Ishsam Shahruddin | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Ayer Kuning | |
Dalam jawatan 19 November 2022 – 22 Februari 2025 | |
Didahului oleh | Samsudin Abu Hassan (BN–UMNO) |
Digantikan oleh | Mohamad Yusri Bakir (BN–UMNO) |
Majoriti | 2,213 (2022) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ishsam bin Shahruddin 31 Ogos 1966 ![]() ![]() |
Meninggal dunia | 22 Februari 2025![]() ![]() | (umur 58)
Cause of death | Sindrom koronari akut |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh, Perak, Malaysia |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Pasangan | Rozlita Abdullah |
Anak | 4 (termasuk Muhammad Iszul Imadi) |
Kediaman | Desa Seri Ampang, Ipoh, Perak (persendirian) Sungkai, Batang Padang, Perak (kampung halaman) |
Pekerjaan |
|
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1984–1990 | Perak | ||
1991 | Negeri Sembilan | ||
1992–1997 | Perak | ||
Pasukan kebangsaan | |||
1987 | Malaysia | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Ishsam Shahruddin (31 Ogos 1966 – 22 Februari 2025) merupakan seorang ahli politik, pemain bola sepak, ahli perniagaan dan kontraktor Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Ayer Kuning dari November 2022 sehingga kematiannya ketika masih memegang jawatan pada Februari 2025. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau juga merupakan Ketua Bahagian BN dan UMNO bagi Tapah, jawatan yang dipegangnya sejak 2018 sehingga pemergiannya secara mengejut ketika masih dalam perkhidmatan.[1] Beliau merupakan ADUN Ayer Kuning yang berkhidmat untuk tempoh paling singkat, iaitu selama sedikit lebih daripada dua tahun tiga bulan.
Kerjaya pasukan
Sepanjang kebanyakan kerjayanya dalam bola sepak, Ishsam bermain bersama Perak FA, kecuali untuk satu musim bersama Negeri Sembilan FA. Bersama Perak, Ishsam memenangi Piala FA Malaysia yang pertama pada tahun 1990.
Selepas bersara daripada bola sepak, Ishsam menjadi seorang ahli politik, ahli perniagaan dan kontraktor.[2] Ishsam kemudiannya kembali ke Perak FA sebagai Naib Presiden dan Penolong Pengurus Pasukan.[3] Ishsam juga merupakan Pengurus Pasukan Bawah 23 Tahun Perak FA untuk Piala Presiden Malaysia.[4]
Kerjaya antarabangsa
Ishsam pernah bermain untuk Malaysia pada tahun 1987.
Kematian
Pada 22 Februari 2025, Ishsam rebah dan tidak sedarkan diri pada pukul 5.20 petang di Stadium Bandaraya di Georgetown, Pulau Pinang. Ketika itu, beliau sedang berehat selepas menyertai perlawanan persahabatan empat penjuru Piala Bola Sepak Ketua Menteri Pulau Pinang menentang Kedah Darul Aman F.C. selama 25 minit serta berjabat tangan dan menyapa pemain-pemain lain di tepi padang. Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia sedikit selepas sejam kemudian pada pukul 6.28 petang. Jenazah beliau kemudiannya dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HPP selepas proses bedah siasat, lalu dibawa ke kediamannya di Desa Seri Ampang, Ipoh, Perak untuk dimandikan dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh, Perak pada pukul 10 pagi keesokan harinya, 23 Februari 2025. Punca kematian beliau disahkan sebagai sindrom koronari akut. Susulan kematiannya, pilihan raya kecil Ayer Kuning telah diadakan pada 26 April 2025 bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning yang baharu sebagai penggantinya. Mohamad Yusri Bakir, Setiausaha Bahagian BN dan UMNO Tapah, memenangi kerusi tersebut selepas menewaskan Abdul Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (PN) dan Bawani Kaniapan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti sebanyak 5,006 undi.[5]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | N48 Ayer Kuning | Ishsam Shahruddin (UMNO) | 9,088 | 38.73% | Mohd Nazri Hashim (AMANAH) | 6,875 | 29.30% | 23,906 | 2,213 | 74.85% | ||
Muhamamd Noor Farid Zainal (PAS) | 6,812 | 29.03% | ||||||||||
Bawani Kaniapan (PSM) | 586 | 2.50% | ||||||||||
Maziah Salim (PEJUANG) | 105 | 0.45% |
Anugerah
Rujukan
- ^ Ayer Kuning assemblyman Ishsam Shahruddin dies after collapsing during football event in Penang
- ^ "Berita Harian | Pro & Kontra: Isham contoh bekas pemain kenang budi". www.bharian.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2013.
- ^ "Kosmo! Online - Sukan". www.kosmo.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2012.
- ^ my.news.yahoo.com/football-corruption-scandal-contaminates-clean-players-111622675--spt.html
- ^ "Barisan retains Ayer Kuning with 11,065 votes". The Star. 27 April 2025. Dicapai pada 30 April 2025.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
- ^ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.
- ^ "CARIAN REKOD PENERIMA DARJAH KEBESARAN/PINGAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN". pingat.perak.gov.my.
Pautan luar
- Isham Shahruddin interview at Yob4Ever Diarkibkan 2013-12-21 di Wayback Machine