Tengku Fauziah | ||
---|---|---|
Raja Permaisuri Agong XII | ||
13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 | ||
Pertabalan | 25 April 2002 | |
Negeri | Perlis | |
Pendahulu | Tuanku Siti Aishah | |
Pengganti | Tuanku Nur Zahirah | |
Raja Perempuan Perlis | ||
17 April 2000 – kini | ||
Pertabalan | 14 Julai 2000 | |
Pendahulu | Tengku Budriah | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin | |
Kelahiran | 6 Jun 1946 | |
Kota Bharu, Kelantan | ||
Putera-Puteri | Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Sharifah Fazira |
Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (Jawi: تڠكو فوزيه بنت المرحوم تڠكو عبدالرشيد ) merupakan Raja Perempuan Perlis. Baginda diputerakan pada 6 Jun 1946. Baginda merupakan permaisuri kepada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Baginda juga merupakan kerabat Diraja Terengganu dan Kelantan.
Kehidupan awal
Tengku Fauziah ialah paduka puteri dan anakanda sulung daripada tiga orang adinda-beradinda kepada Almarhum Tengku Temenggong Abdul Rashid Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan isteri pertama baginda, Tengku Petri binti Almarhum Sultan Ibrahim. Bonda baginda ialah ahli kaum kerabat diraja Kelantan dari keturunan paduka ayahanda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan. Baginda diputerikan di Kota Bharu, Kelantan, Malaya pada 6 Jun 1946.[1]
Baginda dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan. Baginda menerima pelajaran di Zainab English School, Kota Bharu, Kelantan sehingga tahun 1963. Semasa di bangku sekolah baginda mengambil bahagian di dalam sukan termasuk bermain bola jaring dan rounders. Sebagai seorang pencinta seni, baginda seringkali mengambil bahagian di dalam pementasan dengan rakan-rakan. Baginda juga berminat dalam permainan tenis. Selain itu baginda gemar dalam bidang hiasan dalaman, masak memasak, menjahit, perkhidmatan sukarela dan bidang tarian Saudara Tengku Abdullah Tengku Abdul Rashid.
Perkahwinan dengan Tuanku Syed Sirajuddin
Pada tahun 1963 ketika berusia 17 tahun baginda telah ditunangkan dengan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Ketika itu DYMM Tuanku Syed Sirajuddin masih menuntut di England. Sejak bertunang baginda selalu berdamping mesra dengan Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra dan DYMM Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail pada masa itu bersemayam di Istana Negara, Kuala Lumpur sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Baginda turut bersemayam di Istana Negara dan kadangkala berangkat balik ke Kelantan. Pada tahun 1964, baginda berpeluang berangkat melawat Hong Kong.
Baginda berkahwin dengan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin pada 15 Februari 1967 dan 23 Oktober tahun yang sama baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri, S.P.M.P. oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Dalam tahun 1967, baginda telah melawat Bangkok. Baginda juga mengiringi DYMM Tuanku Syed Sirajuddin yang pada masa itu bertugas sebagai Pegawai dalam Pasukan Peninjau Malaysia di Pahang. Pada 30 Disember 1967 baginda dikurniakan seorang putera sulung yang diberi nama Syed Faizuddin Putra yang diputerakan di Hospital Besar Alor Setar.
Raja Puan Muda Perlis (1968–2000)
Pada 30 April 1968, DYMM Tengku Fauziah telah dianugerahkan gelaran Raja Puan Muda Perlis ketika berusia 22 tahun oleh Almarhum DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan sebutan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis.
Pada 31 Disember 1969 baginda bersama-sama DYMM Tunku Raja telah berangkat untuk bersemayam di Negeri Perlis.
Dalam menyumbangkan khidmat sukarela, baginda pernah dipilih sebagai Pengelola Rayuan Binaan Wisma Pahlawan Negeri Perlis pada 1 April 1970.
Selain itu baginda juga aktif dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan di negeri Perlis. Antaranya ialah sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Negeri Perlis, Naib Yang Dipertua Taman Asuhan Darul Farah Tengku Hajjah Budriah Perlis dan sebagai Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perlis.
Baginda telah dikurniakan seorang puteri bernama Sharifah Fazira yang dilahirkan di Hospital Besar Kangar pada 5 Jun 1973.
Sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Almarhum Tuanku Syed Putra, baginda sekali lagi dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (S.S.P.J.) pada tahun 1997.
Pada tahun 1999, baginda sekali lagi dianugerahkan Darjah Kerabat Negeri Perlis (D.K.) oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena Ulang tahun Keputeraan Baginda.
Raja Perempuan Perlis (2000–kini)
Setelah kemangkatan paduka ayahanda mentua baginda pada tahun 2000, baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Perempuan Perlis ketika berusia 54 tahun pada 14 Julai 2000.
Raja Permaisuri Agong XII (2001–2006)
Pada 13 Disember 2001, suami baginda dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sekali gus menjadikan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia pada 2 Mei 2000. Sebagai Raja Permaisuri Agong, baginda menjadi penaung diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia.[2]
Keberangkatan diraja
Baginda bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan anakanda baginda berangkat menunaikan Haji di Mekah pada tahun 2000. Baginda juga turut bersama-sama Seri Paduka Baginda Tuanku telah membuat lawatan ke United Kingdom, Perancis, Jerman, Denmark, Austria, Itali, Switzerland, Mesir, Sepanyol, Holland, Belgium, Thailand, Arab Saudi, Indonesia, Singapura, A.S., Argentina, Brazil, Chile, Sweden, Norway, Turki, Afrika Selatan, Filipina, Mexico, Maghribi dan Jepun.
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
Terasul dan gelaran
Gelaran hormat bagi Tuanku Tengku Fauziah | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tuanku |
Gaya pilihan | Raja Perempuan |
- 6 Jun 1946 – 29 April 1968 : Yang Mulia Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid
- 30 April 1968 – 16 April 2000 : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid, Raja Puan Muda Perlis
- 17 April 2000 – 12 Disember 2001 : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Hajah Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis
- 13 Disember 2001 – 12 December 2006 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XII Tuanku Tengku Hajah Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
- 13 Disember 2006 - kini : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Hajah Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis
Gelaran penuh baginda ialah: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Hajah Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, D.K.P., D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG), GRAND CROIX DE L’ORDER (ROYAL SASH) – CAMBODIA, KNIGHT OF THE ROYAL ORDER OF THE SERAPHIM (SWEDEN), THE ORDER OF THE SACRED TREASURE, GOLD AND SILVER STAR (JAPAN), Tuanku Raja Perempuan Perlis.
Kurniaan
Tuanku Tengku Fauziah telah dikurniakan:[3]
Kurniaan Perlis
- Perlis :
- Penerima Darjah Kerabat Diraja Perlis (DKP) (17 Mei 2016)
- Penerima Darjah Kerabat Perlis Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail Yang Amat Dihormati (DK) (1999)
- Sri Setia Sirajuddin Jamalullail Darjah Kebesaran Baginda Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Yang Amat Dihormati (SSPJ) (1997)
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Perlis Darjah Kebesaran Mahkota Perlis Yang Amat Mulia atau Bintang al-Safi (SPMP) (1967)
Kurniaan Malaysia
- Malaysia :
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) (2001)
- Johor :
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia (SPMJ) (sebelum 1967)
- Kelantan :
- Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati atau Bintang al-Yunusi (DK) (2004)
- Pahang :
- Ahli Darjah Yang Pertama Darjah Kerabat Sri Indra Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK I) (2005)
Kurniaan asing
- Itali : Grand Cross of the Order of Merit of the Italian Republic (9 Jun 2003)[4]
- Jepun :
- Grand Cordon of the Order of the Precious Crown (7 Mac 2005)
- Bintang Emas dan Perak (Darjah kedua) Order of the Sacred Treasure (22 Februari 1970)
- Kemboja : Grand Cross of the Royal Order of Cambodia (16 Disember 2002)
- Sepanyol: Dame Grand Cross of the Order of Isabella the Catholic (13 Mei 2004)
- Sweden: Member Grand Cross of the Royal Order of the Seraphim (14 September 2005)
Senama
- Hospital Tuanku Fauziah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah
- Muzium Tuanku Fauziah
- Yayasan Tuanku Fauziah
- Dataran Tuanku Fauziah, UiTM Shah Alam
- Durian ASFA50 (Anniversary Sirajuddin Fauziah of the 50th)[5]
- Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Paduka anakanda
DYMM Tuanku Tengku Fauziah dikurniakan seorang putera dan seorang puteri:
Nama | Keputeraan | Perkahwinan | Cucunda mereka | |
---|---|---|---|---|
Tarikh | Perkahwinan | |||
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis | 30 Disember 1967 | 9 Mei 1994 | DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah binti Datuk Khalil | YAM Sharifah Khatreena Nuraniah |
YAM Sharifah Farah Adriana | ||||
YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail | ||||
YAM Dato' Seri Sharifah Fazira, Tengku Puteri Mahkota Perlis | 5 Jun 1973 | 19 Mei 2000 | YBhg Dato' Paduka Haji Mohamad Yaacob bin Dato' Seri Azizul Hassan | Puteri Nurlin Syazwani |
Keturunan
Keturunan Tengku Fauziah
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Rujukan
- ^ "DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis". Portal Rasmi Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis. 14 November 2017. Dicapai pada 31 Mac 2018.
- ^ Amzan Abd. Malek, Hazira Hamzah A. (2007). Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Malaysia: PTS Media Group Sdn Bhd. m/s. 16. ISBN 978-983-3585-93-9.
- ^ The Royal Ark, Perlis genealogical details, p.5
- ^ Quirinale website
- ^ "Jaga-Jaga… ASFA50 Bakal Cabar Musang King!". MYNeWSHUB. 29 November 2017. Dicapai pada 31 Mac 2018.
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail |
Raja Perempuan Perlis 2000–kini |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman (Tengku Permaisuri Selangor) |
Raja Permaisuri Agong 2001–2006 |
Diikuti oleh: Tuanku Nur Zahirah (Sultanah Terengganu) |
Susunan keutamaan di Malaysia | ||
Didahului oleh Sultanah Terengganu |
Raja Perempuan sebagai Raja Perempuan Perlis |
Diikuti oleh: Tengku Permaisuri Selangor |