Nama penuh | Kelantan Darul Naim Football Club | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Sang Kijang Emas | |||
Nama pendek | KDN FC | |||
Diasaskan | 2016 (MPKB-BRI Football Club) 2016 , (MPKB-BRI UBeS Football Club) 2019 , (Kelantan United Football Club) 2024 (Kelantan Darul Naim Football Club) | , |||
Stadium | Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan (Kapasiti: 22,000) | |||
Pemilik | Kelantan United FC Sdn. Bhd | |||
Presiden | YB Rozi Muhamad | |||
Pengurus | Dato' Zamri Ismail | |||
Jurulatih | Park Jae-hong | |||
Liga | Liga Super Malaysia | |||
Pencapaian | Juara, Liga M3 Malaysia Tangga ke-5, Liga Premier Malaysia Tangga ke-12, Liga Super Malaysia | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Inggeris: Kelantan Darul Naim Football Club) diringkaskan KDN FC atau disebut juga Kelantan United adalah sebuah kelab bola sepak yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan.[1][2][3] kini Kelantan Darul Naim FC bermain di liga peringkat pertama dalam bola sepak Malaysia selepas layak pada musim 2023. Pasukan ini berjaya muncul juara dalam saingan Liga M3 2019.[4]
Sejarah
Kelantan United Football Club (KUFC) merupakan sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan. Beraksi dalam saingan Liga Premier anjuran Malaysian Football League (MFL).
Pada musim ini juga, Kelantan United FC telah menubuhkan skuad pelapis yang bersaing dalam saingan Piala Presiden anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pasukan ini diketuai oleh YB Rozi Muhamad sebagai Pengurus manakala Hamdan Mohamad dilantik sebagai Ketua Jurulatih. Staf sokongan terdiri dari 11 pegawai dan jurulatih dan dianggotai 29 pemain.
Bagaimanapun, oleh kerana situasi pandemik Covid-19, industri bola sepak negara suram dek arahan Kerajaan yakni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan skuad Piala Presiden dibubarkan setelah lima perlawanan manakala pasukan Liga Premier pula terpaksa bersaing liga sepusingan untuk menamatkan musim 2020 di kedudukan kelapan namun menjadi lima kelab terbaik seterusnya mara ke kejohanan Piala Malaysia buat kali pertama.
Setelah melalui onak duri dan ranjau sejak dijenamakan semula tiga tahun sudah, Kelantan United Football Club (KUFC) atau Kelantan United FC kembali membina skuad untuk saingan Liga Premier 2021.
Hanya lima pemain musim lepas dikekalkan termasuk Gassama Alfusainey. Selebihnya merupakan pemain baru yang direkrut dari pasukan Liga Premier dan Liga Super. Antara nama yang menyertai mereka ialah Hariz Kamarudin, Azriddin Rosli, Syahrul Azwari serta kembalinya lagenda, Badhri Radzi dari persaraan. Lantikan Akira Higashiyama sebagai jurulatih turut membawa kepada kehadiran pemain import dari Jepun iaitu Yuki Tanigawa. Selain itu, lagenda Jepun yang pernah beraksi di Piala Asia selain mencipta sejarah dengan kelab J1, Masashi Motoyama turut bersetuju menyertai kelab. Kedatangan Shuhei Fukai dari kelab J3 melengkapkan senarai import 2021.
Melihat pada perkembangan dari musim ke musim, Kelantan United FC atau "The Green Deers" meletakkan sasaran kedudukan empat terbaik Liga Premier 2021 selain menyasarkan layak ke Piala Malaysia. Keberhasilan belum terbukti setakat mana namun kesungguhan pihak pengurusan untuk menuju kearah itu telah terbukti. Dalam 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐢𝐥 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐍𝐚𝐢𝐦 𝐅𝐂. 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐢 𝐏𝐫𝐨 𝐤𝐞 𝐋𝐢𝐠𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥.
Kelantan Darul Naim FC atau sebelum ini dikenali sebagai Kelantan United Football Club (KUFC) merupakan sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan. Beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia anjuran Malaysian Football League (MFL).
Ditubuhkan pada 2016 sebagai MPKB-BRI Ubes FC, mereka memulakan perjuangan dengan menyertai Piala FAM dan selepas itu, tidak menoleh ke belakang apabila secara konsisten menyertai pertandingan sehingga ke musim 2018.
Tahun 2019, selaras dengan hasrat semua pihak serta kerajaan negeri Kelantan yang mahukan satu perubahan, kelab ini akhirnya dijenamakan semula dan dikenali sebagai Kelantan United Football Club (KUFC).
Bagaimanapun, untuk kekal relevan serta meningkatkan nilai komersial kelab kepada penyokong Malaysia dan Kelantan khususnya, keputusan sekali lagi diambil pada 2023 untuk menjenamakan semula nama serta logo kelab menjadi Kelantan Darul Naim FC atau KDNFC untuk persaingan musim 2024/25.
Kelantan Darul Naim FC menjadikan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 22,000 tempat duduk sebagai gelanggang rasmi pasukan untuk semua perlawanan liga dan piala. Pemilihan stadium yang dirasakan tepat kerana sejarah dan kehebatan bola sepak negeri semuanya berpaksikan di stadium ini. Padang latihan pula di Padang Perdana dan Padang Mardi.
Mereka merekrut banyak pemain bintang dan berpengalaman untuk meletakkan kelab pada kedudukan sekarang. Dari sebuah kelab kecil semi pro di Piala FAM sehinggalah kepada sebuah kelab profesional yang bersaing di pentas tertinggi Liga Bola Sepak Malaysia sekarang.
Antara pemain tersebut ialah Shahrizan Ismail, Daudsu Jamaluddin, Badhri Radzi, Amiridzwan Taj, Indra Putra mahayuddin, Latiff Suhaimi, Shahril Sa'ari, Syazwan Zainon serta ramai lagi.
Tidak terkecuali pemain import seperti Seydou Sako, Gassama Alfusainey, OJ Porteria, Alyton Alemao, Masashi Motoyama dan lain-lain.
Tidak lengkap jika tidak bercerita pencapaian kelab. Selepas muncul juara Liga M3 pada 2019 dimana skuad bimbingan Zahasmi Ismail ketika itu layak automatik ke saingan Liga Premier Malaysia seterusnya bergelar kelab profesional pada tahun 2020. Pada musim pertama, Kelantan Darul Naim FC menamatkan saingan di tempat kelapan Liga Premier, pusingan kedua Shopee Piala FA dan mencipta sejarah layak kali pertama ke pertandingan TM Piala Malaysia.
Tahun 2021, kelab yang kini bergelar Sang Kijang Emas meneruskan aksi mereka di Liga Premier Malaysia dan menutup mulut sesetengah pihak apabila kekal survival disebalik kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan konsisten mengekalkan tempat di liga kasta dua buat musim kedua berturut-turut.
Musim 2022, setelah bersaing rapat untuk menamatkan musim di tangga kelima, perubahan peraturan MFL telah membolehkan Kelantan Darul Naim FC mara lagi setapak ke persaingan Liga Super Malaysia 2023. Satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana merasai semua peringkat liga sebelum meletakkan kaki ke saingan teratas dalam sistem bola sepak negara biarpun tidak secara merit. ">Kelantan United tukar nama kepada KDN FC</ref>
Lambang dan warna
Lambang
MPKB-BRI UBeS telah menggunakan satu lambang utama sejak penyertaan kelab dalam pertandingan liga peringkat kebangsaan sebelum kelab memperkenalkan lambang baru yang bermula di musim 2017 untuk mengukuhkan penjenamaan barunya.[5][6]
Warna
MPKB-BRI UBeS sentiasa memakai jersi serba hitam dengan campuran merah sebagai kit tuan rumah mereka.[7] Untuk musim 2017, kelab bermain merah dengan trim putih untuk kit tuan rumah.[6]
Warna yang digunakan pada perlawanan di tempat lawan biasanya adalah putih dengan trim hijau. Untuk musim 2017, kelab itu bermain dengan jersi putih dengan kelim merah untuk kit tempat lawan manakala putih dengan trim hijau untuk kit ketiga.[6]
Selepas dijenamakan semula kepada Kelantan United FC, pasukan memakai jersi Merah dan Hijau sebagai tuan rumah manakala jersi serba hitam menjadi jersi kedua.
Pemilikan dan penajaan
Kelab ini dibawah kendalian Jabatan Pembangunan Sukan Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Tajaan
Tahun | Pengeluar Kit | Penaja |
---|---|---|
2016 | Sala | Minyak Mestika / SH Prima Trading |
2017 | GomoGi | MPKB-BRI |
2018 | Kronos | Gelumbang Jaya |
2019 | Sky Hawk | U-Shop / MySports Station |
2020 | Sky Hawk | Visit Kelantan 2020 / Jaya Mas Mining / MNC Group |
Pemain
Skuad Semasa
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Pencapaian
Domestik
Liga
- Juara (1): 2019
Lihat juga
Rujukan
- ^ Felda United And Kuala Lumpur Draw Tough Opponents In FA Cup Competition
- ^ Felda, KL berdepan laluan getir di pusingan kedua
- ^ azmi. "U-BeS FC rebut Piala FAM musim ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2019-06-25.
- ^ "five new teams make it to FAM League". FootballSentral.com. 31 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 31 December 2015. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ MPKB-BRI UBES FC Merekodkan Nama Kelab Kedua Terpanjang di Dunia
- ^ a b c "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-06. Dicapai pada 2017-02-05. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) MPKB BRI-UBes FC duta promosi Negeri Kelantan – Ahmad Yakob - ^ MPKB-BRI UBeS FC perlu bangkit