Tanah Melayu jajahan Jepun Marai マライ | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1941–1945 | |||||||||||||
| |||||||||||||
Status | Pendudukan tentera oleh Empayar Jepun | ||||||||||||
Ibu negara | Kuala Lumpur (de facto) | ||||||||||||
Kerajaan | Pendudukan tentera | ||||||||||||
Era Sejarah | Perang Dunia II | ||||||||||||
• Perang Pasifik bermula | 8 Disember 1941a | ||||||||||||
• Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu | 8 Disember 1941 | ||||||||||||
• Tentera British berundur ke Singapura | 31 Januari 1942 | ||||||||||||
15 Ogos 1945 | |||||||||||||
• Pentadbiran Tentera British ditubuhkan | 12 September 1945 | ||||||||||||
• Pembentukan Malayan Union | 1 April 1946 | ||||||||||||
Mata wang | Dolar yang dikeluarkan Jepun ("Duit pisang") | ||||||||||||
| |||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Malaysia | ||||||||||||
|
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan juga merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini.
8 Disember - 18 Disember 1941
Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya serangan Pearl Harbor.[1] Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl ("Pearl Harbor") melalui udara.
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Kekurangan perlindungan udara dua-dua kapal ini memudahkan pesawat Jepun menyerang secara bergelombang sehingga berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut lalu menghalang kemaraanTentera Laut British dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menujui Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
19 Disember 1941 - 31 Januari 1942
Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran di Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur yang ditawan tentera Jepun pada 13 Januari.
Barisan pertahanan British ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur. Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia ditumpukan di tengah-tengah dan maju ke utara dari Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.
Pada 15 Januari, Divisyen Ke-15 yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan memaksa pasukan Australia berundur kembali ke Segamat. Tentera Jepun kemudiannya mara ke arah barat menuju ke arah Briged India Ke-45, dan dengan mudah mengalahkan mereka yang tidak berpengalaman dan masih mentah. Pihak British mengarah Batalion Ke-19 dan Ke-29 ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar.
Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari, dan di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh.. Pihak Berikat terpaksa berundur menyeberangi Tambak Johor ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.[2]
1 Februari - 15 Februari 1942
Lihat juga: Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu
Pihak Jepun menguasai angkasa dan mengebom Singapura secara bertalu-talu. Pemindahan orang awam berjalan, antaranya melalui kapal Felix Russell. Kapal itu berlayar pada 6 Februari dan berlabuh di Bombay, India, pada 22 Februari. Kapal lain seperti Empress Asia tidak begitu bernasib baik dan ditenggelamkan dalam perjalanan.
Divisyen Ke-18 British dan Divisyen Ke-11 India telah berundur ke Singapura secara berperingkat, bertempur kemudian berundur. Dalam proses tersebut, jumlah mereka berkurangan dengan banyaknya. Mereka digabung dengan unit lain dan ditempatkan di kawasan utara Singapura sepanjang persisiran timur laut. Penempatan meriam Jepun tersorok di dalam hutan berhadapan dengan Selat Johor. Meriam-meriam Jepun itu dapat dipindahkan dengan pantas melalui jalan yang baru dibina dalam hutan, dan dengan peta kedudukan musuh yang mereka memiliki, mampu bergerak dengan pantas ke kedudukan yang berkesan.B-3-1. Pada masa yang sama, pengeboman udara berterusan membakar kemudahan-kemudahan minyak yang dibimbangi akan dipergunakan untuk menjadikan Selat Johor sebagai lautan api.
Pada 7 Februari 1942, pihak Jepun memulakan serangan mereka ke atas Singapura dengan mendarat di pulau kecil Pulau Ubin bagi menumpukan tembakan kencang pada Changi. Di sebelah barat laut tentera Australia dibom. Pada 8 Februari, tentera Jepun menjajah melalui barat laut, dan pertempuran jarak dekat secara berhadapan berlaku. Pada sebelah pagi 10 Februari, tentera Jepun berjaya menjejakkan kaki di pulau Singapura. Di barat laut Singapura, Rejimen Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan bin Saidi dengan kelengkapan yang serba kekurangan, tetapi penuh bersemangat, berjuang menentangi bilangan musuh yang jauh lebih banyak daripada Divisyen Ke-18. 4PD2 .Mereka menentang sehingga ketitisan darah terakhir dan hampir keseluruhan anggota mereka terkorban. Tentera Jepun kemudiannya mara ke sasaran berikutnya, iaitu lapangan terbang Tengah. Ketika pertempuran merebut lapangan terbang tersebut berlaku, serangan baru Jepun bermula dari arah muara Kranji sehingga Tambak Johor. Dari lapangan terbang Tenrah, pasukan tentera Jepun bergerak ke selatan dan pada 10 Februari 1942, Bukit Timah diserang dan akhirnya ditawan pada 11 Februari.
Pihak Berikat terpaksa berundur ke bandar Singapura di mana mereka dibom tanpa kasihan oleh tentera Jepun. Pada 15 Februari, tentera Jepun menumpu ke bandar. Tentera Pihak Berikat terus bertempur dengan gigih, tetapi mendapati diri mereka berada dalam keadaan semakin terdesak. Akhirnya, arahan diberikan untuk Pihak Berikat menyerah tanpa syarat. Pada 6.10 petang 15 Februari 1942, Jeneral Arthur Ernest Percival menandatangani dokumen menyerah diri.
Rujukan
- ^ Burton 2006, p. 91. "The first major battle of the Pacific War was under way more than two hours before Japan's carrier planes descended on Hawaii."
- ^ 1942: Singapore forced to surrender. URL: http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/february/15/newsid_3529000/3529447.stm
- Halaman menggunakan kotak info negara atau kotak info bekas negara dengan parameter flag caption atau type
- Tanah Melayu British
- Sejarah ketenteraan Tanah Melayu semasa Perang Dunia II
- 1940-an di Tanah Melayu British
- Pendudukan Jepun
- Hubungan Jepun–Malaysia
- Negeri-negeri Melayu Bersekutu
- Bekas jajahan di Asia
- Sejarah ketenteraan Jepun semasa Perang Dunia II
- Sejarah ketenteraan Malaysia
- Penubuhan 1941 di Tanah Melayu British
- Pembubaran 1946 di Tanah Melayu British
- Sejarah ketenteraan Empayar British dan Komanwel dalam Perang Dunia II
- Tanah Melayu British dalam Perang Dunia II
- Bekas negara di Asia Tenggara