12-7.
- (Tun) Suzana (Tun) Othman (2007). Perang Bendahara Pahang 1857–63. Karisma Publications. ISBN 978-983-195-282-5.
- Borschberg, Peter (2010a). The Singapore and Melaka Straits: Violence, Security and Diplomacy in the 17th Century. NUS Press. ISBN 978-9971-69-464-7.
- Borschberg, Peter (2010b). "Ethnicity, language and culture in Melaka during the transition from Portuguese to Dutch rule". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 83 (2): 93–117. doi:10.1353/ras.2010.a405052.
- Borschberg, Peter (2011a). Hugo Grotius, the Portuguese and Free Trade in the East Indies. Singapore: NUS Press. ISBN 978-9971-69-467-8.
- Borschberg, Peter (2011b). "Batu Sawar Johor: A Centre for Regional Trade in the 17th Century". academia.edu.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Borschberg, Peter, "Three questions about maritime Singapore, 16th and 17th Centuries", Ler História, 72 (2018): 31-54. https://journals.openedition.org/lerhistoria/3234
- Borschberg, Peter, "The Seizure of the Santa Catarina Revisited: The Portuguese Empire in Asia, VOC Politics and the Origins of the Dutch-Johor Alliance (c. 1602–1616)", Journal of Southeast Asian Studies, 33.1 (2002): 31–62.
- Borschberg, Peter, penyunting (2015). Jacques de Coutre's Singapore and Johor, 1595-c.1625. Singapore: NUS Press. ISBN 978-9971-69-852-2. https://www.academia.edu/9672124
- Borschberg, Peter, penyunting (2015). Journal, Memorials and Letters of Cornelis Matelieff de Jonge. Security, Diplomacy and Commerce in 17th-Century Southeast Asia. Singapore: NUS Press. ISBN 978-9971-69-798-3. https://www.academia.edu/4302783
- Borschberg, Peter, penyunting (2015). Admiral Matelieff's Singapore and Johor, 1606-1616. Singapore: National Archives of Singapore. https://www.academia.edu/11868450
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Johor Empire at sabrizain.demon.co
- JOHOR (Sultanate) at uq.net.au