Nama penuh | Pasukan Bola Sepak Kelantan (Kelantan FA) | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Red Fighters (TRF) | |||
Diasaskan | 1946 2021 sebagai Kelantan FC 2024 sebagai Kelantan FA | sebagai KAFA (Kelantan FA)|||
Dimansuhkan | 2024 (Kelantan FC) | |||
Stadium | Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan (Kapasiti: 30 000) | |||
Pemilik | Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) | |||
Ketua | Dato' Azmi Ariffin | |||
Jurulatih | Ariff Hashim | |||
Liga | Piala Presiden Malaysia | |||
2024 | Piala Presiden Malaysia 2024 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
|
Pasukan Bola Sepak Kelantan[1](Inggeris: Kelantan Football Club) merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Malaysia yang dimiliki oleh Norizam Tukiman. Pasukan ini mendapat saingan peminat dengan Kelantan Darul Naim F.C. yang mana membawa nama Kelantan.
Pasukan ini lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pada musim 2023, pasukan ini kembali bersaing dalam Liga Super Malaysia 2023 namun pada tahun 2024, Kelantan F.C. gagal membayar gaji pemain yang menyebabkan Kelantan F.C. disekat bermain di Liga Super.
Mulai musim 2024 Kelantan FA kembali sertai Piala Presiden dan Piala Belia
Sejarah Pasukan Kelantan FA
Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1946 namun rekod mencatatkan Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan sudah wujud seawal tahun 1889, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia.
Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990. Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.
Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu. Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.
Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun Kelantan gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.
Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja. Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.[2]
Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar.[3]
Era Kebangkitan Kelantan FA
Dari segi pencapaian, Kelantan FA bergelar Naib Juara Piala Malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan FA pada tahun 2009. Pada tahun sama Kelantan FA juga muncul Naib Juara Piala FA apabila kalah kepada Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1-4. Manakala selang setahun kemudian, Kelantan FA berupaya mendapat tempat Naib Juara Liga Super 2010 dan seterusnya tahun 2010 juga menyaksikan kejayaan bersejarah buat Kelantan FA apabila dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia setelah menundukkan Negeri Sembilan FA 2-1 dalam perlawanan akhir. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 6 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009, 2010, 2012 dan terbaru 2013.
Era Ketua Jurulatih Peter James Butler
Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 1990-an, pasukan Kelantan FA berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam Liga bola sepak Malaysia. Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama. Meskipun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.
Kelantan kembali semula menggunakan khidmat beliau pada musim 2012 selepas pengunduran Datuk M. Karathu pada akhir 2011.
Era Ketua Jurulatih B.Sathianathan
Kelantan FA dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua jurulatih, Peter James Butler seminggu sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia edisi 2009. Namun begitu pihak pengurusan pasukan berjaya mengatasi masalah yang berlaku dan melantik bekas pengendali pasukan kebangsaan, B.Sathianathan dalam meneruskan kempen Piala Malaysia. Beliau berjaya membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan sebelum tewas 1-3. Tahun 2010, B.Sathianathan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan bagi menghadapi musim Liga Malaysia tahun 2010 dan meraih kejayaan kepada pasukan dan negeri Kelantan dalam merangkul piala-piala yang dipertandingkan. Langkah yang diambil, beliau membawa masuk bekas pemain kebangsaan, seperti Akmal Rizal dan Hairuddin Omar. Namun begitu, beliau gagal membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final Piala FA edisi ke 21 musim 2010 apabila tewas kepada bekas Juara Double Treble, Kedah melalui penentuan jaringan di tempat lawan, keadaan ini menyebabkan para penyokong mula hilang kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi pasukan ini dalam meneruskan kempen Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim 2010 dan mendesak beliau agar meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih. Namun, beliau berjaya membawa Kelantan meraih trofi Piala Malaysia pertama mereka pada perlawanan penuh dramatik. Beliau akhir digantung 6 bulan akibat membuat kenyataan akhbar tentang mutu beberapa perlawanan.[4][5]
Era Datuk M.Karathu
Sepanjang tempoh penggantungan B. Sathianathan, pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menandatangani bekas pengendali Perak, Datuk M. Karathu[6]. Dibawah kendalian beliau, Kelantan berjaya merangkul Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya. Walaupun tonggak yang dibawa oleh B. Sathianathan telah pergi ke pasukan lain, dan kehilangan trio kontroversi (Indraputra, Azizi dan Norfarhan) ke T-Team, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Super Malaysia 2011 dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011, tewas kepada Terengganu. Mereka tidak berjaya mengulangi kejayaan musim lalu, apabila sekadar mara pada suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka tewas kepada lawan yang sama pada Piala FA 2011. Selepas itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Alasan yang diberikan ialah beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga[7]. Kejayaan beliau bersama Kelantan mengulangi sejarah beliau bersama Kelantan pada 1993, iaitu separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.
Kembalinya Peter Butler, Saingan Piala AFC
Selepas teka-teki pengganti Datuk M. Karathu berputar, akhirnya Peter Butler kembali[8] melatih Kelantan. Dengan pemain import dibenarkan beraksi, beliau membawa masuk penjaring terbanyak Piala AFC 2007, Mohammed Ghaddar, membarisi skuad tahun 2012. Selain itu, beliau membawa masuk trio kontroversi ke Kelantan. Mereka tidak berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan. Walaupun berjaya membawa Kelantan mendahului Liga Super untuk lapan perlawanan, beliau direhatkan[9] akibat mengkritik campurtangan pengurusan dalam memilih pemain import tanpa beliau[10]. Dalam mereka menghadapi Piala AFC 2012, tugas itu dipegang oleh pembantunya, Zahasmi. Selepas sesi perbincangan dengan pengurusan tentang nasib beliau[11], akhirnya beliau dilepaskan dari jawatannya[12]. Pihak pengurusan membayar ganti rugi mengikut kontrak.
Era Bojan Hodak
Semasa Peter Butler masih menjadi ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012 dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army). Namun setelah pengunduran Butler, beliau dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan FA.[13]
Bojan Hodak telah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA buat kali pertama dengan mengalahkan pasukan Sime Darby pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar dengan sepakan penalti. Seterusnya, Bojan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi Kelantan pada musim sebelumnya.[14]
Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 [15] di Stadium Shah Alam.
Stadium
Padang Bola Sepak Tertua Di Malaysia
Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan merupakan padang bola sepak tertua di Negara Malaysia dan mungkin tertua di benua Asia kalau mengikut usia penggunaan padang tersebut. Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mula digunakan pada tahun 1946 iaitu setelah penubuhan Kelantan Amatur Football Association "KAFA" pada tahun yang sama. Ketika itu dikenali sebagai Padang KAFA dan digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak antara Pasukan Kelantan FA setiap kali beraksi. Pada tahun 1965, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk membina sebuah stadium bagi kegunaan Pasukan Kelantan FA beraksi dalam suasana yang selesa dan juga untuk golongan belia dan orang ramai untuk beriadah dan bersukan. Pembinaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menelan belanja sekitar RM 1.7 Juta ketika itu. Selepas terbinanya stadium ini, padang KAFA ditukar nama kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV seterusnya menjadi "Gelanggang Keramat" buat Pasukan Kelantan FA beraksi dalam pentas bola sepak negara sehingga sekarang.
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV: Stadium Keramat Pahlawan Merah
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan venue perlawanan bagi pasukan Kelantan. Stadium ini boleh menampung jumlah penonton seramai 30,000 dalam satu-satu masa. Dalam saingan Liga Super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi setiap sudut dan ruang di stadium ini. Pasukan Kelantan tidak pernah kalah kepada pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini, walau bagaimanapun rekod tanpa kalah pasukan Kelantan di stadium keramat ini lebur di tangan pasukan Terengganu FA dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.
Papan Markah Elektronik bagi saingan Piala AFC
Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini digunakan pertama kali semasa perlawanan antarabangsa peringkat Suku Akhir Piala AFC menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu adalah sumbangan Jabatan Perdana Menteri selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan. Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.[16]
Stadium Baru
Bagi memenuhi keperluan yang terdesak pada masa kini, Persatuan Bola Sepak Amatur Kelatan (KAFA) telah mengumumkan perlunya sebuah stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas moden. Justeru itu pihak KAFA telah mengemukakan satu permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan dana kewangan untuk membina sebuah stadium baru yang mungkin dibina di Mukim Gading Galoh Jajahan Machang.
Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut mengemukakan permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. Jika kedua-duanya mendapat kelulusan pihak unit perancangan ekonomi negara, Negeri Kelantan bakal memiliki tiga buah stadium pada masa yang akan datang.
Pahlawan Merah (Penyokong Fanatik Kelantan FA)
Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka. Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah". Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946. Kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan Kelantan FA dan menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Kelantan FA. Para penyokong ini dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan FA.
Tragedi 9 April 2009
Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan. Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Mohd Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zaquan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.
Setelah tamat permainan, keadaan dalam stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga diarah keluar oleh pihak polis yang mengawal permainan pada malam itu. Namun di luar stadium hampir 2,000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan stadium dengan membakar kenderaan pasukan polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. Seramai 100 orang anggota polis dan anti rusuhan telah diarahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu.
Akibat kejadian yang berlaku, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih stadium berkecuali Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku. Penyokong fanatik tetap teguh berdiri di belakang Tan Sri Annuar Musa dengan tidak berbelah bagi tanda 100% untuk Kelantan FA, jadi penyokong semua berilah kerjasama untuk kelab kesayangan kita untuk terus maju dibawah Tan Sri Annuar Musa.
Rusuhan Di Stadium Nasional Bukit Jalil (Final Piala Malaysia 2009)
Kekalahan pasukan Kelantan FA kepada pasukan Negeri Sembilan FA dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan penyokong pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi penonton. Kejadian ini mengakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM34,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Musuh Tradisi dan Utama (Derby)
Pasukan Bolasepak Negeri Terengganu Darul Iman (PBSNT) merupakan seteru tradisi bagi Pasukan Bolasepak Amatur Kelantan. Pertembungan dua musuh berjiran ini dikenali sebagai pertembungan "East Coast Derby" bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahang pertembungan kedua-dua pasukan ini turut menular di kalangan para penyokong kedua-dua pasukan yang sentiasa menghidangkan aksi-aksi tegang kedua-dua pasukan mahupun para penyokong mereka.
Namun bermulanya era kebangkitan mereka (2009-kini), pasukan ini merupakan pencabar bagi skuad-skuad yang baru naik sepanjang musim bola sepak. Pada 2009-2010 menyaksikan Selangor FA sebagai musuh utama bagi pasukan Kelantan FA dalam kancah saingan Liga Domestik, baik dari Liga Super, kempen Piala FA ataupun Piala Malaysia. Pertembungan musuh terkuat dalam saingan Liga Malaysia ini menyajikan aksi-aksi yang dramatik antara kedua-dua pasukan dan turut membabitkan para penyokong bagi kedua-dua pasukan ini. Pertembungan ini masih berlarutan sehingga 2011.
Pada 2012, ATM FA menjadi pesaing utama mereka. Dalam kempen Piala Malaysia 2010, mereka bersaing dalam kumpulan B dan akhirnya berlarutan sehingga perlawanan akhir. Pada 2013, kehadiran JDT yang dibarisi bekas pemain Kelantan (Norshahrul Idlan dan Nurul Azwan Roya) serta pemain-pemain kebangsaan (Safiq Rahim, Aidil Zafuan) dan pemain antarabangsa (Daniel Guiza, Simone Del Nero) menyaksikan pertembungan menarik antara kedua-dua pasukan. Perlawanan akhir Piala FA menyaksikan pertembungan kedua-dua musuh utama ini.
Liga Kelantan
Piala Presiden KAFA
Pasukan | Tempat |
---|---|
New City FC | Kota Bharu |
Bachok FC | Bachok |
Tumpat FC | Tumpat |
Whitesand FC | Pasir Puteh |
Goldensand FC | Pasir Mas |
Red Land FC | Tanah Merah |
Machangster FC | Machang |
Krai FC | Kuala Krai |
Jeli FC | Jeli |
Wolves FC | Gua Musang |
Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Kafa yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) disertai oleh 10 pasukan daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) di negeri ini.
Syarat penting bagi kejohanan ini ialah setiap pasukan perlu mendaftarkan sekurang-kurang lima pemain bawah umur 20 tahun. Setiap pasukan boleh mendaftar seramai empat pegawai pasukan sementara jumlah pemain yang boleh didaftarkan ialah antara 18 hingga 22 orang. Pemain yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana yang masih dalam pendaftaran FAM tidak dibenarkan beraksi. Sementara pemain Piala Presiden yang bermain atau berlatih dengan pasukan Liga Super atau Liga Perdana juga tidak dibenarkan beraksi. Sementara itu, pemain yang sedang mewakili pasukan dalam Kejohanan Liga Antara Kelab boleh didaftarkan dengan menggunakan nombor lesen asal dan bebas mewakili mana-mana PBJ.
Setiap jurulatih pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Lesen C daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Format pertandingan ialah liga akan dijalankan satu pusingan membabitkan lima pasukan bagi setiap kumpulan. Pusingan seterusnya dijalankan secara kalah mati. Hadiah wang tunai RM20,000 bakal menanti kepada pasukan yang muncul juara pada kejohanan ini, sementara naib juara akan meraih RM10,000. Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang RM5,000 dan RM2,000.
Piala Menteri Besar Kelantan (Piala Tok Guru)
Disamping kejohanan Piala Presiden KAFA, Liga Kelantan turut memperkenalkan Piala Menteri Besar atau dikenali juga Piala Tok Guru dalam memeriahkan lagi sukan bola sepak di Negeri Kelantan Darul Naim.
Piala MB akan diadakan pada akhir tahun. Sebanyak 24 pasukan akan berentap merebut Piala MB. Johan piala tersebut akan menerima hadiah sebanyak RM5,000, naib johan (RM3,000) dan ketiga (RM1,500). [17]
Liga Bola Sepak Remaja
Disamping kerancakkan Liga Kelantan, Negeri Kelantan Darul Naim turut memperkenalkan Liga Bola Sepak Remaja bagi mengasah bakat dan skil permainan bola sepak dalam kalangan golongan Remaja dan Belia di Negeri ini. Liga Bola Sepak Remaja ini ditubuhkan di setiap Jajahan di Negeri Kelantan dalam mencari dan mencungkil bakat bola sepak di peringkat akar umbi. Program ini mendapat sokongan padu dari Pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim apabila Pihak Kerajaan Negeri telah menubuhkan Akademi Bola Sepak Darul Naim dalam mencari bakat dan mempertingkatkan lagi mutu permainan bola sepak di Negeri ini.
Pencapaian
Domestik
Kejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Liga Malaysia / Liga Semi-Pro Divisyen 1 / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super * Liga Tahap Satu |
2011, 2012 (2x) | 2010 |
Liga Semi-Pro Divisyen 2 / Liga Perdana 2 / Liga Premier * Liga Tahap Dua |
2000 | |
Piala FAM * Liga Tahap Tiga |
1953, 1954, 2005 (3x) | 1963, 1971, 1972 (3x) |
Piala Malaysia | 2010, 2012 (2x) | 1955, 1970, 2009, 2013 (4x) |
Piala FA | 2012, 2013 (2x) | 2009, 2011, 2015 (x3) |
Piala Sumbangsih | 2011 | 2012, 2013 (2x) |
Belia
Kejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Piala Presiden | 1985, 1995, 2005, 2011, 2013, 2015, 2016 (7x) | 1988, 2003, 2007 (3x) |
Piala Belia | 2008, 2014 (2x) | 2013 |
Antarabangsa
Tahun | Kejohanan | Jaringan | Lawan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Piala AFC | 0-2 | Kitchee | Pusingan Ke-2 |
2012 | Piala AFC | 1-5 & 1-1 (Kalah Agregat 2-6) |
Arbil SC | Suku Akhir |
2011 | Unity Cup | 1-1 & 2-3 (Kalah Agregat 3-4) |
Persebaya Surabaya | Perlawanan Persahabatan |
Rekod kejayaan
- Untuk musim 2015, sila lihat rencana Kelantan FA musim 2015
Tahun | Liga | Piala | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No | Divisyen | P | M | S | K | J | B | Mt | Sumbangsih | FA | Malaysia | AFC | |
2020 | Liga Premier | 6 | – | – | |||||||||
2019 | 10 | Liga Premier | 20 | 4 | 8 | 8 | 23 | 32 | 17 | – | Pusingan 2 | Peringkat Kumpulan | – |
2018 | 11 | Liga Super | 22 | 5 | 3 | 14 | 20 | 43 | 18 | – | Pusingan 3 | Peringkat Kumpulan | – |
2017 | 10 | Liga Super | 22 | 7 | 4 | 11 | 31 | 39 | 22 | – | Pusingan 2 | Peringkat Kumpulan | – |
2016 | 4 | Liga Super | 22 | 7 | 8 | 7 | 37 | 33 | 29 | – | Pusingan 3 | Suku Akhir | – |
2015 | 9 | Liga Super | 22 | 8 | 4 | 10 | 34 | 38 | 28 | – | Naib Juara | Peringkat Kumpulan | – |
2014 | 6 | Liga Super | 22 | 10 | 1 | 11 | 26 | 29 | 31 | – | Separuh Akhir | Suku Akhir | Peringkat Kumpulan |
2013 | 4 | Liga Super | 22 | 10 | 6 | 6 | 32 | 20 | 36 | Naib Juara | Juara | Naib Juara | R16 |
2012 | 1 | Liga Super | 26 | 18 | 6 | 2 | 53 | 18 | 60 | Naib Juara | Juara | Juara | Suku Akhir |
2011 | 1 | Liga Super | 26 | 17 | 5 | 4 | 52 | 21 | 56 | Juara | Naib Juara | Suku Akhir | – |
2010 | 2 | Liga Super | 26 | 17 | 8 | 1 | 50 | 14 | 59 | – | Pusingan 2 | Juara | – |
2009 | 6 | Liga Super | 26 | 14 | 2 | 10 | 49 | 36 | 44 | – | Naib Juara | Naib Juara | – |
2008 | 3 | Liga Premier | 24 | 16 | 5 | 3 | 59 | 30 | 53 | – | Pusingan 1 | Peringkat Kumpulan | – |
2007 | 8 | Liga Premier | 20 | 4 | 8 | 8 | 23 | 31 | 20 | – | Pusingan 2 | Peringkat Kumpulan | – |
2006 | 5 | Liga Premier A | 21 | 7 | 5 | 9 | 33 | 35 | 26 | – | Pusingan 2 | Tidak Layak | – |
2005 | Piala FAM (Juara) | – | Suku Akhir | Tidak Layak | – | ||||||||
2004 | 9 | Liga Premier B | 24 | 1 | 7 | 16 | 13 | 42 | 10 | – | Pusingan 1 | Tidak Layak | – |
2003 | 10 | Liga Perdana 1 | 24 | 7 | 7 | 10 | 31 | 52 | 28 | – | Pusingan 1 | Peringkat Kumpulan | * mula dipertandingkan bermula 2004 |
2002 | 10 | Liga Perdana 1 | 26 | 9 | 3 | 14 | 29 | 41 | 30 | – | Pusingan 2 | Peringkat Kumpulan | |
2001 | 3 | Liga Perdana 1 | 22 | 11 | 5 | 6 | 33 | 21 | 38 | – | Pusingan 1 | Separuh Akhir | |
2000 | 1 | Liga Perdana 2 | 18 | 10 | 6 | 2 | 48 | 21 | 36 | – | Pusingan 2 | Suku Akhir | |
1999 | 5 | Liga Perdana 2 | 18 | 7 | 5 | 6 | 23 | 26 | 29 | – | Suku Akhir | Tidak Layak | |
1998 | 3 | Liga Perdana 2 | 14 | 6 | 6 | 2 | 20 | 16 | 24 | – | Pusingan 2 | Tidak Layak | |
1997 | 13 | Liga Perdana | 28 | 8 | 4 | 16 | 33 | 58 | 28 | – | Pusingan 2 | Tidak Layak | |
1996 | 15 | Liga Perdana | 28 | 4 | 5 | 19 | 18 | 52 | 17 | – | |||
1995 | 15 | Liga Perdana | 28 | 5 | 8 | 15 | 31 | 49 | 23 | – | |||
1994 | 9 | Liga Perdana | 28 | 11 | 7 | 10 | 48 | 42 | 40 | – | Peringkat Kumpulan | ||
1993 | 6 | Liga Semi-Pro Divisyen 1 | 18 | 5 | 4 | 9 | 31 | 34 | 19 | – | |||
1992 | 3 | Liga Semi-Pro Divisyen 2 | 14 | 5 | 4 | 5 | 27 | 18 | 19 | – | Tidak Layak | ||
1991 | Liga Semi-Pro Divisyen 1 | 18 | 6 | 1 | 11 | 24 | 40 | 19 | – | ||||
1990 | Liga Semi-Pro Divisyen 2 | 14 | 9 | 2 | 3 | 38 | 15 | 29 | – | ||||
1989 | Liga Semi-Pro Divisyen 1 | 16 | 2 | 3 | 11 | 8 | 26 | 9 | – | * mula dipertandingkan bermula 1990 |
Tahun | Kejohanan | Jaringan | Lawan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Piala Presiden | 2-1 | Penang FA | Juara |
Piala FA | 1-3 | Lions XII | Naib Juara | |
2013 | Piala Sumbangsih | 1-1 (Kalah penalti 3-4) | ATM FA | Naib Juara |
Piala FA | 1-0 | Darul Takzim FC | Juara | |
Piala Presiden | 2-1 | Perak FA | Juara [18] | |
Piala Malaysia | 0-1 | Pahang FA | Naib Juara | |
2012 | Piala Sumbangsih | 1-2 | Negeri Sembilan FA | Naib Juara |
Piala FA | 1-0 | Sime Darby FC | Juara | |
Liga Super Malaysia | 60 Mata | - | Juara (Format Liga) | |
Piala Malaysia | 3-2 | ATM FA | Juara | |
2011 | Piala Sumbangsih | 2-0 | Selangor FA | Juara |
Piala Presiden | 2-1 | MP Muar | Juara | |
Piala FA | 1-2 | Terengganu FA | Naib Juara | |
Liga Super Malaysia | 56 Mata | - | Juara (Format Liga) | |
Piala Agong | 3-2 | Perlis FA | Juara | |
2010 | Piala Emas Raja-Raja | 0-0 (Menang Penalti 4-3) | Kedah FA | Juara |
Liga Super Malaysia | 50 Mata | - | Naib Juara (Format Liga) | |
Piala Malaysia | 2-1 | Negeri Sembilan FA | Juara | |
2009 | Piala Emas Raja-Raja | 4-0 | Pulau Pinang FA | Juara |
Piala FA | 1-1 (Kalah penalti 4-1) | Selangor FA | Naib Juara | |
Piala Malaysia | 1-3 | Negeri Sembilan FA | Naib Juara | |
2007 | Piala Presiden | 3-3 (Kalah penalti 4-5) | Perak FA | Naib Juara |
2006 | Piala Emas Raja-Raja | 5-1 | ATM | Juara |
2005 | Piala FAM | 2-0 | Shahzan Muda FC | Juara |
Piala Agong | 2-2 (Kalah Penalti 5-6) | Pahang FA | Naib Juara | |
Piala Emas Raja-Raja | 0-1 | Kedah FA | Naib Juara | |
Piala Presiden | 1-0 | Pasir Gudang United | Juara | |
2003 | Piala Presiden | 0-2 | Kedah FA | Naib Juara |
2000 | Liga Perdana 2 | - | - | Juara (Format Liga) |
1995 | Piala Presiden | 1-1 & 1-0 (Menang agregat 2-1) |
Kuala Lumpur FA | Juara |
1988 | Piala Presiden | 0-2 | Selangor FA | Naib Juara |
1985 | Piala Presiden | Sarawak FA | Juara | |
1972 | Piala FAM | 1-2 | Selangor FA | Naib Juara |
1971 | Piala FAM | 2-5 | Penjara (PDRM) | Naib Juara |
1970 | Piala Malaysia | 0-1 | Perak | Naib Juara |
1963 | Piala FAM | 0-7 | Singapura | Naib Juara |
1955 | Piala Malaysia | 1-3 | Singapura | Naib Juara |
1954 | Piala FAM | 2-1 | Combined Services | Juara |
1953 | Piala FAM | 1-1 | Selangor FA | Juara Bersama |
Anugerah
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
Musim | Pemain | Kategori |
---|---|---|
2016 | Khairul Fahmi Che Mat | Penjaga Gol Terbaik |
2014 | Mohd Badhri Mohd Radzi | Pemain Tengah Terbaik |
2013 | Mohd Badhri Mohd Radzi | Pemain Paling Bernilai[19] |
2013 | Mohd Nor Farhan Muhammad | Penyerang Terbaik |
2013 | Mohd Badhri Mohd Radzi | Pemain Tengah Terbaik |
2013 | Khairul Fahmi Che Mat | Penjaga Gol Terbaik |
2013 | Kelantan FA | Kelab Penyokong Terbaik |
2012 | Kelantan FA | Persatuan Terbaik[20] |
2012 | Norshahrul Idlan Talaha | Pemain Paling Bernilai Supermokh |
2012 | Norshahrul Idlan Talaha | Penyerang Terbaik |
2012 | Khairul Fahmi Che Mat | Penjaga Gol Terbaik |
2011 | Norshahrul Idlan Talaha | Pemain Paling Bernilai Supermokh[21] |
2011 | Norshahrul Idlan Talaha | Penyerang Terbaik |
2011 | Khairul Fahmi Che Mat | Penjaga Gol Terbaik |
2010 | Norshahrul Idlan Talaha | Pemain Paling Bernilai |
2010 | Norshahrul Idlan Talaha | Penyerang Terbaik |
2010 | Khairul Fahmi Che Mat | Penjaga Gol Terbaik |
2010 | Khairul Fahmi Che Mat | Pemain Muda Terbaik |
2010 | B. Sathianathan | Jurulatih Terbaik |
2009 | Indra Putra Mahayuddin | Pemain Paling Bernilai |
2009 | Indra Putra Mahayuddin | Penyerang Terbaik |
Kasut Emas
Musim | Pemain | Gol | Pertandingan |
---|---|---|---|
2007-08 | Mouhamadou Moustapha | 27 | Liga Perdana |
2000 | Anuar Abu Bakar | 12 | Liga Perdana 2 |
1994 | Mohd Hashim Mustapha | 28 | Liga Perdana |
1993 | Mohd Hashim Mustapha | 13 | Liga Perdana |
1992 | Dariusz Dudala | 9 | Liga Bahagian 2 |
1990 | Mohd Hashim Mustapha | 13 | Liga Bahagian 2 |
Boonphop Praphut |
Anugerah Lain
Tahun | Pemain | Anugerah | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Zahasmi Ismail | Pingat Bakti | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44 |
2013 | Mohd Sideek Samsudin | Pingat Bakti | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44 |
2013 | Azizi Matt Rose | Pingat Bakti | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44 |
2013 | Mohd Farisham Ismail | Pingat Bakti | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44 |
2013 | Zairul Fitree Ishak | Pingat Bakti | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44 |
2013 | Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim | Pingat Bakti | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44 |
2013 | Mohd Shahrizan Ismail | Pingat Bakti | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44 |
2012 | Datuk Rosmadi Ismail (Naib Presiden) | Jaksa Pendamai (JP) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 |
2012 | Khairul Fahmi Che Mat | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 |
2012 | Indra Putra Mahayuddin | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 |
2012 | S. Chanturu | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 |
2012 | Mohammed Ghaddar | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 |
2012 | Muhammad Ramzul Zahini Adenan | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 |
2012 | Mohd Farisham Ismail | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 |
2012 | Mohd Nor Farhan Muhammad | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 |
2012 | Mohd Nurul Azwan Roya | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 |
2012 | Mohd Shakir Shaari | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 [22] |
2011 | Azman Ibrahim (Pengurus pasukan) | Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 |
2011 | B. Sathianathan (Bekas Jurulatih 2010) | Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 |
2011 | Mohd Badhri Mohd Radzi | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 |
2011 | Norshahrul Idlan Talaha | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 |
2011 | Mohd Daudsu Jamaluddin | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 |
2011 | Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 |
Ranking
Ranking Kelab AFC
- Sehingga 26 Disember 2015.[23]
Kedudukan Semasa | Negara | Pasukan | Jumlah mata |
---|---|---|---|
57 | Al Shorta SC | 21.053 | |
58 | Guangzhou R&F F.C. | 20.859 | |
59 | Kelantan FA | 20.295 | |
60 | South China AA | 19.958 | |
61 | Yokohama F. Marinos | 19.434 |
Penaja
Liga
Tahun | Penaja |
---|---|
2011–2014 | Astro |
2004–2010 | TM |
1984–2003 | Dunhill |
Pasukan
Tahun | Penaja |
---|---|
2016 | Pamoga, Qu Puteh |
2015 | ChengalJati, Adabi, Sinar Harian, Puspamara, UniKL, redONE, Syarikat Muda Osman (SMO), A.Z.E & Groups Sdn Bhd, Airish Fashion Cosmetic, Mutiara Ekspress, Rennoil |
2014 | Hotlink, UniKL, Adabi, Sinar Harian, Syarikat Muda Osman, trésenergy, Konsortium Mutiara, Andida, Bayam Hospitality, Secretleaf, Yusry Maju, Hj Ali Home |
2013 | Hotlink, Adabi, Sinar Harian, AzizanOsman.com, Syarikat Muda Osman, trésenergy, Pure're Spritz, Desa Murni Batik, Mamee, Redbull Energy Drink, Keropok Sira Cap Menara |
2012 | AirAsia, Sinar Harian, Al Hamra, Yusmira Trading, Al Jabbar Group, Masterskill, Snickers, RW Energy Isotonik, Mamee |
2011 | AirAsia, Sinar Harian, Al Hamra, Yusmira Trading, Al Jabbar Group |
2010 | AirAsia, Sinar Harian, Al Hamra, Yusmira Trading |
2009 | AirAsia, Al Hamra |
Kit Peralatan / Pakaian
Tahun | Penaja |
---|---|
2019 | Adidas |
2018 | Lotto |
2017 | HORC |
2016 | DSV |
2013-2015 | Warriors |
2010-2012 | Umbro, Warriors |
2009 | Sportzone |
2002-2008 | Nike |
1995-2001 | Asics |
Pegawai pasukan
|
| |||
Setiausaha Agung | |||
Bendahari | |||
Penolong Setiausaha I | |||
Penolong Setiausaha II | |||
| |||
Pengurus | |||
Penolong pengurus | |||
Ketua jurulatih | Frank Bernhardt | ||
Penolong jurulatih 1 | Rezal Zambery Yahya | ||
Penolong jurulatih 2 | Azli Mahmood | ||
Penolong jurulatih 3 | |||
Jurulatih penjaga gol | Abdul Rahman | ||
Jurulatih kecergasan | Kamarul Dinis | ||
Fisioterapis | Syahiran Sahul Hamed | ||
Pegawai Media | |||
Pegawai Keselamatan | |||
Masseur | |||
Kitman / Peralatan | Nazim Tew Abdullah | ||
| |||
Pengurus Piala Presiden | |||
Jurulatih Piala Presiden | |||
Penolong jurulatih Piala Presiden | |||
Jurulatih penjaga gol Piala Presiden |
Presiden
Tahun | Presiden |
---|---|
19xx-19xx | Datuk Haji Hussien Ahmad |
19xx-1985 | Datuk Nik Mahmud Nik Daud |
1986-1990 | Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher |
1991-2004 | Datuk Wan Haji Hashim Wan Haji Daud |
2004-2007 | Datuk Haji Ahmad Jazlan Datuk Haji Yaakub |
2007-2017 | Tan Sri Annuar Musa |
2017-2019 | Hajjah Bibi Ramjani Khan Haji Ilias Khan |
2019-2020 | Datuk Wan Haji Abdul Rahim Wan Haji Abdullah |
2020-kini | Datuk Dr Haji Ahmadde Dhaniyazh Hussien |
Pengurus
Tahun | Pengurus |
---|---|
2013-2015 | Haji Azman Ibrahim |
2013- | Bojan Hodak |
2009-2012 | Haji Azman Ibrahim[24] |
2009 | Peter James Butler |
2006-2008 | Datuk Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub |
2005 | Haji Azman Ibrahim |
1998-2002 | Datuk Wan Hashim Wan Daud |
Ketua Jurulatih
Tahun | Ketua Jurulatih |
---|---|
2018 | Sathit Bensoh |
2017 | Zahasmi Ismail / Alfredo Carlos Gonzales |
2016 | K. Devan / Velizar Popov |
2015 | George Boateng / Mohd Azraai Khor Abdullah |
2014 | Steve Darby / George Boateng |
2013 | Bojan Hodak |
2012 | Peter James Butler / Bojan Hodak |
2011 | Datuk M. Karathu / Peter James Butler |
2010 | B. Sathianathan |
2009 | Peter James Butler / B. Sathianathan |
2008 | Norizan Bakar / Regis Laguesse |
2007 | Abdul Rahim Ahmad |
2006 | Kamaruddin Md Noor / Anizan Daud |
2005 | Kamaruddin Md Noor |
2004 | Abdullah Mohamad |
2003 | Abdullah Mohamad |
2002 | Datuk K. Rajagobal |
2001 | Datuk K. Rajagobal |
2000 | Abdul Rahim Ahmad |
1999 | Mosthakeen Omar |
1998 | Kamaruddin Md Noor / Hamid Ramli |
1997 | Kelly Tham |
1996 | Kelly Tham |
1995 | Hj. Mahadi Yusof |
1994 | Milous Kvacek |
1993 | Datuk M. Karathu |
1992 | Horst Heese |
1991 | Milan Duricic / Hj. Mahadi Yusof |
1990 | Mohamad Che Su |
1989 | Majid Ariff / Hj. Mahadi Yusof |
1988 | Mohamad Che Su |
Pemain
Skuad Utama
- Sehingga 20 Februari 2022
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Lihat juga
Rujukan
- ^ "LATAR BELAKANG". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-22. Dicapai pada 2015-11-20.
- ^ Sejarah Kelantan FA Diarkibkan 2013-10-29 di Wayback Machine, Portal Rasmi KAFA
- ^ KAFA tubuh akademi bola sepak bawah 13, Utusan Malaysia, 18 Januari 2008.
- ^ Sathianathan digantung 6 bulan, tekanan untuk Kelantan, Utusan Online, 23 Oktober 2010
- ^ Sathia kekal digantung 6 bulan, Utusan Online, 25 Januari 2011
- ^ Karathu ganti Sathianathan latih pasukan Kelantan, Utusan Online, 26 Januari 2011
- ^ Karathu letak jawatan, Harian Metro, 17 Oktober 2011
- ^ Peter Butler jurulatih baru Kelantan Diarkibkan 2014-12-05 di Wayback Machine, bolasepak.com, 24 Oktober 2011
- ^ Kafa rehatkan Butler 'lantang', Sinar Harian, 24 Februari 2012
- ^ Fokus: Ribut kecil melanda Kelantan[pautan mati kekal], Underground Voice, 27 Februari 2012
- ^ Detik getir Butler, KAFA hari ini Diarkibkan 2012-02-28 di Wayback Machine, Berita Harian Online, 28 Februari 2012
- ^ Butler tinggalkan Kelantan, Sinar Harian, 28 Februari 2012
- ^ Bojan Hodak jurulatih baru skuad Kelantan, Utusan Online, 4 Mac 2012
- ^ Bojan Hodak jurulatih baru skuad Kelantan, Utusan Online, 4 Mac 2012
- ^ Kelantan cipta sejarah, Utusan Online, 21 Oktober 2012
- ^ Papan markah elektronik baru Diarkibkan 2013-12-16 di Wayback Machine, Utusan Online 24 Sept 2012
- ^ "Kelab baru Kelantan bakal beraksi di Liga Malaysia". Harakahdaily. 14 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-27.
- ^ Kelantan muncul juara Piala Presiden 2013 Diarkibkan 2018-08-15 di Wayback Machine, Sinar Harian, 13 Oktober 2013
- ^ Piya paling bernilai, Harian Metro, 1 Disember 2013
- ^ Kelantan, ATM bolot 4 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, Sinar Harian, 30 Oktober 2012
- ^ Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, Sinar Harian, 1 Disember 2011
- ^ 9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan Diarkibkan 2012-11-14 di Wayback Machine, Sinar Harian, 11 November 2012
- ^ "AFC Football / Soccer Clubs Ranking" (PDF).
- ^ Azman lepas jawatan pengurus Kelantan, Utusan Online 14 Nov 2012
Pautan luar
- Laman Rasmi The Red Warriors
- Persatuan Bolasepak Kelantan
- Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net)
- BolaSepak-Kelantan dot com Diarkibkan 2012-10-09 di Wayback Machine
- ezine rehberi
- Blog Berita Sukan Bola Sepak Kelantan (RedsfcNews)
- Laman Web Penyokong Bolasepak Kelantan Diarkibkan 2009-11-06 di Wayback Machine
- Laman Penyokong Fanatik Kijang Emas.com
- Senarai Penuh Pemain Kelantan Musim 2013
- Senarai Pasukan 2013 Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine
- Kelantan di Stadium Astro
- Keputusan terkini perlawanan Kelantan FC