Tuanku Syed Sirajuddin توانكو سيد سراج الدين إبن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليل | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis | |||||||||
Raja Perlis VII | |||||||||
Pemerintahan | 17 April 2000 – kini (24 tahun, 7 bulan dan 17 hari) | ||||||||
Pertabalan | 7 Mei 2001 | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
Pewaris takhta | Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail | ||||||||
Yang di-Pertuan Agong XII | |||||||||
Pemerintahan | 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 (4 tahun, 11 bulan dan 29 hari) | ||||||||
Kemahkotaan | 25 April 2002 | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | ||||||||
Diikuti oleh | Sultan Mizan Zainal Abidin | ||||||||
Keputeraan | Arau, Perlis, Tanah Melayu | 17 Mei 1943 (umur 81 tahun, 6 bulan dan 17 hari)||||||||
Pasangan | Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (k. 1967) | ||||||||
Anakanda | |||||||||
| |||||||||
Kerabat | Jamalullail | ||||||||
Ayahanda | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
Bonda | Tengku Budriah | ||||||||
Agama | Islam Sunni |
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Jawi: توانكو سيد سراج الدين ابن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليل ) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 17 April 2000 hingga sekarang. Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan anakanda kedua daripada 10 putera dan puteri Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah.
Pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Baginda dimasyhurkan Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.
Kehidupan dan Pendidikan كهيدوڤن دان ڤنديديقن
[sunting | sunting sumber]Tuanku Syed Sirajuddin merupakan anakanda kedua daripada 10 putera dan puteri Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Almarhumah Tengku Budriah Tengku Ismail.
Baginda mempunyai salasilah keluarga yang berhubung dengan Nabi Muhammad SAW dari sebelah ayahanda baginda serta mempunyai darah keturunan Sultan Pattani dari sebelah bonda baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau (sehingga darjah dua) sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Wellesley Pulau Pinang kemudian ke Sekolah Rendah Westland Pulau Pinang dan Penang Free School sebelum melanjutkan pelajaran ke WellingboroughPublic School, England sehingga 1963.
Baginda telah menuntut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England mulai Januari 1964 sehingga tahun 1965 dan merupakan peminat kelab bolasepak Inggeris, Tottenham Hotspur.
Pemerintahan Perlis ڤمرينتاهن ڤرليس
[sunting | sunting sumber]Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.
Yang di-Pertuan Agong يڠ دڤرتوان اڬوڠ
[sunting | sunting sumber]Pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Perkhidmatan ڤرخدمتن
[sunting | sunting sumber]Baginda pernah memegang beberapa jawatan penting dalam bidang ketenteraan, antaranya Leftenan Muda Rejimen Kedua Pasukan Peninjau , Kapten Kehormat Rejimen Askar Wataniah, Kolonel Kehormat Rejimen 504 Pasukan Simpanan dan Kolonel kehormat Rejimen Renjer Malaysia.
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang تراسول، ڬلرن، كورنياءن دان لامبڠ
[sunting | sunting sumber]Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن
[sunting | sunting sumber]Gelaran hormat bagi Tuanku Syed Sirajuddin | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
- 17 Mei 1943 – 30 Oktober 1960 : Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail
- 30 Oktober 1960 – 17 April 2000 : Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis
- 17 April 2000 – 12 Disember 2001 : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis
- 12 Disember 2001 - 13 Disember 2006 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong XII
- 13 Disember 2006 - kini : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis
Gelaran penuh baginda ialah: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri.Sembilan), D.K (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L`Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L`Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra(Arab Saudi) , Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan), Tuanku Raja Perlis.
Kurniaan كورنياءن
[sunting | sunting sumber]Tuanku Syed Sirajuddin telah dikurniakan:[1]
Kurniaan Perlis كورنياءن ڤرليس
[sunting | sunting sumber]- Perlis :
- Darjah Kerabat Diraja Perlis (DKP)
- Darjah Kerabat Perlis Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail Yang Amat Dihormati (DK)
- Darjah Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (SSPJ)
- Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (SSSJ)
- Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (SPSJ)
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP)
Kurniaan Malaysia كورنياءن مليسيا
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM) (2002)
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) (2001) and Grand Master (13 December 2001 – 12 December 2006)
- Seri Maharaja Mangku Negara (13 December 2001 – 12 December 2006)
- Seri Setia Mahkota (13 December 2001 – 12 December 2006)
- Darjah Bakti (13 December 2001 – 12 December 2006)
- Panglima Jasa Negara (13 December 2001 – 12 December 2006)
- Panglima Setia Diraja (13 December 2001 – 12 December 2006)
- Pingat Jasa Malaysia (PJM, 17 April 2009)
- Johor :
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato'
- Kedah :
- Member of the Royal Family Order of Kedah (DK) (21 January 2002)
- Kelantan :
- Recipient of the Royal Family Order or Star of Yunus (DK) (2002)
- Negeri Sembilan :
- Member of the Royal Family Order of Negeri Sembilan (DKNS) (19 July 2001)
- Pahang :
- Member 1st class of the Family Order of the Crown of Indra of Pahang (DK I) (26 October 2005)
- Perak :
- Recipient of the Royal Family Order of Perak (DK)
- Grand Knight of the Order of Cura Si Manja Kini (the Perak Sword of State, SPCM)
- Selangor :
- First Class of the Royal Family Order of Selangor (DK I) (14 December 2002)
- Terengganu :
- Member second class of the Family Order of Terengganu (DK II)[1]
- Member Grand Companion of the Order of Sultan Mahmud I of Terengganu (SSMT) (8 October 1998)
Kurniaan asing كورنياءن اسيڠ
[sunting | sunting sumber]- Brunei : Recipient of the Royal Family Order of the Crown of Brunei (DKMB) (10 August 2002)
- Kemboja :
- Grand Collar of the National Order of Independence (16 December 2002)
- Grand Cross of the Royal Order of Cambodia (16 December 2002)
- Croatia : Recipient of the Grand Order of King Tomislav
- Perancis : Grand Croix of the National Order of the Legion of Honour (8 May 2004)
- Finland : Commander Grand Cross with Collar of Order of the White Rose of Finland (19 September 2005)
- Itali : Knight Grand Cross with Collar of the Order of Merit of the Italian Republic (9 June 2003)[2]
- Jepun :
- Collar of the Order of the Chrysanthemum (7 March 2005)
- Grand Cordon (or First class) of the Order of the Sacred Treasure (22 February 1970)
- Arab Saudi : Collar of Badr Chain[3]
- Singapura : Order of Temasek (DUT, 11 April 2005)
- Sweden : Knight of the Royal Order of the Seraphim (14 September 2005)[3]
- Syria : Order of Umayyad (7 May 2004)
Lihat juga ليهت جوݢ
[sunting | sunting sumber]Rujukan رجوكن
[sunting | sunting sumber]- ^ a b The Royal Ark, Perlis genealogical details, p.5
- ^ Quirinale website
- ^ a b List of Malay rulers (as of January 2013) with details of orders
Pautan luar ڤاوتن لوار
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail |
- BBC News - maklumat negara Malaysia
- UiTM Chancellor Diarkibkan 2005-12-18 di Wayback Machine - Canselor Universiti Teknologi MARA
Didahului oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Yang di-Pertuan Agong 2001-2006 |
Diikuti oleh: Sultan Mizan Zainal Abidin |
Didahului oleh Tuanku Syed Putra Jamalullail |
Raja Perlis 2000-kini |
Diikuti oleh: tiada |
- Raja Perlis
- Yang di-Pertuan Agong ke-12
- Orang hidup
- Kelahiran 1943
- Raja Muda Perlis
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati
- Canselor Universiti Sains Malaysia