Bandar Sarikei | |
---|---|
Nama panggilan: Bandar Nanas | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Sarikei |
Daerah | Daerah Sarikei |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Sarikei |
• Pengerusi Majlis Daerah | Cr. Chan Phan Chan |
• Residen | Michael Dawi |
Keluasan | |
• Jumlah | 985 km2 (380 batu persegi) |
Penduduk (2010[1]) | |
• Jumlah | 56,798 |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Poskod | 96100 |
Kod panggilan negara | +6084 (talian tetap sahaja) |
Kawasan Kejiranan | Julau dan Pakan |
Awalan plet lesen | QR (untuk semua kenderaan kecuali teksi) |
Laman sesawang | www |
Sarikei merupakan sebuah bandar yang terletak di wilayah Sarawak, Malaysia. Bandar Sarikei merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Sarikei dan Bahagian Sarikei. Bandar Sarikei terletak di tepi sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sarikei didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melanau dan Melayu.
Pekan-pekan yang berdekatan dengan Sarikei termasuklah Pakan, Bintangor, Jaka, Belawai dan Tanjung Manis. Kedudukan bandar Sarikei di tengah-tengah menjadikannya bandar persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu yang dihubungi melalui jalan raya ataupun melalui pengangkutan sungai dengan menaiki bot ekspres. Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas awam dari Kuching ke Sarikei dan seterusnya ke Sibu.
Sarikei amat sinonim dengan produk tanaman buah nenas Sarikei. Selain daripada itu, Sarikei juga terkenal dengan hasil buah dabai dan buah durian. Bandar ini menjadi pusat pemasaran sesar unjur, sejenis makanan popular di kalangan kaum Melanau.
Pautan luar
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Dicapai pada 2011-01-24.