| Intisari badan Berkanun | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 November 2007 |
| Jenis | Badan Berkanun |
| Ibu pejabat | No. 3539, Jalan Teknokrat 7, Cyber 5 63000, Cyberjaya Selangor Darul Ehsan |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif badan Berkanun |
|
Agensi induk | Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia |
Laman sesawang | www.mqa.gov.my |

Agensi Kelayakan Malaysia ialah sebuah badan berkanun di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 untuk mengakreditasi program akademik yang ditawarkan oleh institusi pendidikan pasca menengah atau pengajian tinggi, serta memudahkan pengakreditan dan artikulasi kelayakan.
Bagi menjamin pertumbuhan pendidikan tinggi swasta ini dilaksanakan secara lancar, Parlimen telah meluluskan dua akta yang berkaitan pada tahun 1996, iaitu Akta Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara (Akta 556).
Penubuhan MQA
Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.
Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.
Berikutan penubuhan MQA, LAN telah dibubarkan dan kakitangannya diserapkan ke dalam MQA.
Fungsi
Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara. Antara fungsi lainnya ialah:
- Melaksanakan MQF sebagai titik rujukan untuk kelayakan Malaysia
- Membangunkan piawaian, kredit dan instrumen relevan lain sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan dengan kerjasama pemegang kepentingan
- Menjamin kualiti institusi pendidikan tinggi dan program pengajian
- Mengakreditasi kursus yang memenuhi kriteria dan piawaian yang ditetapkan
- Memudahkan pengiktirafan dan artikulasi kelayakan
- Menyelenggara Daftar Kelayakan Malaysia (MQR)
Selain itu, MQA juga menilai kelayakan asing dan menentukan kesetaraannya dengan kelayakan persekolahan menengah dan pra-universiti Malaysia.
Majlis MQA
Keahlian Majlis MQA adalah seperti berikut:
- (a) Pengerusi; YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman
- (b) Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia; Dato’ Dr. Rahmah binti Mohamed
- (c) Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi atau wakilnya;
- (d) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya;
- (e) Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia atau wakilnya;
- (f) Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam atau wakilnya;
- (g) Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidikan Tinggi atau wakilnya;
- (h) seorang wakil pemberi pendidikan tinggi awam
- (i) seorang wakil pemberi pendidikan tinggi swasta; dan
- (j) lapan orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan khas, pengalaman dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan tinggi atau pekerjaan, sekurang- kurangnya dua orang daripadanya hendaklah daripada badan profesional
Ahli-ahli Majlis adalah dilantik oleh Y. B. Menteri kecuali ahli di bawah perenggan (b) hingga (g).
Lihat juga
Pautan luar
- Laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia Diarkibkan 2014-10-11 di Wayback Machine








