![]() | Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Kemalangan bas Gerik 2025 | |
---|---|
![]() | |
Butiran | |
Tarikh | 9 Jun 2025 1:10 pagi |
Koordinat | 5°34′48″N 101°27′24″E / 5.58010°N 101.4568°E |
Lokasi | ![]() |
Negara | Malaysia |
Jenis insiden | Kemalangan bas, perlanggaran lalu lintas ![]() |
Perangkaan | |
Bas | 1 |
Kenderaan | 2 |
Meninggal dunia | 15 |
Tercedera | 30 |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pada awal pagi 9 Jun 2025, sebuah kemalangan bas berlaku di Lebuhraya Timur-Barat di Gerik, Perak, Malaysia. Kemalangan tersebut menyebabkan 15 orang terkorban, terdiri daripada para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Latar belakang
Bertepatan dengan suasana Hari Raya Aidiladha ketika itu, para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyewakan bas persiaran untuk membantu mereka pulang ke kampus UPSI di Tanjong Malim, Perak, dari kawasan Pantai Timur–suatu tradisi yang dilakukan para pelajar setiap musim perayaan.[1]
Kejadian
Bas persiaran yang disewa para pelajar bertolak dari Jerteh, Terengganu pada sekitar 9 malam pada 8 Jun. Pada sekitar 1:10 pagi di kawasan RPS Banun, Gerik, bas tersebut terlanggar bahagian belakang sebuah van Perodua Alza sebelum hilang kawalan lalu terbalik ke bahagian sisinya.[2] Para bomba tiba pada sekitar 2:05 pagi melibatkan 17 orang anggota dari pasukan bomba Gerik dan Jeli, di samping pasukan polis dan pertahanan awam.[3][4]
Mangsa
Keseluruhannya, kemalangan terbabit melibatkan 48 orang mangsa. Bas tersebut membawa 42 orang pelajar dan pemandu bas serta kelindannya manakala kereta yang terlanggar oleh bas itu membawa pasangan suami isteri berserta dua orang anak mereka. 13 orang pelajar meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua orang pelajar lagi meninggal di hospital.[5]
Rujukan
- ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (2025-06-09). "'Bas persiaran disewa atas inisiatif pelajar balik bercuti sempena Aidiladha, ia bukan bas UPSI' - Naib Canselor UPSI". Berita Harian. Dicapai pada 2025-06-09.
- ^ "Nahas UPSI: Bas langgar belakang Alza sebelum terbabas". Kosmo Digital. 2025-06-09. Dicapai pada 2025-06-09.
- ^ "Pelajar UPSI mangsa nahas di bawa ke Hospital Gerik". Berita Harian. 2025-06-09. Dicapai pada 2025-06-09.
- ^ "Gerik crash: Firefighters cut open bus to free victims, death toll at 15 [WATCH] | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). 2025-06-09. Dicapai pada 2025-06-09.
- ^ BERNAMA (2025-06-09). "Kronologi kemalangan bas ragut 15 nyawa pelajar UPSI". Harian Metro. Dicapai pada 2025-06-10.