Kerangka | |
---|---|
Kependekan | PBNS |
Jenis/bentuk sah | Badan induk sukan |
Status undang-undang | Beroperasi |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1923 |
Penggabungan bagi | Persatuan Bola Sepak Malaysia |
Pengurusan | |
Pengerusi | Tunku Syed Haikal Mamak Almarhum Tunku Syed Iqbal Qadri |
Timbalan Presiden | Dato' Dr. Razali Ab Malik |
Naib Presiden | Dato' Mohamad Taufek Abd Ghani Dato' Mohamed Najeeb Abdullah Saaran Nadarajah |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Wisma PBNS, Medan Rahang, Seremban |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan atau PBNS merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bola sepak di Negeri Sembilan. Persatuan ini menguruskan pasukan Negeri Sembilan FC. PBNS merupakan persatuan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan.salah satu ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
PBNS juga merupakan rakan kongsi kepada Malaysia Football League (MFL) yang menjadi pengajur utama liga bola sepak Malaysia. Pasukan Negeri Sembilan kini mengambil bahagian dalam pertandingan Liga Premier Malaysia.
PBNS kini diterajui oleh Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin merangkap Presiden PBNS.
Sejarah
Persatuan ini dikenal pasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemu ramah. Beliau menyatakan perlawanan Piala Malaya (Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan dan Singapura berlangsung pada tahun tersebut.
Pejabat dan fasiliti
Pejabat PBNS terletak di Wisma PBNS, Medan Rahang, Seremban di mana terdapat beberapa fasiliti untuk pasukan menjalani latihan serta orang awam juga dapat menggunakan fasiliti tersebut. Antaranya adalah Padang Sintetik PBNS, Rahang yang telah siap dibina pada tahun 2018 di mana padang ini digunakan oleh Pasukan Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia untuk menjalani latihan. Kemudahan tersebut juga boleh digunakan orang awam sekiranya terdapat kekosongan dengan kadar sewaan yang berpaututan bagi tujuan riadah bola sepak. Padang sintetik ini juga dilengkapi dengan kemudahan lampu limpah.
Selain kemudahan padang bola sepak, PBNS juga mempunyai kemudahan Gimnasium PBNS Kapten GYM di mana mereka telah berkolaborasi dengan syarikat Kapten GYM bagi menyediakan peralatan gimnasium kepada pemain-pemain, kakitangan serta kegunaan orang awam dengan kadar sewaan yang berpatutan.
PBNS juga turut mempunyai kedai ‘PBNS Concept Store’ yang menjual barangan sukan jenama Admiral yang merupakan penaja pakaian rasmi Pasukan Negeri Sembilan bagi musim 2020. Terdapat pelbagai jenis pakaian yang dijual di PBNS Concept Store seperti jersi pasukan Negeri Sembilan, baju latihan, kemeja T Polo, seluar sukan dan juga pakaian sukan untuk kanak-kanak.
Pengurusan
Pengurusan PBNS dipilih melalui Kongres PBNS yang diadakan setiap 4 tahun.
Berikut merupakan pemegang jawatankuasa Eksekutif PBNS bagi penggal 2018-2021[1].
Jawatan | Penyandang |
---|---|
Presiden | Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri |
Timbalan Presiden | Dr Razali Ab Malik |
Naib Presiden | Mohamad Taufek bin Abd Ghani |
Mohd Omar Mohd Ali | |
Saaran Nadarajah | |
Ahli Jawatankuasa Eksekutif | Azmi bin Selamat |
Lai Seng Ngeap | |
Bachik bin Osman | |
VK Dana | |
Mohamad Zaki Mahussin | |
Mohamad Hanipah Abu Bakar | |
Mohd Khairollah Abd Latif | |
S Kalidasan |
Persatuan ini menguruskan pasukan bola sepak Negeri Sembilan dikenali Negeri Sembilan FA untuk liga-liga kejuaraan bola sepak di Malaysia. Selain itu, mereka turut menganjurkan beberapa perlawanan dalam Negeri Sembilan seperti Piala Tuanku yang dianjurkan bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Senarai Presiden
Nama | Dari | Hingga |
---|---|---|
Wan Salaidin Wan Ismail | 1969 | 1978 |
Tan Sri Rais Yatim | 1978 | 1982 |
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad | 1982 | 2004 |
Datuk Seri Mohamad Haji Hassan | 2004 | 2018 |
Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus | 2018 | kini |
Kelab bola sepak
Pasukan sendiri
PBNS mempunyai pasukan bola sepak sendiri dikenali Negeri Sembilan FC. yang diuruskan anak syarikatnya, NSFC Sdn Bhd.
Kelab gabungan persatuan
PBNS mempunyai 23 ahli gabungan dari semua peringkat daerah termasuk kelab-kelab berdaftar, antaranya:
- Majlis Perbandaran Seremban F.C.
- Kuala Pilah F.C.
- YNS F.C.
- Port Dickson F.C.
- Tampin F.C.
- Rembau F.C.
- N. Nine FC.
Kelab sekutu
Lihat juga
Rujukan
- ^ Mohd Amin Jalil (10 September 2018). "Tunku Syed Razman presiden baharu PBNS". Berita Harian. Dicapai pada 3 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)