YB Senator Tan Sri Dato' Dr. Mohamed Haniffa Abdullah PSM, PJN; DIMP (Pahang); MBBS (Tanjor) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 29 September 2022 – 28 September 2025 | |
Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial | |
Dalam jawatan 15 Jun 2020 – 3 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | |
Menteri | Saravan Murugan |
Didahului oleh | Aseh Che Mat |
Digantikan oleh | Subahan Kamal |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohamed Haniffa bin Abdullah 1949 (umur 75–76) |
Parti politik | Bebas |
Pasangan | Puan Sri Datin Dr. Mumtaz Begum |
Anak |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Tan Sri Dato' Dr. Mohamed Haniffa Haji Abdullah adalah seorang pegawai perubatan, pegawai perkhidmatan awam dan ahli politik keterunan India dari malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili Barisan Nasional- Kongres India Malaysia (MIC), dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bermula 20 September 2022 hingga 19 September 2025 [1][2] Beliau merupakan pengasas MAHSA University.[3] Beliau juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial menggantikan Aseh Che Mat.[4] Selain daripada itu, beliau juga merupakan Ahli Majlis Agensi Kelayakan Malaysia.[5]
Kehidupan Pribadi
Dr. Haniffa berkahwin dengan Puan Sri Datin Dr. Mumtaz Begum dan mereka mempunyai seorang anak, Dato' Dr. Shahril Dato' Sharon. Beliau menetap di Klang, Selangor
Kerjaya
Dilahirkan pada tahun 1949, Dr. Haniffa memperoleh ijazah perubatan dari Universiti Madras, India. Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan di Hospital Klang dan Hospital Sabak Bernam . Pada tahun 2004, beliau mengasaskan MAHSA College, yang kini dikenali sebagai MAHSA University, sebuah institusi pendidikan tinggi yang terkenal dalam bidang sains kesihatan dan perubatan.
Selain daripada peranan akademik, Dr. Haniffa juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pengerusi Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) . Beliau turut berkhidmat sebagai Ahli Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), yang bertanggungjawab dalam penilaian dan akreditasi program pendidikan tinggi di negara ini
Legasi
Sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, sebuah bangunan di MAHSA University telah dinamakan sempena nama beliau, menandakan penghormatan tertinggi daripada institusi yang diasaskannya
Penghargaan
Senarai darjah kebesaran yang diterima[6]
Malaysia
Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri (2015)
Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk (2002)
Pahang
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (1998)