Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 23 April 2024 |
Ringkasan | Perlanggaran di udara |
Tapak kejadian | Pangkalan TLDM Lumut, Lumut, Perak, Malaysia 4°13′19″N 100°36′18″E / 4.222°N 100.605°E |
Jumlah kematian | 10 |
Jumlah terselamat | 0 |
Pesawat pertama | |
Jenis | Eurocopter Fennec |
Pengendali | Tentera Laut Diraja Malaysia |
Kod pendaftaran | M502-6 |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Sitiawan |
Destinasi | Pangkalan TLDM Lumut |
Anak kapal | 3 |
Kematian | 3 |
Terselamat | 0 |
Pesawat kedua | |
Jenis | AgustaWestland AW139 |
Pengendali | Tentera Laut Diraja Malaysia |
Kod pendaftaran | M503-3 |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Sitiawan |
Destinasi | Pangkalan TLDM Lumut |
Anak kapal | 7 |
Kematian | 7 |
Terselamat | 0 |
Di darat | |
Kecederaan di darat | 1 |
Pada jam 9:32 pagi (Waktu Piawai Malaysia) 23 April 2024, dua helikopter ketenteraan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung di udara ketika raptai persembahan. Seramai 10 orang dalam kedua-dua helikopter maut dalam kejadian.
Latar belakang
Pada 23 April 2024, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak, sedang melaksanakan raptai sempena hari ulang tahun ke-90 TLDM. Kemalangan melibatkan sebuah helikopter Eurocopter Fennec dan sebuah helikopter AW139, kedua-duanya milik TLDM, dan berlepas dari Lapangan Terbang Sitiawan. Ketika raptai, kedua-dua helikopter hilang kawalan ketika ingin melatih raptai lintas hormat lalu berlanggar.[1] Helikopter Fennec kemudiannya terhempas di kompleks sukan TLDM, manakala AW139 pula terhempas di Stadium TLDM.[2]
Mangsa
10 orang tentera dalam kedua-dua helikopter terkorban ketika kejadian, dengan tiada penumpang yang terselamat. Mayat-mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hospital tentera Lumut, sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.[3] Di samping itu, seorang anggota TLDM di kolam renang berdekatan tercedera akibat terkena serpihan perlanggaran.[4]
Senarai nama mangsa nahas
AgustaWestland AW139 (M503-3)
- Komander Muhammad Firdaus bin Ramli
- Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin
- Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi
- Pegawai Waran III (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.
- Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi binti Mohd Saedy (Penumpang)
- Bintara Muda TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang)
- Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang)
Eurocopter Fennec (M502-6)
- Komander Muhamad Amir bin Mohamad TLDM - PM Skuadron 502.
- Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.
- Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.[5]
Rujukan
- ^ "TERKINI: 10 korban dua helikopter bertembung di Lumut". Berita Harian. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
- ^ "'Lambaian terakhir buat pesawat HOM-AW139'". Berita Harian. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
- ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (23 April 2024). "Nahas helikopter TLDM: Tujuh mangsa lelaki, tiga wanita, dibedah siasat di HRPB - Polis". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2024.
- ^ Nor Azizah Mokhtar (23 April 2024). "TERKINI: Anggota TLDM dalam kolam renang turut cedera terkena serpihan helikopter". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2024.
- ^ Reporters, F. M. T. (2024-04-23). "Navy reveals identities of Lumut helicopter crash victims". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-23.