Tariq Ismail Mustafa | |
---|---|
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU | |
Dalam jawatan 2016–2020 | |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Ketua Bahagian BERSATU Sri Gading | |
Dalam jawatan 2016–2020 | |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Parti Pejuang Tanah Air (2021-kini) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2016-2021) UMNO (-2016) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional Pakatan Harapan Gerakan Tanah Air |
Pertalian | Abdul Rahman Mohd Yassin (moyang) Ismail Abdul Rahman (datuk) Mohamed Tawfik Ismail (bapa saudara) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Saudara | Yassif Nagim (adik) Kamariah Shakirin (adik) Ismail Iskandar Wildan (adik) |
Tempat belajar | University of South Bank, London |
Pekerjaan | Ahli politik, Ahli perniagaan |
Tariq Ismail Mustafa merupakan seorang ahli politik dari BERSATU dan juga seorang ahli perniagaan. Beliau adalah cicit kepada Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama, Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin dan cucu kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.
Keluarga
Beliau adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik hasil perkongsian hidup pasangan Mustafa Najimudin dan Allahyarhamah Zailah Tun Dr. Ismail. Adik beradik beliau yang lain, termasuklah Yassif Nagim (adik lelaki), Kamariah Shakirin (adik perempuan) dan Ismail Iskandar Wildan (adik lelaki).[1]
Politik
Beliau telah menyertai BERSATU sejak awal penubuhannya, iaitu pada tahun 2016 lalu. Setelah menyertai parti tersebut, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.[2]
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, nama beliau telah digugurkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sri Gading atas alasan belum masanya lagi untuk beliau bertanding dan ingin menumpukan masa untuk keluarga.[3]